31

Drama Completed 3255

Keesokan harinya,

Aku bangun dari mimpi dan menuju ke tandas...

Aku mencapai berus gigi dan memicit ubat gigi diatas berus, tiba-tiba telefonku berbunyi, atas skrin tertera nama Shenzi... Aku mengangkat...

"Hello..."

"Hai, awak... Nanti saya jemput awak ye... " Shenzi bercakap manja padaku... Sungguh comel suaranya...

Tapi aku memberhentikan lamunan itu, aku kena kawal diri aku, jangan terpedaya dengan lelaki...

"Eh? Tak payahlah... " Aku menolak tawarannya...

"Alah... Boleh la...Please..." Shenzi merayu dalam talian...

"Okeylah! Jangan lambat... " Tiba-tiba talian kami terputus...

Aku entahkan sahaja dan memberus gigi... Aku membersihkan diriku dengan teliti... Setelah selesai aku terus menuju ke almari...

Baju yang menarik perhatian ku adalah baju yang dibeli Shenzi dahulu... Aku kecewa juga tapi ada bahagianya...

Aku mengenakan pakaian itu dan menunggu kedatangan Shenzi...

Aku menantinya sudah hampir sejam... Aku terkejut selepas aku menilik jam....

Aku bersiap berapa jam tadi?

Aku kelam kabut hendak tunggu teksi dan bas masa ni memang lambatlah...

Aku berjalan kaki selepas menukar kasut... Dari rumah ke sana kira-kira 10 minit sahaja selepas keluar dari kawasan perumahan ini...

Aku memasuki kedai serbaneka tiba-tiba kotak kosong dibaling padaku...

"Kenapa lambat?!" Boss aku, Mrs. Kim menjerit. (Bahasa Korea)

"Am... Saya bangun lewat... Mrs... " Aku menunduk sambil memasukkan bibir ke dalam mulut...

"Kelab! Parti! Tulah zaman sekarang! Tak ingat dunia!" Mrs. Kim mengamuk...

"Aniyo... Mrs Kim..."

"Shu! Diam! Salin baju kau pergi ke belakang susun stok baru sampai dekat stor! " Aku mengangguk walaupun belum aku membetulkan alasanku...

"Cepatlah! Tercegat depan tu nak aku baling kotak arak ni pulak ka! " Aku terus lari ke belakang...

Aku membuat kerja itu sehingga tengahari dan sambung kemas barang yang ada atas rak selepas rehat... Malam pula shif tambahan padaku...

Aku menjaga kaunter sahaja jadi mudahlah kerjaku... Tiba-tiba Shenzi memasuki kedai dan duduk di ruang makan...

Jam di dinding menunjukkan pukul 11 malam... Kerjaku sudah tamat dan aku menjenguk Shenzi sedang tidur di ruang itu...

Aku lantas menyalin pakaian dan mencapai beg untuk keluar dari kedai itu... Aku berjalan dengan laju...

Tiba-tiba Shenzi mengejarku...

"Awak... Awak dah kenapa ni?!" Shenzi menarik lenganku...

Aku menggelengkan tanpa melihat matanya...

"Esok saya ada shif sampai lewat malam... "Aku menipunya...

"So? "

"Saya kena balik awal... " Aku bergerak kehadapan tiba-tiba tangan Shenzi menahan...

"Awak marah saya sebab pagi tadi? " Shenzi melihat mukaku...

"Eh? Awak datang ke? " Aku bersuara lalu aku melihat matanya...

"Yelah... Saya tengok awak tak ada kat rumah... " Wajahnya kerisauan...

"Saya keluar awal... Selepas awak Call saya... Saya dapat called dari Mak saya yang dia datang singgah sini... "

Shenzi mengangguk... Dia menjauhkan diri dariku secara tiba-tiba...

"Cantik baju... Beli mana? "

Aku terkejut... Tak sangka dia tak ingat...

"Ouh... Saya beli kat kedai-kedai ni je... " Aku menipu...

Maafkan aku... Aku terpaksa tipu kau Shenzi... Ini supaya kau tak berasa bersalah...

Tapi perasaan aku kini tak sama seperti semalam... Aku lebih sayangkan kau... Aku tak sanggup lihat kau derita dengan kesalahan sendiri...

Dan biar aku menipu diriku... Sebab adakalanya bahagia... Supaya aku boleh mengekalkan senyuman ni pada kau... Dan buat kau bahagia...
______________
Aniyo-tak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience