16

Drama Completed 3255

Aku berjalan pulang selepas turun dari stesen bas...Teringat aku tentang Shenzi dan kata-kata Sirku dahulu...

"Kau pakai macam ni pun boleh jadi pelacur?"

Perkataan itu yang bermain dalam kotak fikiranku... Aku melihat pakaianku... Dan aku berlari pulang ke rumah...

Di dalam almariku ada beberapa seluar ketat dan baju tanpa lengan... Di dalam bilik Tengku ada beberapa helai lagi baju paras lutut dari yang ketat dan longgar...

Sudah sekian lama barang solek dan trimmer hairku tidak disentuh hari ni aku mula menggunakannya...

Keesokannya aku ke universiti dengan Grab Car menggunakan duit yang aku terjumpa dalam poket seluar Tengku...

Aku mengenakan baju ketat berwarna hitam tanpa lengan dan paras perut, berseluar pendek hitam paras peha, rambutku di trim lurus dan diikat tocang dan solekan yang nampak seksi...

Aku tiba di universiti 30 minit sebelum masuk sesi pembelajaran... Aku keluar sahaja dari kereta ramai yang memerhatiku...

Aku mengenakan kasut sport hitam dan putih dari Nike...

Bila aku berjalan masuk ke lobi universiti, aku perasan susuk Shenzi sedang membelek buku nota... Aku berjalan mengedahkannya...

Dia memerhatikanku yang berjalan tanpa memandangnya...

Dia menarik tanganku dan memeluk... ramai orang dilobi terkejut dan ada yang menyokong lalu aku menolak tubuh Shenzi...

"Kau apehal peluk-peluk aku!" Aku berbahasa Korea

"Kenapa kau pakai macam ni?" Shenzi berbahasa Melayu...

"So... ada aku ganggu duit kau ke?" Aku menyoalnya...

"Memang kau tak ganggu duit aku... tapi kau ganggu mata-mata diorang untuk tengok kau... kau tahu tak melihat perempuan kepada lelaki boleh melemahkan daya ingatan..." Dia berbahasa Korea...

"Kalau macam tu kenapa kau berciuman dengan perempuan lain sedangkan itu juga mendekatkan diri kepada zina?" Aku berbalas cuma perkataan 'zina' tu aku berbahasa Melayu sebab bahas Korea aku tak tahu apa sebutnya...

"Apa kena mengena aku dengan Seonkyu dalam hal ni? Sekarang ni kita ja..." Shenzi menyoal dengan nada yang tegas...

"Ada! Kau acah baik dengan aku buat aku meroyan kat kau lepas tu kau main dengan perempuan tu belakang aku! Kau ingat perempuan tu hebat sangat entah-entah pembawa sial..." tiba-tiba Shenzi menampar pipiku di depan orang ramai...

"Kau dengar sini, pelacur... kita berdua just kawan tak lebih dari tu... kau sedar tak kau cakap ni pada siapa... kau tu baru je kenal aku... jangan sesekali kata kat bakal isteri aku tu sial... perempuan bodoh!" Dia menolakku ke lantai...

Hatiku makin pedih dibuatnya... aku bangun dan berlari keluar dari universiti... merantau ke tempat lain supaya berjauhan dengan Shenzi... Maknanya kelas harini aku tak hadir...

Aku menangis teresak-esak dalam tandas awam yang berjarak 300 meter dari universitiku...

Aku berjalan dari Busan ke Seoul...tak rasa sebarang penat malah makin sakit aku memikirkan perasaan yang datang dari lubuk hati.... Malam sudah menyelimut negara Korea. Aku masih berjalan sambil mengambil angin di jambatan Sungai Han...

Aku berjalan di taman awam berdekatan Sungai Han, sejuk juga ya... Aku ternampak sebuah kereta Shenzi sebelum masuk ke taman... dalam beberapa langkah aku berjalan, mataku tertumpu pada pasangan yangku kenali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience