4

Drama Completed 3255

Beberapa hari kemudian...

Selepas pulang dari sekolah...

Esok Tengku dah datang... macam mana ni... aku boleh jadi gila lah macam ni! Aku hampir mengalirkan air mata... Aku menghempaskan tubuhku di katil...

"Kak!"

Tiba-tiba adik aku meroboh pintu bilikku... nasib baik tak tercabut jantung aku!

"Ish! Lain kali ketuk la pintu tu... silap hari bulan kepala kau kena ketuk dengan aku!"

Aku mengusap dada...

"Kak! Kak free dok?!" jeritnya...

"Kau tak yah lah jerit ingat aku ni pekak?!" kataku selepas membaling bantal padanya...

"Ouh... tak pekak rupanya... kak tau tak Si Tengku tu memekak panggil kak kat luar memekakkan telinga adik ni tau!"

What the... dia ada kat sini... matilah aku... lantas aku bangun dari katil melihat tingkap, dia melambai dengan muka penuh makna dan bersedia...

"Adik free dok..." aku menyoal...

"Adik bukannya buat ape-ape pun... Kenapa?!"

"Teman kak date dengan Tengku... Boleh?" aku menggenggam tangannya...

"Eh? Tak ganggu ke?" aku balas dengan menggeleng...

"Okey! Nak tengok juga akak date macam mana..." aku menghembus nafas lega...

Dalam beberapa minit aku berada dengannya di ruang tamu... Dhila yang jemputnya masuk...

Di ruang tamu sunyi sepi hanya kedengaran bunyi kipas...

"Aik?! Boringnyer cara korang date diam sampai jam kat bilik boleh dengar..." mata aku dan Tengku tertumpu ke arah Dhila yang memecahkan kesunyian...

"Am... korang boraklah dulu... Tengku mesti penatkan? Dhia bawakan air kat korang ye..." aku cuba melarikan diri...

"Buat sedap-sedap tau!" adikku menyengih...

Aku menuju ke dapur mencapai 3 gelas, gula dan uncang teh...

Terngiang-ngiang perkataan 'SEDAP' tu... Serius aku benci gila dengan perkataan tu...

Aku membancung air teh suam dengan sedikit kasih sayang dan kebencian...

Bila aku merasa... Sah pahit teh tapi manis... Aku tidak hairan lagi lalu aku membawanya diatas talam plastik bercorak bunga...

Aku masuk ke pintu yang bersambung dengan ruang tamu... Aku melepaskan talam... ketiga-tiga gelas kaca pecah serentak...

Aku terkejut... Tak tahu apa yang hati cuba terangkan... Aku nampak Tengku sedang menindis di atas tubuh adikku sambil menyentuh pehanya... dalam masa yang sama adikku hanya menghayatinya...

Ape semua ni... Aku berlari memijak serpihan kaca dan menampar pipi Tengku...

"Jantan tak guna! Kau memang iblis! Kau memang dajjal kan!" aku menampar, menumbuk dan menolak dengan sepuas hati...

Walaupun hatiku tidak puas air mata yang keluarlah perkara yang boleh hilangkan hasrat dendam dan dengki ku...

PANG!

Tengku menampar pipiku sehingga bibirku pecah... aku tersungkur...

"Kau apehal! Kau tu barang aku je... tak payah nak sumpah aku jadi iblis dajjal tu semua.."

Dia mencengkam pipiku dengan kuat dan melepaskannya sehingga aku terjatuh... Dhila datang membantuku...

"Tengku! Apa yang kau buat ni!"

"Kau diamlah... kau dengan kakak kau memang bodoh!"

"Kau ingat kau tu pandai sangatlah! Kau hanya pandai mensyirikkan Allah je..."

BUK!

"Aku cakap diam! Kau diam sial! Jangan sampai pecah muka kau aku kerjakan!"

Tengku menumbuk muka Dhila sehingga keningnya berdarah...

"Tengku! Pleaselah... Jangan buat macam ni... awak tak kesian ke kat saya..." Aku merayu sambil mendakap kakinya...

"Buat ape aku nak kesian kat kau... kau tu barang bundle je bagi aq... Sekarang aku ada yang baru..."

Tengku melihat adikku dan menedangku kebelakang... Dia berjalan terus ke bilik stor sambil menarik rambut adikku...

"Tak! Jangan!Tengku!" Aku merayu memeluk kakinya tapi dia menolak... lalu mengunci pintu!"

BANG! BANG! BANG!

"Tengku buka pintu pleaselah!" aku mengetuk sepuas hati...

"Kak! Tolong Kak sakit" adikku menjerit selepas kedengaran Tengku memukulnya...

"Tengku pleaselah jangan buat macam tu...." aku lemah tereksak menangis...

"Kak! Tolong Kak..." aku hanya mampu mendengar jeritan adikku dari luar...

Maafkan kak Dhila... aku menangis tanpa henti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience