23

Drama Completed 3255

Seminggu kemudian...

Selepas seminggu kejadian itu berlaku aku tak pernah bersuara dengan Shenzi...

Shenzi pula jarang datang ke universiti... Dah la ada kerja khusus nak kena buat...

Jadi aku mengambil cuti seminggu untuk pulang ke Malaysia... Bercuti dan membuat carian...

Aku sudah tiba di Malaysia...

Aku menelefon kawan baikku Fathia...

Trutt... Trutt....

"Assalamualaikum... " Aku memberi salam

"Waalaikummussalam... Siapa ni? " Fathia menyoalku...

Yelah tak kenal nombor yang aku guna ni nombor baru...

"Akulah Dhia... "

"Ouh Dhia! Eh Kau dah balik ke... Ya Allah... Kau ada mana ni? "

"Wow excited sungguh kau ni... Kalau kau tanya aku ada mana, kau datang airport... "

"Kau tak balik lagi... Tak Pa aku on the Way pi sana... "

"Okey... Aku tunggu... "

"Okey... Assalammualaikum... "

Aku menjawab dalamnya dan membatalkan panggilan...

Dalam 15 minit Fathia datang dengan kereta KIA berwarna putih...

"Dhia!!!!" Fathia keluar dari kereta sambil menjerit lalu memelukku...

"Ish... Ape ni orang sekeliling tengok malulah..." aku ketawa kecil...

"Biarlah! Diorang yang kata kita gila tu lah patut malu... Sebab dia tak tau erti persahabatan..."

"Ehem... Sentap kejap..." aku berdehem...

Kami makan dan mengambil angin di kampung berdekatan... Walaupun di Johor banyak bandar...

"Thia... Kau ni girang macam dapat emas je... Kenapa?" aku menyoal entah kenapa soalan itu keluar...

"Sebab kau datang! Aku excited dorh!!!" 

"Hm... Yelah tu..."

"Betullah... Aku rindu kau tahu tak seolah-olah kau pergi sepuluh tahun..."

Fathia membuat muka sedih... Aku mengusap bahunya...

"Ni budak manja ni... Jangan sedih-sedih nanti muka cepat kedut..." aku mencuit hidungnya...

"Eh... Sorry sikit... Aku tua 24 hari dengan kau eak!" Fathia memerliku...

Bulan sama je kut...

"Yelah... Kakak! Kakak kite ni bila nak kahwin... Duk Malaysia takkan tak der jodoh kut..." aku menyoal soalan entah apa-apa...

"Yang tu aku tak comform lagi..."

Nampaknya senyumannya dibibir itu pelbagai makna, makna cinta...

"Jangan tinggal lama-lama nanti kena kebas..."

"Alah... Dia tu busy lah... Sakit juga hati kekadang..." muka Fathia monyok...

"Nak aku cari jodoh kau kat Korea... Bersepah..." aku memberi cadangan

"Hehehe... Tak pelah..."

"Kau nak macam mana? Comel macam Jimin? Macho macam Namjoon? Swagging macam Yoongi? Sexy macam Jungkook? Funny macam Hoseok? Penyayang macam Seokjin? Or... Fancy macam Teahyung?"

"Tak perlu kut... Sebab jodoh aku ni Allah saja tau... Kau tak payah tolong cari... Yang penting kau cari untuk kau..." Fathia mendakap leherku semasa bersiar-siar di teluk di antara Johor dan Singapura...

"Kalau kau nak yang Comel, Ismail Izzani... Yang Macho, Sufian Suhaimi... Yang Swagging, Haqiem Rusli... Yang Fancy, Alvin Chong... Kau pilih..."

Apekah...

Muka aku cuak...

"Relek... Relek... Malaysia punya Idol apa kurangnyakan?" dia ketawa kecil...

"Kalau aku merapu dengan kau sampai subuh esok pun tak habis... Dah jom mana kereta kau? Jom balik!" aku meronta-ronta mencari kereta KIA putih...

"Alah... Awal lagi dorh! Asar pun tak dekat lagi..."

Fathia mengejarku yang berjalan mencari keretanya...

"Weh!!!!!! Apekah ini!" aku menjerit selepas melihat tayar kereta yang pancit...

"Fathia!!! Aku nak balik!!! Penatlah!" aku merayu kepadanya...

"Jap aku call kawan aku... Mungkin dia boleh tolong?" Fathia mencadang sambil menyengih

"Dari aku tunggu kawan kau datang baik aku naik Grab..." aku mengeluarkan telefon...

"Up to youlah... Kalau kau nak tengok bakal suami aku kau stay, Kalau tak nak terlepaslah..." Fathia meletakkan telefon ke telinganya...

"Okey aku stay!" dengan terujanya aku menutup telefon...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience