3

Drama Completed 3255

Pada pukul 10 malam...

Kenapa aku bodoh sangat... takkan aku nak cerita hal ni dekat Fathia... nanti diorang kata apa pulak... Tak pa benda ni tak jadi lagi tapi akan jadi... so... asalkan suruh papa balik awal...

Keesokan harinya...

"Dhia... aku tengok insta papa kau kena pergi outstation seminggu..." Fathia menyoalku..

"Hm.. tu yang aku susah hati ni..." Aku menggaru kepala...

"Kenapa ni?" Fathia memegang bahuku...

ish... takkan nak aku cerita kut... ish... jangan-jangan nanti kata aku murah pulak...

"Fathia... aku nak tanya kau boleh?"

"Hm... Apenye" Fathia membalas...

"Kalau jadi pelacur... kau nak cerita tak kat aku?"

"Ish... ape tanya soalan macam tu... tapi jawapannya entah... kalau aku gitau korang mesti aku alone so... aku diam je lah..."

Aku mengangguk dan berpaling ke depan semasa melihat cikgu disiplin lalu di depan...

"Kau free tak Khamis ni?" aku menyoal...

"Free... kenapa?"

"Kau stay rumah aku sampai pukul 9 malam boleh..."

"Kau gile ke apa? Sampai pukul 7 bolehlah... kalau kau kasi aku balik dari sekolah datang balik pukul 5 aku ons ..."

"Okey! Thank you! datang tepat pukul 5 petang tau... jangan risau kalau kau tak makan lagi sebelum datang rumah aku... aku masakkan kau lauk sedap-sedap..."

Aku menyejukkan hatinya supaya dia tidak terlewat datang ke rumahku...

"Uish.... dah nampak dah ciri-ciri Chef Culinary ni..." Fathia memperliku...

"Aku taknak culinary... Aku nak jadi fasion designer..." balasku...

"Eleh... Rizalman pun tak kenal..." Fathia memerliku...

"Keep quite! Why you very busy talking?" Pengawas perempuan memarahi kami berbual...

Kami diam sementara... dalam masa yang sama sedikit menyengih...

Pulang dari sekolah...

Aku membuka pintu teksi lalu menghulurkan sejumlah wang...

"Terima kasih dik..."

Aku balas dengan senyuman...

Sampai di pintu rumah aku melihat selipar di depan pintu...

Siapa punya selipar ni? Aku masuk ke rumah...

"Assalammualaikum..." Aku memberi salam...

"Waalaikummussalam... Kakak!!!" jerit adikku Dhilaila Jasmine.

"Bila kau balik dari asrama?" aku menyoal...

"Dik baru je sampai keluar dari bilik air dengar kereta bunyi... tak sangka kakak ada sini..."

"Memang lah... dah ni rumah aku... kat mana lagi syurga bagi aku..." balasku...

"Kak... tahu tak... kat sekolah ramai orang suka dengar suara kak cover lagu Too Late tu..."

"Tengoklah siapa... Nadhia Jasmine..." puji diriku sendirian...

"Tengoklah kakak siapa..." balas Dhila sambil memeluk leherku...

"Ish!!! Kau tu pendek! Sakit leher aku!" Aku menjerit sambil menaik tangga...

"Kak... Dhila dengar Tengku dapat Silver Youtube Award? Betul ke?"aku mengangguk...

"Wah... tengoklah boyfriend siapa..." Aku menyengih sahaja...

"Kak ni kenapa? Korang gaduh ke?" aku senyum dan menggeleng...

"Kau mesti penatkan dah pergi mandi kak siapkan makanan..." aku menukar topik...

Entah tiba-tiba mood dia elok harini? Selalunya balik mesti nak keluar jumpa Yosoft... Harini lain balik je dari asrama berbaik dengan aku...

Selepas makan petang...

"Kak nak tambah lagi!" jeritnya...

"Eh... kau dah tambah 3 pinggan ni... ni nak tambah lagi..."

"Kita rindu masakan akak... sedap gile..." pujinya...

"Ape yang sedapnyer... ikan masin dengan kicap je pun... kau tak payah nak tambah lagi... nanti kang susah aku nak suruh kau basuh baju yang kau bawa balik..."

Aku mengutip pinggannya ke dapur...

"Kak!!!" jerit adikku merajuk...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience