30

Drama Completed 3255

Aku melihat beberapa persembahan dan mengalih melihat Shenzi tetapi tiada...

Eh? Mana dia pergi? Aku melihat sekeliling...

"Didi... Do you Looking for me... " Tiba-tiba suara seseorang dari pentas memanggil tapi aku entahkan sahaja dan berdiri...

Lampu pentas memancar kearahku... Aku terkejut dan melihat ke pentas...

"Didi... Don't worry I Still in your Side... Sit Didi... " Shenzi berkata menggunakan mikrofon...

Ramai melihat aku... Ya Allah malunya... Dan kenapa dia panggil aku Didi?

"Okey... Hai! My name is Henz... I here because want to cover a song tittle Sorry by The Rose... And in same time this Is for my future wife Didi... " Ramai orang bersorak dan berkata Kami pasangan romantis...

Semua orang menepuk tanga selepas Shenzi menurunkan mikrofon... Dan dia mula menyanyikan setiap rangkap lirik lagu...

Adakah dia tuju padaku? Salahkah aku tak terima dia... Buat aku menitiskan air mata, hidungku merah kerana menangis...

Aku tersentuh dengan maksud yang tersirat dalam lagu itu... Hatiku terasa untuk memberikan dia peluang untuk biar bintang di mataku menyinari hati gelapnya... Adakah aku patut buka hatiku padanya?

Di kawasan perumahanku,

"Thanks.. For that song... "

"Maaf selama ni saya ego... Saya tak sangka saya tak boleh lepaskan awak... "

Shenzi menunduk air matanya menitis di tanah yang bersalji...

"Dengan alasan saya yang saya sayangkan Seonkyu... Tak sangka saya lebih sayangkan awak... Saya rasa... Saya ni lembab... Hahaha... " Shenzi ketawa kecil dengan air mata yang menitis...

"Shenzi... Kenapa awak..." Aku tak tahu nak katakan tentang perkahwinan dia dan Seonkyu...

"Menangis... " Aku menukar topik...

Shenzi ketawa lalu mengesat air matanya...

"Saya nak gantikan tempat awak... Selama ni awak terseksa tapi kekalkan senyuman... Bila Saya sakitkan awak, awak cuba mendekati saya tapi... Saya mengharapkan awak memujuk... " Shenzi menarik nafas...

"Setiap kali awak diam, awak pergi, awak hilangkan diri, selepas saya marah, tengking, tolak dan paksa awak... Saya rasa saya dah buat dosa... Setiap kali saya dengar jeritan awak, nampak air mata awak saya rasa kecewa sebab tak jaga awak... "

Shenzi memegang bahuku...

"Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku rasa bersalah sangat-sangat? Setiap malam soalan tu yang menjadi mimpi saya... Sehinggalah mimpi saya muncul wajah awak sedang senyum... " Shenzi memelukku...

"Awak tahu saya rasa apa? " Aku diam sahaja...

"Saya rasa bahagia... Senyuman pertama kali kita jumpa di kafe itulah berulang-ulang dalam mimpi saya..." Dia meleraikan pelukannya dan menunduk...

"Tapi selepas awak rapat dengan saya... Senyuman tu makin pudar... Kerana saya buat awak kecewa... Setiap kali air mata awak menitis, jalan saya penuh dengan serpihan kaca..." Matanya berkaca dan air mataku menitis...

"Tapi demi nak melindungi awak saya cuba berjalan bila saya dah berjalan, saya menyesal kerana saya tak mampu... Tapi... Awak datang dan mendukung saya... Bila awak berjalan, kaki awak berdarah, tapi awak tetap jaga hati saya, awak pujuk saya, rawat saya... Dan saya hanya hina dan kecewa awak..." Shenzi menyelitkan rambutku ke telinga...

"Saya sedar... Saya tak boleh hidup tanpa awak... Saya perlukan awak... Saya cintakan awak, Dhia... "

Air mataku turun tanpa henti...

"Saya nak awak jadi isteri saya..." Aku mengangguk dan memeluknya...

Aku dah jatuh cinta... Walaupun terlalu awal untuk aku menyetujui lamarannya... Tapi aku sudi kerana aku cintakannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience