35

Drama Completed 3255

Aku mengikutinya dari belakang...

Seonkyu sedang duduk di sofa sambil makan buah tiba-tiba rambutnya ditarik kasar oleh Shenzi...

Aku terkejut lalu aku menahan Shenzi dari memukul Seonkyu tapi aku yang ditolak...

Pernafasan aku tak stabil aku jadi sesak nafas... Seonkyu di tampar kasar oleh Shenzi aku hanya boleh menjerit...

"Kau cakap, kau buat apa kat Dhia! " Shenzi menjerit lalu tubuh Seonkyu di tolak kasar...

Shenzi kearahku untuk menolongku berdiri tapi aku terkejut dan aku menunjukkan jari kearah Seonkyu...

Peha Seonkyu penuh dengan darah, aku teringat tentang keadaanku di Malaysia...

"Awak... Tolong dia... Please... " Shenzi melihat arah jariku dengan cepat Shenzi mengejutkan Seonkyu yang pengsan...

Aku mencapai telefon dan mendail nombor hospital... Dalam beberapa minit ambulans datang dan membawa Seonkyu dan Shenzi bersama, aku mengekori dengan kereta Shenzi...

Dalam 2 jam doktor keluar dan kata keadaan Seonkyu stabil... Cumanya belum sedar...

Aku ke surau dan mengambil wudhu... Dengan lafaz Bismillah aku memakai telekung dan solat hajat selapas aku qodo '...

"Ya Allah... Maafkan aku kerana selama ni aku melengahkan solatku... Aku harap Engkau menerima solat dan amalanku... Aku harap Engkau sembuhkan kawan-kawanku dan jika dia jodohku Kau permudahkanlah... Kalau dia bukan jodohku Kau permudahkanlah... " Aku panjatkan doa di dalam sujud ku...

Selesai solat aku keluar dari surau dan masuk ke bilik rawatan Seonkyu lalu terdengar perbualan Seonkyu dan Shenzi di belakang pintu...

"Anak siapa aku tanya kau elok-elok! " Shenzi menjerit...

"Anak kitalah... Awak tak ingat ka seminggu lepas... Awak belai saya nakkan... "

"Shut up Seonkyu! Don't lie me!" Shenzi menjerit...

Aku tak tahu nak percayakan siapa sama ada seorang perempuan atau seorang yang aku cintai...

Rambutku di tarik kasar...

Mukaku ditampar...

"Aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Shenzi... Tak kesalah hubungan korang apa dia... " Mak Shenzi menegaskan suara...

Aku diam sahaja...

"Ouh... Lupa... Kau jadi pelacur tak ada duit kan... Nah ambik duit ni... Tak payah bayar... "

Mak Shenzi membaling duit 50 ribu won dalam beberapa keping ke mukaku dan pergi...

Air mataku menitis dan membasahi lantai hospital... Aku mengutip duit itu dan memberikannya kepada orang yang menjaga kaunter pertanyaan...

Aku menyuruh mereka pulangkan kepada Shenzi dan terus aku pergi tanpa sebarang pesanan...

Salji halus turun ke rambutku... Air mataku membeku di pipi... Hidungku merah...

Aku duduk diperhentian bas dan teringat semasa salji halus turun, masa itulah aku dengan seseorang yangku sayang...

Aku naik bas ke rumah sewaku... Aku terus duduk di katil selepas pulang...

Aku fikirkan masa depanku sahaja... Tak fikir tentang apa yang berlaku jika aku pilih jalan ini...

Adakah Allah memberi petunjuk yang dia bukan jodohku? Atau Allah memberi ujian padaku sebelum rasa bahagia? Aku rebahkan tubuhku dan terlena.

Esok pagi Shenzi memanggilku dari luar...

Aku keluar dengan rambut yang tidak kemas dan muka yang baru sedar dari mimpi...

"Dhia... Kenapa awak balik macam tu ja... "

"Baliklah... Shenzi, awak pujuk saya macam mana sekali pun awak ingat Mak awak terima sayakah? " Aku memarahinya...

"Jadi, disebabkan hanya satu halangan awak dah putus asa dengan saya?" Shenzi menyoal.

"Shenzi... Awak tak fahamlah... Kalau Mak awak tak restu hubungan kita, kita takkan bahagia... "

"Awak tahu tak... Mak saya suka Seonkyu sebab Seonkyu anak orang ternama... Seonkyu bodek Mak saya sebab nakkan harta... " Shenzi memegang tanganku...

"Walaupun ramai orang menghalang saya dengan awak... Saya akan tetap mempertahankan hubungan kita seperti suami isteri... " Shenzi memelukku dan aku membalas pelukannya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience