17

Drama Completed 3255

Mereka berjalan perlahan-lahan di depanku... aku menyorok ke belakang pokok sambil-sambil itu mendengar perbualan mereka.... Tidak penting untuk aku dengar... buat sakit hati je...

Lalu aku berpatah balik... sekarang baru aku rasa lututku rasa macam nak tercabut dari kaki... bergetar... nasib aku bawa beg kecil je ke universiti...

Aku ke kedai makanan Halal yang menjual stew ayam yang panas-panas... alangkah sejuknya kaki, lengan dan dadaku... Orang disekeliling memerhati...

Aku hanya kebuluran dan makan sahaja selepas stew dan nasi tiba di meja... tiba-tiba sebuah jaket hangat di sangkut pada bahu... Aku mengalihkan pandanganku padanya... Shenzi...

"Kau ambil balik..."aku menghulurkan jaketnya di sisi meja...

"Pakaila... baju yang kau pakai tu terdedah sangat..." Shenzi merayu...

"Biarlah terdedah... aku tak kacau korangkan... pergi berambus..." aku menyuap nasi di dalam mangkuk dan memesan lagi semangkuk...

"Jasmine... sudah lah..." Shenzi memegang tanganku yang menyuap nasi ke mulut...

"Aku nak makan! Jangan ganggu aku!" Aku menjerit dengan mulut penuh memang ada butir nasi memercik...

"Nadhia Jasmine! Apa masalah kau ni!" Shenzi menampar meja... Orang di sekeliling kami memerhati aku pun berhenti makan...

"Auntie semangkuk lagi nasi!" Aku menjerit memesan nasi...

"Enough! Nadhia!" Shenzi berdiri dan memegang tanganku yang menyuap nasi...

Aku memandang anak matanya... air mataku mengalir dengan pipiku penuh nasi... aku tak mampu untuk menelannya...

"Janganlah nangis... Sh..." Shenzi mengeluarkan sapu tangannya lalu melutut dan mengusap air mataku...

Aku menampar pipinya kanan kiri dengan kuat... Ada yang merakam, ada yang memandang...

"Kau tamparlah aku sekuat mana kau nak... aku sedar apa yang aku kata, apa yang aku buat kat kau lebih sakit dari ni..." Shenzi mengeluarkan bait-bait ayat menyentuh hatiku...

Air mataku mengalir lagi... tak mampu mengunyah dan menelan...

"Sudah jangan menangis... Shenzi teman Nadhia makan ya..." Shenzi mengusap air mataku dan duduk di sebelahku menunggu aku makan nasi...

"Nak nasi lagi... Shenzi nak order?" Aku menggeleng...

"Ingat nak order lagi... pipi tu dah besar macam kuih pau dah..." Aku nak ketawa tapi tak berdaya air mataku makin keluar nampaknya...

"Alolo... jangan nangis... habis make up tu... dah cair..." aku mengesat air mata...

Shenzi menghulurkan tisu basah kepadaku...

"Lap make up tu... Shenzi lebih suka Nadhia tak pakai make up..." aku mengelap sedikit demi sedikit solekan yang melekat di muka...

Dia memakaikan aku jaket semasa aku sedang menikmati stew ayam di atas meja yang suam...

Aku berjalan keluar dari gerai... dia mengekoriku...

"Awak baliklah... saya boleh balik sendiri..."

"Okey..." aku memrhatikannya memasuki kereta...

Aku berjalan perlahan-lahan angin yang dingin melanggar kakiku... disekelilingku ada ramai lelaki melihatku tetapi aku membiarkan sahaja... biasalah bila orang dah angau dengan perasaan...

Tiba-tiba tubuhku di gendong... aku terkejut seketika...

"Saya tak suka orang tengok awak macam tu..." Shenzi besuara sambil mengendong tubuhku...

"Turunkan saya!" Aku menolaknya tapi dia memasuki sebuah butik...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience