BAB 15

Romance Completed 19414

“Isabella adalah…”

Nyanyian Budi terhenti apabila gitar buruknya dirampas oleh Lut. Terkejut Budi dibuatnya. Hantu apa yang merasuk si bos.

“Mulai saat ni, minit ini, jam ini, hari ini dan seterusnya aku tak mau hang dok nyanyi lagu Isabella dah. Hang reti?”

“Awat plak abang Lut. Bukan ka hang suka lagu Isabella tu.”

Balas Budi yang masih tidak mengerti dengan perubahan Lut.

“Buat saja la apa yang aku suruh. Hang ni banyak soal plak.”

Bidas Lut geram. Gitar buruk kembali didalam dakapan Budi.

“Hang ni Budi, cikgu Lut kan dah bertunang dengan cikgu Lisa, buat apa lagi cikgu nak nyanyi lagu Isabella, baik dia nyanyi lagu cikgu Lisa.”

Celah salah seorang kawan Budi yang kerap melepak digerai burger Lut. Kemudiannya riuh suasana gerai tersebut dengan sorakan budak-budak yang datang melepak.

“Ada ke lagu cikgu Lisa?”

Budi bertanya lagi. Dia mengaru kepala tanda berfikir.

“Dah lah. Abang nak balik sat ambik roti. Hang tunggu gerai. Sat abang mai balik. Ha tu customer, pi layan.”

Sejurus berkata demikian Lut berlalu dengan motorsikalnya.

Sedang Budi menbungkus burger terakhir yang dipesan oleh pelangan mereka, sebuah kereta mewah jenis Audi R5 berhenti betul-betul dihadapan gerai. Semua mata anak muda yang berada digerai tersebut memusatkan pandangan masing-masing pada kereta mewah tersebut. Masing-masing ternanti siapalah empunya kereta tersebut.

Skirt hitam separas paha. Baju kemeja sendat berjalur putih gold. Beg tangan berjenama Gucci. Kasut bertumit tinggi dari Jimmy Choo. Barangan mewah tersebut tersarung elok ditubuh langsing milik Isabella. Rupa paras yang menawan memukau pandangan pemuda-pemuda kampung dihadapannya kini. Isabella tersenyum lebar. Pintu kereta ditutup lalu dia berjalan dengan penuh yakin menghampiri Budi yang dari tadi asyik memandaangnya tidak berkelip.

“Hello, hai..” sapa Isabella gugup.

Kenapa semua pandang macam nak telan je? Desis hati Isabella ragu-ragu. Namun senyuman tetap dihulurkan.

“Ha..ha..haiii.”

Budi menbalas dengan sedikit tergagap. Aiseyman, tergagap la pulak.

“Boleh I tanya? Ini gerai Lut?”

Budi tersengih sebelum mengangguk laju. Perempuan mana pula yang bertanyakan abang Lut ni?

“Ye, ye cik adik. Ini memang gerai abang Lut. Ada apa-apa boleh saya tolong?”

Celah Husin tiba-tiba. Husin datang menghampir sambil menayangkan senyuman yang menampkkan giginya yang sedikit kekuningan akibat merokok.

Isabella memaksa diri untuk terus senyum.

“Boleh I jumpa dengan Lut?” Soal Isabella lagi pada Budi.

“Boleh, tapi abang Lut balik sat ambik barang. Tunggu dulu. Sat dia mai la. Cik duduk dulu.”

Beritahu Budi sambil menghulurkan sebuah kerusi plastik pada Isabella.

“Tak mengapa, terima kasih. I tunggu dalam kereta.”

Balas Isabella sambil berlalu menuju ke kereta.

“Hui lawa siot awek tu. Agak-agak hang dari mana? Apsal dia cari cikgu Lut ha?”

Tanya Adib dengan wajah kehairanan. Budi kehilangan kata. Dia hanya mampu menjongket bahunya sahaja tanda tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience