BAB 10

Romance Completed 19414

“Lut, ada ke lelaki jujur dalam dunia ni?”

Soal Isabella perlahan. Dengar sahaja suara Lut ketawa dihujung sana membuatkan hatinya dijentik perasaan riang. Isabella tersenyum nipis.

“Ada.” Balas Lut pendek.

“Siapa?” Isabella ingin tahu.

“Sayalah.”

Lut ketawa. Isabella mendengus. Dipermainkan oleh Lut rupanya. Lalu dia juga ikot ketawa. Rasanya inilah kali pertama dia ketawa selepas hampir dua minggu putus cinta dengan Firman.

“Jujur itu subjektif sayang. Jangan hanya seorang lelaki yang berlaku tidak jujur dengan awak, awak dah nak anggap semua lelaki itu tak jujur. Salah tu. Bukan semua lelaki macam itu. Kenapa awak tanya soalan macam tu?”

“I bimbng you tak jujur dengan i.” Ujar Isabella.

Isabella menggigit bibir bawah. Dia yang sebenarnya tidak jujur pada Lut. Lut, maafkan I, bisik hati Isabella.

“Jangan bimbang. Saya jujur dengan awak dan saya ikhlas sayangkan awak. Mungkin awak anggap semua ni tak logik kan, tapi itulah hakikatnya.”

Suara Lut kelihatan tenang dihujung sana. Entah kenapa buat hati Isabella terasa juga tenang.

“Thank you Lut.”

“Awak macam ada masalah?”

Tekaan Lut tepat. Isabella ragu-ragu. Inikah masanya yang tepat untuk dia berterus terang. Argh, Isabella belum bersedia.

“No, I don’t have any problem.”

“Jangan menipu Isabella, sebab saya benci orang yang menipu.”

Isabella telan liur. Sebaris ayat itu berulang kali bermain diminda. Bagaimana penerimaan Lut apabila dia tahu hal sebenarnya? Isabella resah sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience