BAB 2

Romance Completed 19420

“Kak Isabella, sedap tak burger yang paksu buat semalam? Kalau sedap datang lagi tau. Paksu kirim salam.”

Isabella mengerut dahinya. Burger? Paksu? Kirim salam? Apa ni? Mulut Isabella terjuih-juih memikirkan isi kandungan mesej tersebut. Silap ‘sent’ la barangkali. Isabella mengabaikan mesej tersebut lalu dia menyemak mesej yang lain.

“Ella tak keluar ke hari ni?”

Puan Sri Suraya menegur satu-satunya anak tunggal dalam keluarga.

“Hah? Owh, tak. Ella nak rehat je kat rumah hari ini.”

Balas Isabella acuh tak acuh sambil membelek telefon pintarnya.

“Eloklah tu, rehat je kat rumah. Asyik keluar berjalan pon tak elok jugak.”

Isabella senyum. Malas mahu membalas kata-kata Puan Sri Suraya.

“Dari tadi belek handphone tu, apa yang ditengoknya Ella?” soal Puan Sri Suraya dengan nada yang tidak senang.

Ada dirumah pun sibuk dengan handphone, bukannya nak berbual dengan kita, hai anak...

Isabella perasan nada suara mamanya yang lain. Isabella ketawa kecil. Mamanya merajuk.

“Ala, Ella check mesej kat fac je, dah lama tak buka fac.”

“Fac pon fac juga. Jangan kerana peralatan elektronik tu, hubungan yang dekat menjadi semakin jauh.” ujar Puan Sri Suraya dengan nada yang merajuk.

“Okaylah mama. Papa mana?” soal Isabella.

Dari pagi tadi dia tidak nampak bayang papanya.

“Keluar. Main golf dengan ahli persatuannya.” Isabella mengangguk kecil.

“Bagaimana hubungan Ella dengan Fir? Lama mama tak dengar cerita tentang kamu berdua.”

Isabella tersenyum girang apabila soal Firman disebut. Rindu pula dia dengan lelaki itu walaupun baru semalam bertemu.

“Okay. Cuma dia busy sikit uruskan syarikat papa dia. Ala, Ella dan Fir sama-sama busy, tetapi selalu jugak berjumpa.” jawab Isabella tenang.

“Jangan bercinta lama-lama sangat. Eloknya dah kahwin. Suruh Fir cepat-cepat masuk meminang.”

Bila disebut soal kahwin wajah Isabella berubah serta merta. Macam mana nak kahwin kalau Firman kelihatannya tidak bersungguh. Bukan sekali dua soal kahwin dibangkitkan, tetapi sudah berkali-kali, jawapannya sama, tidak bersedia. Tidak bersediakah atau ada perempuan lain?

“Kenapa masam pula muka ni?”

Soal Puan Sri Suraya apabila melihat wajah keruh Isabella. Isabella kembali tersenyum. Soal Firman dilupakan. Tumpuan sepenuhnya pada mama. Dua beranak itu rancak berbual sambil disusuli dengan gelak ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience