BAB 3

Romance Completed 19414

“Siapa suruh main fac paksu? Arina, Shahrul jawab paksu tanya ni. Kan banyak kali paksu pesan. Kalau Arina dengan Shahrul tak buat benda yang bukan-bukan paksu tak marah. Ni Arina dan Shahrul pandai-pandai p add friend entah sapa-sapa. Paksu pon tak kenai (kenal). Lepas tu pandai-pandai pula p mesej.”

Marah Lut pada anak-anak buahnya yang asyik tunduk merenung lantai. Memang nakal sunguh kembar ni. Lut menyembunyikan senyum melihat Shahrul yang mula mahu menangis.

“Ala, Arina dengan adik saja nak tolong paksu mengorat kak Isabella.”

Jawab Arina dengan berani. Arina berani dan keras kepala sedikit berbanding dengan Shahrul. Shahrul yang hampir menangis tidak jadi mahu menangis apabila kakaknya berani menjawab.

“Hah? Ngorat kak Isabella? Kak Isabella mana pulak ni?”

Lut pula terduduk dilantai. Kepala yang tidak gatal digaru.

“Ala, kak Isabella yang selalu datang beli burger kat gerai paksu tu la. Kan paksu suka dekat kak Isabella. Adik dan kakak tolonglah paksu kirim salam kat kak Isabella.”

Jawab Shahrul pula penuh yakin. Terbeliak biji mata Lut mendengar butir bicara Shahrul yang petah tersebut. Latifah dan Mak Kiah yang berehat diruang tamu ketawa kuat. Lut berpaling memandang kakak sulung dan maknya.

“Kak, hang tengok anak hang ni. Haru betoi perangai. Kecik-kecik pun pandai nak kenen-kenen kan orang.”

“Good job anak ibu. Pandai.”

Latifah pula memuji anak kembarnya. Tidak berhasrat untuk memarahi. Ibu jari diangkat sebagai tanda bagus. Dia masih ketawa dengan telatah lucu anaknya mengenakan paksu mereka.

“Good job hang kata. Eloklah besaq nanti 2-2 boleh berkerjasama bukak agensi cari jodoh.”

Lut berkata dengan nada geram.

“Sapa Isabella tu Arina, Shahrul? Tokwan tak pernah dengaq pon kakak nama Isabella?”

Tanya Mak Kiah pada cucunya. Lut juga berpaling pada anak buahnya. Dia juga tertanya-tanya siapa kakak Isabella tersebut.

“Ala, kak Isabella yang comel-comel tu. Yang suka senyum tu.”

Arina memberi klu.

“Owh…yang tu bukan kak Isabella. Tapi nama kakak tu Halisa Nabila. Panggil cikgu Lisa.”

Mak Kiah memberitahu cucunya. Kedua cucunya mengangguk faham.

“Manalah Shahrul tahu, Shahrul ingat nama kakak tu Isabella sebab Shahrul tengok paksu selalu nyanyi lagu Isabella bila cikgu Lisa datang gerai paksu.”

Terang Shahrul lagi. Lut tergeleng-geleng kepalanya. Cerdik betul anak buahnya ini. Nasib baik dua orang sahaja anak buah yang dia ada, kalau sepuluh anak buah yang perangai nakal macam ni, haru betul hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience