BAB 17

Romance Completed 19414

“Cik duduklah. Cik nak order tak burger? Kalau cik nak tau burger abang Lut sedap tau.”

Budi memulakan bicara. Kerusi plastik dihulurkan pada Isabella. Isabella tersenyum tipis menyambut pemberian Budi lalu duduk.

“Burger apa yang special?”

Tanya Isabella sambil tersenyum manis. Sesekali dia menjeling pada Lut yang sibuk membakar daging diatas pemanggang. Lut langsung tidak menoleh padanya. Apatah lagi hendak senyum. Kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan. Hanya Budi yang ramah melayannya bersama kawan-kawannya yang lain.

“Burger special Lut. Sedap baq hang. Nak try dak?”

Pelawa Budi sambil tersengih. Isabella mengangguk kecil. Apa salahnya mencuba.

“Ada ke orang KL, anak tan sri nak makan burger tepi jalan macam ni Budi. Tolonglah realistik sikit.”

Celah Lut dengan suara yang dingin. Isabella tersenyum kelat. Budi kehilangan kata. Dia serba salah pula melihat muka bosnya yang moody semacam, muka gadis dihadapannya yang tidak diketahui nama.

“Ada. Budi kan? I nak burger special Lut.”

Budi menyukir senyuman. Ibu jari diangkat tanda bagus.

“Tapi i nak abang Lut yang buatkan. Barulah special kan..”

Sambung Isabella lagi. Lut sudah memandangnya dengan pandangan yang kurang senang. Budi bersorak sambil menepuk bahu Lut.

“Setuju sangat. Erk..?” Budi menggarukan kepalanya.

“Nama saya Isabella Razlan.”

Cepat-cepat Isabella memperkenalkan dirinya. Tunggu Lut kenalkan dirinya pada Budi memang tidaklah.

“Isabella? Jadi Isabella memang wujud?”

Budi bersuara perlahan sambil memandang kearah Lut yang menjelingnya. Kata-kata Budi walaupun perlahan tetapi jelas dipendengaran Isabella.

“Apa yang wujud?” Soal Isabella kehairanan.

“Abang Lut..”

“Budi hang pi basuh telur tu.”

Tidak sempat Budi meneruskan kata-katanya, Lut mencelah. Budi mengangkat bahu lalu menuruti sahaja arahan Lut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience