BAB 33

Romance Completed 19414

Isabella menberhentikan keretanya dihadapan gerai Lut. Petikan gitar dari Lut membuai perasaannya. Alunan lagu dari Lut dihayati dengan penuh perasaan.

“Izinkan aku sayang, menyentuh perasaanmu, biar gelora cinta semalam, izinkan aku sayang, merinduimu selalu, biar bergetar nalurimu, walau berkali kau membenci, cintaku tak kan hilang, himpunkan semua kemaafan, dengarkan oh rintihan..andainya kau pergi, gugurlah bunga cinta, terpadam mentari, yang menyinar oh..pulanglah oh sayang, kau ku nanti penuh pasti, rintihan kecundang, untukmu oh sayang..”

Penuh perasaan Lut menyanyikan lagu tersebut.

Pantas Isabella mengusap air mata yang kian lebat mengalir di pipi. Dia perlu pergi. Betul kata Lut, disini bukan tempatnya.

Isabella menghampiri Budi distesen memasak. Sebuah senyuman diukir.

“Terima kasih Budi atas layanan baik you sepanjang I kat sini.”

“Tak dak hal la. Yang dok ucap terima kasih ni awat? Nak balik dah ka?”

Soal Budi hairan.

“Ya, I nak balik KL. Ini bukan tempat I.”

Balas Isabella sayu. Matanya menjeling pada Lut. Petikan gitar Lut sudah tidak selancar tadi. Mungkin Lut sedang memasang telinga mendengar perbualannya dengan Budi.

“Awat cakap lagu tu. Len kali datang lagi..”

“I tak akan datang lagi sini. I have to go now. Bye.”

Ujar Isabella lalu berlalu.

“Tapi abang Lut..”

Budi terpinga-pinga. Ucap selamat tinggal pada dia sahaja kah? Lut macam mana? Bergaduh ka? Budi memandang Lut silih berganti dengan lenggok Isabella menuju ke keretanya.

“Abang Lut, Ella nak pergi dah tu..”

Gesa Budi pada Lut. Tetapi Lut membatukan dirinya. Tidak berganjak dari duduknya.

Isabella menghidupkan enjin kereta. Dia bersedia untuk meninggalkan kampung ini. Banyak memori indah tercipta disini selama dua minggu. Selamat tinggal Mak Kiah, kak Tipah, si kembar Arina dan Shahrul. Isabella senyum. Selamat tinggal sayang, Lut bin Muzafar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience