BAB 38

Romance Completed 19420

“Hello?”

Isabella memulakan langkah. Ini kali pertama dia menghubungi tunangnya.

“Hello. Siapa ni?”

Suara disebelah sana menjawab. Isabella terpana. Suara lelaki yang bergelar tunangannya sama seperti Lut. Ah, perasaan aku sahaja, mungkin sebab aku rindukan Lut. Isabella menenangkan dirinya.

“I am Isabella Razlan. You of course my fiancé right? Oke straight to the point. I call you just nak beritahu yang I tak nak jumpa or berhubung dengan you sampai majlis pernikahan kita. Got it? Kalau ada sesuatu yang penting berhubung dengan majlis pernikahan kita, hanya melalui family I sahaja. Got it?”

Kata Isabella lancar.

“Erk? Tak nak kenal dengan saya?”

“No need!”

“Hmm, awak tak nak tahu nama saya?”

“Not important. Remember! Oke bye.”

Telefon bimbit dimatikan terus. Baru puas hati Isabella. Tanpa Isabella sedar, kelakuannya diperhati oleh Puan Sri Suraya.

“Tak baik buat macam tu. Ella seolah-olah menghukum hati Ella. Ella seperti mahu membalas dendam. Tak baik buat macam tu sayang.”

“Tak salah kan tindakan Ella. Elak maksiat kan..?”

Balas Isabella acuh tak acuh. Puan Sri Suraya mengeluh.

“Mama tahu Ella tak ready nak nikah. Ella buat semua ni sebab kecewa dengan lelaki tu kan? Ella still ada masa untuk batalkan semua ni. Mama tak paksa Ella.”

“Mama, keputusan Ella muktamad. Stop talking about this matter, please.”

Balas Isabella sambil berlalu ke dapur. Sekali lagi Puan Sri Suraya tergeleng-geleng melihat perangai si anak tunggal yang manja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience