BAB 7

Romance Completed 19420

Isabella menepuk-nepuk bantal. Dia merebahkan badannya. Telefon bimbit ditangan dibeleknya. Mesej pon tak ada? Isabella mendengus kecil. Jam didinding dikerling. Hampir pukul 1 pagi. Isabella mula mencari number telefon lelaki itu. Dapat sahaja dia terus menekan butang call.

“You kenapa tak mesej or call i?”

Soal Isabella dengan nada geram. Lelaki ini gemar sahaja mengabaikannya.

“Sayang, I busy. I still kat pejabat ni.”

Balas Firman kedengaran lemah.

“Dah pukul 1 pagi tau you. Baliklah. I risau you balik lewat malam.”

“Sayang, lagi sikit je kerja I nak habis. I kena siapkan semua ni secepat yang mungkin.”

“Kerja tak akan habis you. You janji nak dinner dengan I tapi you tak datang. Hampir sejam I tunggu you kat sana. You selalu mungkir janji.”

Jawab Isabella dengan rajuknya. Biar Firman rasa bersalah.

“I am sorry sayang.”

Seperti selau ucapan maaf lagi yang dilontar. Isabella mencebik. Bosan dengan lelaki yang gemar mungkir janji.

“Itu je yang you tahu. Sorry, sorry and sorry! Bosan I tau tak.”

Bidas Isabella tanda tidak puas hati.

“Kenapa susah sangat you nak faham kerja I ni. Kita dalam bidang yang sama kan, you mesti tahu kerja kita macam mana?”

“I just nakkan perhatian dari you.”

Balas Isabella keras.

“Fine. Carilah lelaki lain. I malas nak layan you.”

Sejurus itu Firman terus meletakkan telefon.

Isabella melemparkan telefonnya tanda geram. Lelaki itu tidak habis menyuruhnya mencari lelaki lain saat mereka bergaduh. Isabella jadi ragu-ragu adakah benar Firman mencintainya atau sekadar pembohongan. Isabella merebahkan badannya. Akhirnya dia terlena bersama minda yang sarat memikirkan perihal halatuju hubungannya dengan Firman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience