BAB 23

Romance Completed 19420

Lut segera menghampiri Isabella yang duduk dikerusi batu bersebelahan pejabat.

“Kenapa awak datang sini?”

Soal Lut sambil menahan perasaan geram.

“Lut, I saja nak datang melawat you. Tak sangka you seorang guru.”

Balas Isabella teruja sekali. Namun kata Isabella hanya dibalas dengan jelingan sahaja.

“So? You nak cakap yang kerjaya saya sebagai guru satu kerjaya yang low class?”

Bidas Lut, serius. Berubah terus air muka Isabella apabila kata-katanya disalah anggap oleh Lut sebegitu sekali.

“I tak bermaksud pun nak cakap macam tu.”

Kata Isabella perlahan sambil mengawal perasaan sebaknya.

“Dahlah, awak tolong pergi dari sini. Awak tak malu ke datang ke sekolah dengan berpakaian jalang macam ni?”

Menitis terus air mata Isabella yang cuba ditahan. Pedih hatinya apabila Lut menghinanya menyatakan yang dia perempuan jalang. Sampai hati Lut. Tanpa sebarang kata pantas Isabella berlari anak kearah keretanya.

“Isabella Tan Sri Razlan.”

Panggil Lut lemah. Lut memicit kepalanya. Dia menyutuk dirinya yang terlalu mengikut perasaan marah sehingga sanggup menghina gadis itu. Panggilan Lut tidak diendahkan. Cecair ditubir mata diseka rakus.

Lut pantas mengejar. Lengan Isabella ditarik supaya Isabella menghadapnya. Hati Lut tersentuh melihat air mata diwajah Isabella yang mencacatkan sedikit makeupnya.

“I am sorry.”

Ucap Lut kesal. Tanpa berkata apa-apa lagi lengan Isabella diheret ke tempat duduk sebelah pemandu. Lut masuk kedalam kereta. Kereta Isabella dipandu sehingga luar kawasan sekolah. Sepi diantara mereka.

“Lagi 10 minit waktu sekolah tamat. Tunggu sehingga saya datang.”

Kata Lut lalu keluar. Lut kemudian berlari anak masuk semula kedalam kawasan sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience