BAB 31

Romance Completed 19414

“Aku sebagai orang tua, ketua kampung kat kampung ni, ayah kepada Lisa dan juga bakal bapa mertua hang, aku tergerak hati nak menegur apa yang buruk.”

Pak Husin memulakan bicara.

“Apa maksud pak cik?”

Jawab Lut yang jelas tidak faham.

“Macam ni lah Lut, hang tak lama lagi dah nak jadi menantu aku. Hang tau dak heboh satu kampung ni yang hang kerap dok berdua dengan budak perempuan tu. Tinggal pula serumah. Aku takut benda buruk terjadi. Mana nak letak muka aku ni, muka si Lisa.”

Darah Lut terasa menyirap naik hingga ke kepala apabila mendengar kata-kata Pak Husin. Lut diam. Enggan membalas.

“Kalau hang betul-betul suka kat anak aku, jaga hubungan hampa elok-elok. Budak tu aku tengok tak senonoh. Macam tu ka hang nak buat bini?”

Cukup-cukup lah menghina Isabella Pak Husin, Isabella bukan macam tu, bentak hati Lut. Dada Lut berombak sakan menahan amarah. Kedua-dua belah tangan dikepal seperti siap sedia untuk menumbuk sesiapa sahaja.

“Dahlah Lut, pak cik balik dulu. Fikir elok-elok cakap pak cik ni.”

Kata Pak Husin dan berlalu pergi dengan motorsikalnya. Tinggal Lut yang masih menahan rasa marah dengan hinaan Pak Husin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience