BAB 16

Romance Completed 19414

20 minit menunggu, Lut muncul dengan motorsikalnya penuh dengan bungkusan roti. Demi sahaja melihat kelibat Lut, Budi menghampiri Lut. Lut sendiri pun kehairanan melihat kereta mewah tersidai dihadapan gerainya.

“Kereta siapa ni?”

Tanya Lut sambil menongkat motosikalnya. Bungkusan roti burger dihulurkan pada Budi.

“Tu yang aku nak habaq kat abang ni. Ada orang cari abang Lut. Tu dia tunggu dalam kereta.”

Budi memberitahu sambil menyambut bungkusan roti yang dihulurkan.

“Siapa?”

Soal Lut lagi. Budi mengangkat bahu tanda tidak tahu. Lut mengalih pandangannya pada pemuda-pemuda kampung yang turut berada didalam gerainya. Wajah mereka semua juga penuh dnegan tanda tanya.

“Tak apalah. Aku pi tengok sat. Tu customer mai. Hang layan sat.”

Balas Lut bersahaja. Budi kembali ke stesen memasak sambil melayan pelangan mereka.

Sementara itu, Lut menghampiri kereta mewah tersebut. Cermin gelap dibahagian pemandu diketuk beberapa kali. Sebaik sahaja cermin tingkap diturunkan, demi melihat senyuman manis itu wajah Lut berubah. Dia kenal benar dengan perempuan itu walaupun sekadar berkongsi gambar di WhatsApp dan fac. Pantas sahaja Lut berlalu. Isabella turun dari keretanya. Langkah panjang Lut dikejar. Biarlah aksi mereka menjadi tontonan manusia yang berada digerai burger Lut, Isabella tidak peduli sama sekali.

“Lut, please! Lut..” Panggil Isabella.

Langkah Lut tetap dikejar. Kini mereka agak berjauhan dari gerai.

“Awak nak apa Isabella Tan Sri Razlan. Cukuplah kata-kata hinaan awak pada saya. Penipuan awak. Dari mana awak datang, saya mohon tolong pergi. Kedatangan awak tidak dialukan disini.”

Langkah Lut tiba-tiba terhenti dan terus berpaling tanpa amaran. Isabella yang tidak sempat berbuat apa-apa, terlangar tubuh Lut. Mukanya tersembam didada Lut. Cepat-capat Isabella membetulkan posisinya. Lut pula buat memandang kearah lain. Dada masing-masing berdebar sakan.

“I..i..datang nak minta maaf pada you atas semua kesalahan i. I menyesal. Sebenarnya I tak bermaksud nak tipu you. I langsung tak terfikir nak menghina you.”

Terang Isabella dengan yakin. Dia betul menyesal dengan apa yang telah dilakukan pada Lut.

“Saya maafkan awak, tapi dengan satu syarat.”

Lut hela nafasnya perlahan sebelum kembali menyambung katanya.

Isabella yang sedikit teruja ternanti-nanti syarat Lut.

“Syaratnya, awak kena pergi dari sini. Ini kali pertama dan terakhir kita bersua muka. Lepas ni saya tak mahu lihat lagi muka awak. Anggaplah kita tak pernah kenal.”

Demi sahaja mendengar kata-kata Lut, wajah Isabella berubah riak. Dia langsung tidak menyangka itu syaratnya. Amat berat sekali. Air mata bergenang ditubir mata. Pedih dan sakit hatinya.

“Sampai begitu sekali you bencikan i? Dah tidak ada rasa cinta dan sayang you pada i?”

Luah Isabella dengan nada sebak.

Lut mengeluh perlahan. Dia keraskan hatinya. Enggan mahu bersimpati dengan kesedihan yang ditanggung oleh Isabella. Mungkin air mata dan kata-kata insaf dari Isabella hanya lakonan semata-mata.

“Sayang saya bermula dengan rasa percaya, hilang rasa percaya, tiada rasa sayang tu. Harap awak paham.”

Balas Lut sambil berlalu ke gerainya. Isabella kehilangan kata.

“Lut, I akan buat apa sahaja untuk dapatkan balik rasa sayang you. I tak akan pergi dari sini. I tetap nak tunggu you.”

Jerit Isabella. Lut tetap tidak berpaling. Isabella sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience