BAB 8

Romance Completed 19414

Langkah Aleya terhenti. Mata kepalanya bagaikan tidak percaya apa yang dilihat. Benarkah lelaki itu Firman atau pelanduk dua serupa. Lelaki itu kelihatan mesra berpegangan tangan dengan seorang perempuan. Mereka nampak begitu mesra.

“Leya?” Panggil Isabella.

Aleya tidak menyahut. Anak matanya masih memanah pada pasangan tersebut. Kini pasangan tersebut betul-betul berada dihadapan mereka.

“What up? Leya?” Panggil Isabella lagi.

Sahabat baiknya seperti ternampak hantu. Isabella hendak berpaling ke belakang, mahu melihat apa yang membuatkan sahabatnya seolah terpaku. Tetapi belum habis badannya memusing, tangannya direntap kasar oleh Aleya.

“Jom kita pergi ketempat lain?”

Ajak Aleya tiba-tiba. Aleya kelihatan seperti ingin menyembunyikan sesuatu. Isabella ditimpa perasaan tidak sedap hati.

“Why? Tadi you kan teringin nak makan western food. So now we are here. Let’s go!”

“I tak jadi nak makan. Jom kita pergi kedai lain.”

Aleya mengheret Isabella. Isabella semakin pelik.

“Leya? What happen to you? You seperti ternampak hantu? Jom lah.”

Giliran Isabella pula menarik lengan Aleya. Namun, hanya beberapa langkah, Isabella berhenti secara mendadak. Anak mata Isabella memusat pada dua pasangan tersebut. Firman dengan seorang perempuan.

“Ella, please. I yakin tu bukan Firman. Pelanduk dua serupa tu. Jangan buat kecoh kat sini. Malu nanti.”

Aleya merangkul bahu Isabella yang kelihatan tidak stabil emosinya. Anak mata Isabella kelihatan berkaca-kaca. Aleya tahu air mata Isabella bila-bila masa akan tumpah.

“Leya, I know itu Firman. Kemeja yang dia pakai special design by me for his birthday. I know that him, Leya.”

Ujar Isabella perlahan dengan nada yang cukup kecewa. Patutlah Firman asyik busy dan tiada waktu dengannya rupanya sibuk dengan perempaun lain. Sampai hati Firman sanggup melukakan hatinya.

Isabella mendekati pasangan itu.

“Hai!”

Sapa Isabella ringkas. Dia sedaya upaya menyembunyikan pelbagai rasa marah, kecewa, terluka, sedih didalam hati. Sedaya riak tenang ditonjolkan. Isabella tidak akan menunjukkan rasa lemah dihadapan lelaki yang melukakan hatinya.

Firman dan perempuan itu berpaling. Jelas wajah Firman menunjukkan rasa terkejut yang amat sangat. Genggaman tangan yang erat dilepaskan.

“Who is she?” Soal Isabella lagi.

Dia memandang lama pada wajah perempuan tersebut. Perempuan itu hanya tersenyum sinis seolah-olah tahu apa yang berlaku.
“Nida, she is my client.”

Jawab Firman dalam keadaan tergagap. Firman menunduk. Dia sedang menghadapi satu keadaan dimana dia akan kehilangan perempuan yang dicintai dan disayanginya.

“Client?”

Kata Isabella dan Nida serentak. Kemudiannya, mereka saling berbalas pandangan sinis.

“Client apa kalau berpegangan tangan, berpelukan? Dasar perempuan perampas, lelaki penipu.”

Marah Isabella. Isabella menarik tangan Aleya yang dari tadi hanya memerhati. Lebih baik dia segera pergi dari situ sebelum dia hilang kawalan.

“Sayang, please. I can explain.”

Firman mengejar. Tangan Isabella dipegang tetapi cepat sahaja Isabella merentap.

“You nak explain apa lagi. I nampak dengan mata kepala I apa yang berlaku. I ingat selama ini you jujur dengan I, tetapi you ni penipu. I sayang you sepenuh hati I tetapi ini yang I dapat? Useless.”

“I am sorry sayang.”

Pujuk Firman lembut. Air mata lelakinya hampir gugur. Sungguh dia tidak mampu untuk kehilangan Isabella.

“Sorry? Now I understand, kenapa you beria suruh I cari lelaki lain. You memang ada niat nak berpisah dengan I kan sebab perempuan tu. Fine, mulai saat ini, I penuhi kemahuan you. We are over!”

“You silap Isabella. I love you. Just you. Tolong jangan tinggalkan I please.”

“We are over.”

Balas Isabella lagi. Aleya cepat menarik tangan Isabella menuju ke kereta. Isabella perlu dielakkan dari Firman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience