BAB 28

Romance Completed 19414

“Awat mak biaq kembaq tu bawak Ella p parit. Ella tu bukan biasa.”

Tanya Lut sambil memandang telatah si kembar dan Isabella dari pintu dapur. Mak Kiah yang sedang menyiapkan minum petang tersengih.

“Ala, biaq lah dia rasa. Lagipun Ella yang setuju. Dia tak kata apa-apa, hang yang terlebih bimbang ni dah awat?”

Perli Mak Kiah bersahaja. Lut tidak membalas. Sesekali Lut mengukir senyuman melihat si kembar asyik memercikkan air pada Isabella. Isabella pun membuat benda yang sama.

“Dok senyum-senyum awat? pi la join.”

Usik Mak Kiah lagi. Karipap pusing didalam kuali diangkat kedalam pinggan. Baru dia tahu yang sebenarnya Isabella suka makan karipap. Katanya karipap yang dibuatnya sedap.

“Ni mak nak tanya hang. Mak tengok sebelum ni pantang handphone dok jauh sikit, macam nak riau. Kadang-kadang dok sengih sorang-sorang depan handphone tu, cakap pon slow ja. Lepaiah ja hang bertunang dengan cikgu Lisa tu, tak ada dah mak nampak hang macam tu. Sebelum ni hang dengan Ella ada apa-apa ka?”

Lut diam.

“Entah-entah Ella tu kekasih hang. Tapi awat pi bertunang dengan cikgu Lisa plak?”

Mak Kiah mula buat andaian sendiri.

Lut masih lagi diam.

“Ni, Ella tau dak yang hang bertunang dah?”

Soal Mak Kiah lagi. Mak Kiah menanti jawapan dari Lut.

“Lut, mak tanya ni jawablah. Dok termenung awat?”

Mak Kiah mula naik bosan dengan perangai Lut yang hanya diam.

“Lut pi depan dulu mak, nak cek kertas exam budak-budak sat.”

Jawab Lut bersahaja. Wajah Mak Kiah tidak dipandang. Namun Lut berhenti melangkah apabila terdengar jeritan dari Isabella dan berselang seli dengan Arina dan Shahrul. Cepat-cepat dia berlari laju menuju ke parit.

“Paksu! Paksu! Maksu pengsan.”

Jerit Shahrul. Lut menghampiri. Tubuh Isabella yang terkulai layu dicempung.

“Kenapa dengan kak Ella?”

Soal Lut cemas. Muka Arina dan Shahrul yang menangis dipandang silih berganti.

“Jawablah, paksu tanya ni.”

Gesa Lut. Namun si kembar tidak menjawab. Lut tanpa menunggu lagi dicempung tubuh Isabella ke pintu dapur. Suara Mak Kiah riuh dari dapur bertanyakan kenapa.

“Awat ni Arina, Shahrul. Awat kak Ella pengsan?”

Soal Mak Kiah risau benar.

“Isabella! Isabella bangun...”

Lut menepuk-nepuk pipi Isabella beberapa kali namun Isabella masih tidak sedarkan diri.

“Jom bawak pi klinik Lut. Mak risau la.”

Cadang Mak Kiah.

“Paksu, maksu pengsan sebab kaki maksu ada darah.”

Beritahu Shahrul tergagap. Mak Kiah beristighfar. Lantas kain batik Isabella diselak. Sebaik sahaja kain itu diselak, kelihatan seekor lintah yang sedang rakus menghisap darah. Mak Kiah tersengih.

“Pengsan sebab takot lintah ni rupanya.”

Kata Mak Kiah sambil membuang lintah tersebut. Lut meghembus nafas lega. Ingatkan kenapa tadi, bisik hati Lut. Si kembar pun sudah berhenti menangis.

“Lut, hang pi bawak Ella masuk bilik dia. Sat mak buh ubat kat luka kaki dia.”

Lut hanya menurut sahaja. Isabella dibawa kebilik tetamu dimana selama seminggu Isabella menginap disitu.

“Awat mak? Eh, anak ibu kenapa nangis ni?”

Tegur Latifah hairan. Si kembar berlari anak mendapatkan latifah lalu memeluk kaki ibu mereka.

“Kawan si Lut ni, pengsan sebab tengok lintah. Budak-budak ni tadi pi ajak mandi parit.”

Beritahu Mak Kiah sambil memegang sebotol minyak gamat. Latifah mengikut langkah Mak Kiah menuju ke bilik tetamu.

“Awat cantik sangat ni mak kawan Lut ni. Macam anak omputih ni. Tak sangka aku Lut hang ada kawan cun melecun ni.”

Puji Latifah dalam masa yang sama dia memerli Lut. Lut hanya menjeling sahaja Latifah.

“Hang jangan tak tau Tipah. Ni, anak tan sri ni. Bukan calang orang.”

Tambah Mak Kiah lagi.

“Amboiii, kereta mewah depan rumah dia punya ka? Aku ingat si Lut untung besaq juai burger tu.”

Bidas Latifah lagi mengusik adiknya sambil mengekek ketawa.

“Hang jaga sikit mulut hang kak Tipah. Hang ingat aku tak laku ka?”

Lut mencebik lalu keluar dari bilik. Latifah masih lagi ketawa sakan. Si kembar sudah pun naik keatas katil. Arina berbaring disebelah kanan Isabella, manakala Shahrul pula berbaring disebelah kiri Isabella. Latifah tersenyum melihat telatah anaknya. Manja benar.

“Tok wan, mak su macam snowhite kan?”

Kata Arina perlahan.

“Ye lah. Ha, tiduq temankan kak Ella.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience