BAB 37

Romance Completed 19420

Esok! Ya esok hari pernikahan Lut dengan Lisa. Isabella bersandar lemah pada kerusi empuk dipejabatnya. Dia memicit dahinya lembut. Hati dia rawan. Satu kerja langsung tidak dapat disiapkan dek kerana hilang focus. Telefon bimbit berbunyi nyaring segera diambil dari poket baju.

“Ya mama kenapa?”

“Ella, kenapa tak balik. Kan mama dah pesan suruh hadir majlis ni.”

Suara Puan Sri Suraya sedikit menekan. Isabella mengeluh lemah.

“Penting ke untuk Ella hadir mama?”

“Penting. Ini soal hidup dan masa depan Ella. So sekarang Ella nak terima atau tidak?”

“Terima je la mama.”

Jawab Isabella malas.

“Benda ni bukan boleh bawak main-main Ella. Fikir dulu. Mama minta tempoh ok.”

“Tak payah la mama. Just accept it.”

“Are you sure sayang?”

“Yes, I am.”

Balas Isabella pendek sebelum meletakkan pangilan. Kemudian, applikasi Whatsapp dibuka. Nama Lut dicari.

Isabella: Congrats for your solemnization tomorrow. I doakan you bahagia. Please doakan I juga bahagia dengan tunangan pilihan parent i.

Lut: Awak terima pinangan tu?

Isabella: Ya..

Lut: Thank you..

Isabella menghela nafasnya panjang. Thank you for what? Lut, please explain thank you for what? Telefon bimbit dicampak kedalam beg tangan yang kebetulan terbuka luas diatas meja. Hatinya geram. Dia just balas thank you? Nampaknya dia memang tak perlukan you dalam hidup dia. Cinta dan sayang dia untuk you dah tiada. It over! Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience