BAB 35

Romance Completed 19414

Kereta milik Isabella memasuki perkarangan villa. Demi sahaja melihat kereta anak kesayangan, kerja menyiram pokok bunga berhenti. Kepulangan anak tunggalnya lebih penting. Puan Sri Suraya berlari anak ke garaj untuk menjemput Isabella. Lebar senyuman Puan Sri Suraya.

“Mama!”

Jerit Isabella juga berlari anak mendapatkan Puan Sri Suraya. Tubuh mamanya dipeluk erat melepaskan rindu. Sepanjang perjalanan air matanya tumpuh, tetapi kali ini tumpah lagi didalam pelukan Puan Sri Suraya.

“Kenapa ni sayang?”

Soal Puan Sri Suraya terkejut. Ditarik tangan Isabella menuju ke meja rehat yang berada ditaman.

“Why? Tell me the truth? Are you sick, Isabella?”

Soal Puan Sri Suraya lagi. Wajahnya terukir perasaan bimbang yang amat sangat.

“Mama, cinta tak harus memiliki right?”

Soalan berbalas soalan. Isabella menyusap perlahan air matanya. Dia kemudian tersenyum tawar.

“Mama tak faham ni Isabella. Terus terang dengan mama kenapa? Firman buat sesuatu yang tak baik kah?”

“I fall in love with someone.”

Kata Isabella sambil tersenyum kecil.

“Great. Then, why are you crying just now?”

“Mama..”

“Hmm?”

“Cinta tak seharusnya memiliki kan?”

Ulang Isabella lagi apabila soalannya tidak dijawab oleh Puan Sri Suraya. Puan Sri Suraya menghembus nafasnya perlahan sebelum menjawab.

“Ya sayang. Semuanya bergantung pada jodoh. Walaupun terlalu mencintai tetapi ingat, perasaan tu dari Allah. Cinta pada Ilahi dahulu sebelum mencintai insan. Ye la, walaupun kita mencintai seseorang, jika memang tertulis dia bukan untuk kita, lepaskan lah dia dari hati.”

“Dia akan bernikah dengan perempuan lain. But I know he still love me!”

Bentak Isabella tiba-tiba. Puan Sri Suraya menggelengkan kepalanya melihat telatah si anak. Tetap tidak mahu menerima kenyataan.

“Sayang, tu mungkin jodoh dia. Redha je la.”

Pujuk Puan Sri Suraya lagi. Air mata Isabella kembali menitis.

“Ella menyesal apa yang Ella dah buat pada dia setahun yang lalu. Baru Ella sedar yang dia sangat baik dengan Ella selama ni. Ella dah terlambat mama..”

Kata Isabella sambil menangis teresak-esak. Puan Sri Suraya menarik tubuh Isabella kedalam dakapannya. Dia kehilangan kata untuk terus memujuk atau membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience