BAB 26

Romance Completed 19420

Isabella mengenakan t-shirt berlengan panjang bersama dengan seluar track berwarna hitam. Rambut yang keperangan hasil dari pewarna dibiarkan lepas. Key berwarna hitam diikatkan dikepala melindungi separuh dari rambutnya. Wang hasil jualan burger malam itu dikiranya sekali lalu sebelum kembali disimpan dalam laci di stesen memasak. Budi disebelahnya sibuk memotong halus lobak merah dan sayur kobis.

“Bestkan jual burger. Kalau I tahu jual burger best, I nak jual burger.”

Kata Isabella riang. Kata-kata Isabella disambut dengan ketawa Budi.

“Amboi untung besaq la kalau macam tu. Tauke burger cun melecun. Malam ni pon sale luaq biasa. Orang berderu mai beli burger sebab awek cun macam omputih masak.”

Balas Budi masih lagi ketawa. Isabella pon ikut ketawa.

“Budi, I nak tanya satu hal kat you.”

Suara Isabella bertukar serius.

“Awat? Satu ja nak tanya? Awat tak tanya banyak sikit. Demi hang aku sanggup jawab beribu soalan pon.”

Balas Budi mengusik. Bukan senang nak mengusik. Nasib baik Lut tiada bersama ketika itu. Lut pulang kerumah sebentar mengambil stok roti dan daging yang hampir habis.

“3 hari lepas, masa I kenalkan diri I Isabella, you ada cakap Isabella wujud rupanya. Apa maksud kata-kata you tu?”

Budi tersengih. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu macam mana nak terangkan pada Isabella sebenarnya.

“Sebelum ni, abang Lut memang suka betoi nyanyi lagu Isabella. Ala lagu 90 an jiwang kapak tu. Macam tak dak lagu len aih. Cemuih kami dengaq. Sebab tu bila hang kenalkan diri sebagai Isabella, aku terkejut. Tak sangka lagu Isabella yang dia nyanyi tu untuk hang.” Jelas Budi.

Isabella terdiam tanpa sebarang kata. Sungguh dia terharu. Begitu rasa sayang dan cinta Lut padanya walaupun pada masa itu mereka tidak pernah bersua muka.

“Tapi, lepas dia bertunang dengan cikgu Lisa, kami tak dengaq..”

“What? Apa maksud you? Bertunang?”

Pintas Isabella terkejut. Budi pula terpinga-pinga.

“Ya lah, abang Lut tak habaq ka yang dia dah bertunang dengan cikgu Lisa 2 minggu lepas. Pertengahan bulan depan nak nikah dah.”

Jelas Budi. Perjelasan Budi tersebut bagai ada sesuatu yang amat berat seolah-olah menimpa diri Isabella. Lemah kedua-dua belah kaki Isabella.

“I don’t know.”

Bisik Isabella perlahan. Air matanya bergenang. Nampaknya dia terlambat untuk dapatkan semula sayang dan cinta Lut. Semuanya berpunca daripadanya. Dia tidak pernah nampak keikhlasan hati Lut.

“Then..?”

“Lepaih tu? Hmm lepaih tu, abang Lut dah tak nyanyi lagu Isabella. Kami semua pon dia marah kalau nyanyi lagu tu.”

Sambung Budi lagi. Isabella mengangguk kecil sambil tersenyum tawar. Motosikal milik Lut menghampiri gerai. Isabella pura-pura kembali gembira apabila Lut mendekatinya sambil menyerahkan bungkusan roti dan daging.

“Macam mana? Oke?”

Soal Lut sambil melemparkan senyuman manis. Isabella pantas mengangguk laju. Sebuah bekas plastik dihulurkan pada Isabella. Isabella hairan.

“Apa ni?” Bekas itu disambut jua.

“Makanlah. Saya buat sendiri tadi.”

Balas Lut masih lagi tersenyum. Isabella membuka penutup bekas yang berwarna putih itu. Burger bakar? Nampak begitu menyelerakan.

“Saya tunaikan janji saya dulu. Burger bakar special untuk awak. Tak ada digerai lain. Special edition and limited edition.”

Balas Lut bersahaja. Isabella cukup terharu. Air matanya laju sahaja mengalir. Sungguh tak sangka Lut masih ingat lagi janjinya.

“La.. orang suruh makan pon nak riau. Bukan suruh pi perang.”

Celah Budi sambil berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Budi menyertai kawan-kawannya yang lain yang melepak di gerai Lut. Serentak itu Lut dan Isabella ketawa.

“Hmm, hmm..assalamualaikum.”

Salam yang dihulurkan mencuri tumpuan Lut dan Isabella. Isabella berhenti menguyah burger bakar.

“Waalaikumusalam. Lisa nak burger?”

Isabella memerhati Lisa. Oh inilah rupanya cikgu Lisa. Not bad. Cantik lagi aku. Hati Isabella dijentik rasa cemburu.

“Lama tak makan burger abang. Teringin.”

Kata Lisa lembut. Lut sengih. Isabella mencebik. Meluat.

“Duduklah dulu.”

Pelawa Lut sambil mula menyiapkan burger yang ditempah Lisa.

“Nak I tolong?”

Celah Isabella menghampiri Lut. Burger bakar selamat sudah menghuni perutnya.

“Dah habis makan?”

Soal Lut. Isabella menganguk kecil. Sesekali Isabella menghadiahkan jelingan tajam pada Lisa yang hanya memerhati.

“Siapa ni abang?”

Soal Lisa. Buat-buat tanya.

“Owh, ini..”

“I Isabella Tan Sri Razlan. ISABELLA. Kawan Lut. Kalau tahu lagu Isabella dari kumpulan search mesti ingat nama i.”

Ujar Isabella laju sahaja memintas kata-kata Lut. Demi mendengar sahaja kata-kata Isabella wajah Lut dan Lisa berubah. Lisa mengetap bibir. Dia teringat tentang perbualan dengan Lut dahulu tentang lagu Isabella. Lisa mula tidak keruan. Pelbagai andaian didalam mindanya.

“Aouch!”

Jerit Isabella kecil sambil memegang jarinya. Hujung jari telunjuknya melecur terkena kuali pemanggang yang panas. Tersentak Lut dibuatnya. Jari Isabella dicapai. Merah. Isabella mula menangis. Pantas tanpa sedar jari Isabella dibawa kemulut. Isabella terkesima. Lisa sudah membulat matanya. Tidak menyangka sejauh itu tindakan Lut.

“Budi!”

Panggil Lut separuh menjerit. Budi menghampiri.

“Abang, tak apa biaq Lisa yang balutkan luka.”

Cepat-cepat Lisa memperlawa untuk merawat luka Isabella yang tidak seberapa itu. Lut sempat memandang Budi. Budi mengangkat bahu lalu menyambung kerja Isabella yang tertangguh.

“Tak apalah kalau macam tu. Terima kasih Lisa.”

Lisa tersenyum senang sambil menarik tangan Isabella duduk dimeja yang disediakan.

“Awak tahu kan Lut tunang saya?”

Tanya Lisa perlahan sambil membalut luka Isabella. Isabella menarik muka masam. Dia benci hakikat itu sebenarnya.

“Kenapa? You rasa dengan kehadiran I, you rasa tergugat?”

Bidas Isabella. Wajah Lisa merah padam. Tahan marah barangkali, teka Isabella.

“Saya nak ingatkan tu je. Kehadiran awak dikampung ini tidak dialu-alukan sebenarnya.”

“Mana you tahu? You ketua kampung kah?” Perli Isabella.

“Saya cintakan Lut. Saya sayang dia. Saya akan cuba pertahankan hak saya. Insyaallah. Oh ya jemput datang majlis pernikahan kami nanti.”

“I akan pastikan majlis tu tak akan berlangsung.”

Ugut Isabella sambil memandang wajah tenang Lisa dengan pandangan tajam.

Lisa senyum cuma menambahkan rasa sakit hati dijiwa Isabella. Isabella menahan geram. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ketuk kepala Lisa kasi pendek lagi perempuan perasan bagus itu. Sabar je la Isabella..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience