BAB 42

Romance Completed 19414

“Maksu!”

Panggil Arina dan Shahrul teruja. Mereka berdua berlari mendapatkan Isabella. Isabella hanya memandang si kembar itu.

“Napa maksu nangis?” Soal Shahrul.

“Maksu kena tipu.”

Balas Isabella perlahan.

“Tak lah..Maksu bukan kena tipulah. Tu lah kenapa maksu cakap stop. Kalau tidak mesti maksu jadi isteri paksu. Kecian paksu tau, lepas maksu balik malam tu, paksu asyik termenung ja..”

“Ya maksu. Makan pon tak mau, asyik marah kakak dan Shahrul ja.”

Mata Isabella membulat. Betul ke?

“Napa maksu tak percaya eh?” soal Shahrul lagi.

“Percaya..” balas Isabella ringkas.

“Bosanlah paksu tu, asyik nyanyi lagu Isabella ja. Sampai adik pon boleh hafal lagu tu.” Rungut Shahrul mengundang ketawa Isabella.

“Maksu nak tanya boleh?”

“Apa dia?”

“Tentang cikgu Lisa?”

“Adik tak suka cikgu Lisa. Cikgu Lisa tak best lah. Garang. Selalu marah adik bila adik tak buat kerja sekolah.”

“Memang patut kena marah, sebab adik malas. Cikgu Lisa dah kahwinlah maksu. Tapi bukan dengan paksu, dengan cikgu Musa.”

Biar betul? Anak mata Isabella bercahaya.

“Betul ni? Tak tipu maksu?” soal Isabella berkali-kali.

“Betullah maksu. Adoii..”

Arina menepuk dahinya. Shahrul tersengih sambil mengangguk.

“Jom turun jadi isteri paksu.”

Ajak Arina sambil menarik tangan Isabella.

“Tapi maksu malu. Paksu Arina dan Shahrul bukan sayang maksu lagi..”

Ujar Isabella dalam nada sedih.

“Siapa kata?”

Celah Lut yang dari tadi hanya berdiri diluar bilik. Hatinya lucu benar dengan cara Arina dan Shahrul memujuk Isabella.

Isabella memandang susuk tubuh Lut di muka pintu.

“Sebenarnya saya memang cintakan awak dari dulu sampai sekarang. Saya minta maaf sebab buat awak kecewa. Saya terlalu ikutkan perasaan ego dan marah. Saya minta maaf. Semakin saya menidakkan perasaan sayang dan cinta saya pada awak semakin buat hati saya sakit dan tidak keruan. Selepas awak pergi malam tu, barulah saya faham kehendak hati saya. Apabila saya sedar, saya was-was sama ada awak masih cinta kan saya atau tidak lagi. Betapa hancur hati saya apabila awak kata yang awak bencikan saya. Selepas tan sri dan puan sri jumpa saya, barulah saya yakin untuk teruskan niat saya.”

“You janji jangan tinggalkan i lagi?”

Isabella bangun sambil mendekati Lut.

“Tidak sayang, saya ingin habiskan hidup saya dengan awak. Jadi isteri saya.”

Lamar Lut lembut.

“Why not!”

Jerit Isabella riang sambil terus memeluk tubuh Lut. Lut kaku. Tidak sangka ini reaksi dari Isabella.

“Amboi, akad nikah dulu!”

Tegur Tan Sri Razlan berpura-pura dengan muka garang. Puan Sri Suraya hanya tersenyum sahaja.

“La, Ella ingatkan dah habis akad nikah tadi.”

“Macam mana nak sah, kalau Ella terpekik suruh stop. Kalau tak, dah jadi isteri Lut, bukan boleh peluk jer, macam-macam boleh buat, kan Lut?”

Sampuk Puan Sri Suraya sambil mejeling ke arah Lut yang masih lagi kaku apabila dipeluk Isabella. Wajah Lut bertukar merah menahan malu. Faham sangat maksud bakal mertuanya itu.

“Jom pi nikah Lut.”

Ajak Isabella sambil menarik tangan Lut.

“Amboi dia pula yang tak sabar.”

Perli Aleya yang hanya dari tadi melihat dan mendengar.

“Ha, lekaih lah. Tok kadi nak balik dah oii. Penat layan drama hangpa ni.”

Kedengan suara Mak Kiah melaung dari bawah. Tan Sri Razlan, Puan Sri Suraya dan Aleya tergelak besar. Lut dan Isabella tersenyum simpul.

“Ha, mana anak bertuah aku ni, dok mengacau kat atas tu awat tak tau. Entah-entah tidoq atas katil pengantin dah ke?”

Marah Latifah sambil memanggil nama si anak kembarnya.

Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya beriringan turun kebawah. Aleya sempat mengeyit matanya sebelum ikut turun. Manakala Arina dan Shahrul sudah pun terlena diatas katil pengantin. Tersenyum Isabella melihat si kembar comel itu.

“Jom turun.”

Ajak Lut lembut. Tangan dihulurkan pada Isabella. Dia tersenyum manis.

"Selepas diijab kabulkan ini, maka saya tanggung dosa-dosanya awak dari ayah dan ibunya.Dosa apa saja yang telah dia lakukan.Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat.Semua yang berhubungan dgn awak, saya tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan saya tanggung semua dosa calon zuriat. Sekiranya saya gagal dan saya lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab,maka saya adalah tergolong dalam golongan fasik,suami yang dayus dan saya tahu bahwa nerakalah tempa saya kerana akhirnya isteri dan anak-anak saya yg akan menarik saya masuk kedalam Neraka Jahanam. dan Malaikat Malik akan melibas saya hingga pecah hancur tubuh. Akad nikah ini bukan saja perjanjian saya dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala."

Luruh jantungnya mendengar kata-kata bakal suaminya itu. Sungguh saat ini segala tentang ijab Kabul sungguh suci dan indah.

‘’Terima kasih dan saya akan sentiasa menjadi your best companion sehingga ke akhir hayat.”

Balas Isabella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience