BAB 4

Romance Completed 19414

Aku Isabella binti Razlan. Tan Sri Razlan. Hidup aku dilengkapi dengan segala kemewahan. Prada, Gucci, Channel, Bonia dan banyak lagi jenama lain yang ada didalam dunia ini tersarung dibadanku. Aku cantik. Opps!! Bukan mahu memuji diri sendiri, tetapi itu hakikat. Siapa yang tidak terpegun dengan kejelitaan dan keseksian yang aku miliki. Aku bekerja dengan papa sebagai pengarah urusan disyarikat papa di Malaysia. Sebelum ini aku lama menetap di Jepun menguruskan salah sebuah anak syarikat papa disana.

Aku seorang yang sangat serius dan sangat berdisiplin sekali dalam melakukan sebarang pekerjaan. Prinsipku satu, apa sahaja kemahuanku, aku akan berjuang memilikinya. Itulah aku, pantang berundur sebelum berjuang. Oh ya, soal perasaan, hatiku telah dimiliki oleh seorang lelaki. Dia kacak, kaya, bergaya dan semestinya taste dia tinggi. Namanya Firman. Firman bin Tan Sri Hashim. Orang cakap gagak tidak boleh setanding helang, ya, aku dan Firman satu pasangan yang sangat sepadan dari segenap sudut.

Tetapi aku ada mengenali seorang lelaki ini. Kami berkenalan melalui fac. Mula-mula aku malas melayan tetapi dek kebosanan aku melayan juga. Aku dan dia kerap berhubung. Bertanya khabar, bertukar pendapat dan bercerita. Aku dan dia langsung tidak pernah bersua muka. Kami hanya bertukar gambar dan saling mendengar suara sahaja. Aku belum bersedia mahu menemuinya kerana aku lebih memikirkan hubunganku dengan Firman.

Hampir setahun, dia meluahkan rasa yang dia jatuh sayang padaku. Oh my God! Aku rasa macam nak pengsan. Perhubungan yang hanya melalui alam teknologi ini mampu membuahkan rasa cinta dan sayang? Macam tak logik. Sebab itu aku tidak mempercayai cinta dan sayang sebegini. Ok, fine! Aku akui, aku juga semakin hari semakin sayang kepadanya, tetapi sayang dan cintaku tetap utuh buat Firman. Lagipun dia hanya penjual burger. Isabella Tan Sri Razlan nak bercinta dengan penjual burger? Oh my God! That not me!

“Yes Lut! I baru balik kerja ni. Penat sikit.”

Isabella menjawab lemah sambil merebahkan badannya diatas tilam. Dia memejamkan matanya seketika.

“Sorry ganggu sayang. Jangan lupa mandi dan solat.”

Pesan Lut dihujung talian. Isabella mencebik. Layanan dan perhatian yang ditunjukkan Lut buatnya rasa tidak selesa. Sudah banyak kali dia melarang Lut memanggilnya sayang tetapi larangannya langsung tidak diambil peduli.

“Yeah. I know! You tak berniaga ke malam ni?”

Soal Isabella sekadar mengambil hati. Kipas syiling yang cantik designnya direnung.

“Malam ni saya buka gerai macam biasa. Awak bila nak rasa burger saya?”

Isabella ketawa kecil.

“One day. I nak burger bakar special dari you.”

Lut menyambut ketawa Isabella.

“Burger bakar? Anything! Datang dulu.” Provoke Lut riang.

“Jauh!”

Isabella memberi alasan. Mustahillah dia nak travel dari KL ke Kedah semata-mata nak makan burger di gerai Lut. Tak berbaloi. Sebelum ini ada banyak kali Lut datang ke KL mahu berjumpa, tetapi ditolaknya mentah-mentah dengan alasan belum bersedia. Nasib baik Lut memahami.

“Itulah, bila saya datang KL, awak tak nak jumpa.”

Isabella kehilangan kata.

“Lut, I nak mandi dan solat. Lewat ni. Nantilah kita berbual lagi. Bye.”

Cepat sahaja Isabella mematikan telefon. Rasa bersalah dan kesal menghantui diri. Betulkah tindakannya itu? Isabella mengeluh kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience