BAB 41

Romance Completed 19420

“Jom turun. Pengantin lelaki dah sampai.”

Kata Puan Sri Suraya sambil tersenyum gembira. Dia menarik tangan si anak.

“Mama, Ella takutlah..”

“Jangan takutlah. Jom turun.”

Pujuk Puan Sri Suraya. Dia terus menarik tangan Isabella menuruni anak tangga yang sudah dihias cantik. Semua yang ada memuji kecantikan Isabella.

Isabella duduk diatas mini pelamin yang dihias cantik. Semua persiapan pernikahannya seratus peratus diserahkan pada Puan Sri Suraya. Dia langsung tidak tahu apa-apa. Dada Isabella semakin berdebar. Hanya beberapa minit sahaja lagi dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang langsung dia tidak ketahui. Siapa agaknya lelaki bertuah itu? Kalaulah Lut lelaki itu sudah tentu dia akan menjadi wanita yang paling bahagia sekali. Isabella senyum sendiri.

“Eh senyum apa?”

Tegur Aleya sekadar berbisik. Mati terus senyum Isabella. Isabella tersedar dari angannya. Dia mengeluh, dalam beberapa minit lagi hendak menjadi isteri orang boleh pula dia teringatkan lelaki lain. Parah!

“Ella, bakal suami you handsome giler. Kalah Firman. You tengoklah.”

Puji Aleya sambil tersenyum simpul. Namun Isabella tetap menunduk. Tiada hati mahu melihat wajah lelaki itu. Isabella bagai didunianya sendiri. Isabella menutup rapat matanya. Dia menanti saat akad nikah dijalankan.

“Lut bin Muzafar!”

“Saya!”

Balas suara itu yakin. Isabella tersedar. Lut bin Muzafar? Tak salah dengarkan? Atau aku masih diduniaku sendiri?

“Aleya..?”

Panggil Isabella berbisik.

“Hmm? Kenapa?”

Balas Aleya hairan. Isabella mengelengkan kepalanya. Mungkin dia tersalah dengar.

“Aku nikahkan kau Lut bin Muzafar dengan Isabella binti Razlan dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.”

Jelas sekali suara jurunikah melafazkan ayat penyatuan itu. Isabella mendongak. Kali ini dia tidak silap lagi.

Wajah Lut yang kelihatan tenang sekali dihadapan jurunikah dipandang dengan rasa tidak percaya. Ya! Dia bukan dalam mimpi, bukan dalam dunianya.

“Aku terima…”.

“Stop!”

Tergendala lafaz Lut apabila dipotong dengan jeritan Isabella yang tiba-tiba sahaja. Semua yang ada mula focus pada Isabella.

“Mama, papa, Ella tak nak jadi isteri number dua. Ella tak nak hidup bermadu. Ella tak nak! Walaupun Ella cintakan dia tapi Ella tak sanggup!”

Kata Isabella sambil menahan sebak. Isabella berlari anak naik ke biliknya.

“Ella, nanti dulu.”

Panggil Puan Sri Suraya. Namun tidak diendahkan Isabella.

“Biar saya pujuk Isabella.” Celah Lut.

Dia sudah bangun dari duduknya. Lut segera mendapat persetujuan dari keluarga Isabella dan keluarganya.

“Paksu, Arina dan Shahrul nak pujuk maksu.”

Arina dan Shahrul berdiri dihadapan Lut. Si kembar memandang wajah Lut seakan memohon kebenaran. Akhirnya Lut mengalah. Tetapi hati Lut tetap tertanya-tanya. Bolehkah si kembar ni memujuk Isabella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience