BAB 11

Romance Completed 19420

Pintu pejabat Pengarah Urusan diketuk. Terjengul wajah si setiausaha, Saleha disebalik daun pintu. Isabella mengangkat kening. Saleha tersengih lalu daun pintu dibuka luas. Saleha melangkah masuk bersama dengan seseorang. Isabella merengus kasar sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu. Firman masih tidak berhenti mengejar dan memujuknya sejak sebulan yang lalu. Naik jelak Isabella dibuatnya.

“You nak apa lagi Fir? Boleh tak you terima hakikat yang kita dah tiada apa-apa dan please jangan ganggu I lagi.”

Sembur Isabella garang.

Sejambak bunga mawar merah diletakkan diatas meja. Kalau dulu Firman memberinya mawar merah, dialah insan yang sangat bahagia, tetapi kini semua itu langsung tidak memberi sebarang makna lagi. Dia makin dihimpit perasaan benci.

“I tak akan berpisah dengan you. I akan buat apa sahaja untuk hubungan kita.”

Balas Firman separuh merayu.

“You tak akan berjaya. Buat pengetahuan you, I dah ada pengganti you. Sila keluar!”

Firman tersentak. Begitu cepat Isabella mencari penggantinya. Isabella tersenyum sinis melihat riak perubahan diwajah Firman.

“Kenapa? You tak percaya?”

Sambung Isabella lagi sambil ketawa kecil.

“Siapa lelaki tu?” Soal Firman perlahan.

“I rasa you tak perlu tahu. Sememangnya you tak ada hak untuk tahu.”

“I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you, Isabella. Ingat tu.”

“Nonsense.”

Bidas Isabella bangkit dari duduknya lalu keluar dari bilik meninggalkan Firman yang termanggu sendiri. Firman mengeluh kecil. Bagaimana lagi dia hendak memujuk hati Isabella. Salah dia juga kerana curang tetapi dia sudah menyesal. Tiba-tiba telefon bimbit milik Isabella berdering. Telefon bimbit itu dicapai. Terpapar nama Lut diskrin telefon. Hati Firman berdetak laju. Mungkin inilah lelaki yang dimaksudkan oleh Isabella sebentar tadi.

“Hello sayang.”

“Oh, rupanya kaulah lelaki yang cuba rampas tunang aku.”

Firman bersuara geram. Kalaulah lelaki ini dihadapannya, maunya ditumbuk lunyai.

“Tunang? Maksud kau Isabella tu tunang kau?”

“Isabella Tan Sri Razlan, tunang aku. Siapa pon kau, kau kena ingat, Isabella langsung tak layak untuk kau. Jangan cuba dekat dengan tunang aku, kalau tidak nahas kau aku kerjakan.”

Terus talian diputuskan. Firman tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience