BAB 25

Romance Completed 19414

Dari hujung taman, Lut duduk bersandar pada kerusi yang disediakan untuk para pengunjung. Leka dia memerhati Shahrul dan Arina saling mengejar Isabella. Sesekali Lut tersenyum senang apabila Shahrul dan Arina memeluk Isabella. Isabella pun nampaknya seperti tidak kekok melayan kedua-dua anak buah kesayangannya. Selepas sahaja waktu sekolah tamat tadi Lut membawa Isabella menjemput Shahrul dan Arina dari sekolah sebelum mereka ke pekan untuk membeli belah pakaian Isabella.

“Lut, now fair between you and me.”

“What do you means?”

Balas Lut sambil leka memandu.

“I pernah hina you then now you pernah hina i. So, it fair. 0-0. Why not kita berbaik sahaja. Tak ada sebab untuk you benci I lagi.”

Kata Isabella lancar.

“Tapi awak tipu saya..”

Lut berkata seolah-olah berbisik. Namun dapat didengar jelas oleh Isabella. Isabella menghembus nafasnya perlahan.

“Don’t judge without know the reason. I have my own reason.”

“Whatever.”

Lut mendengus. Itulah antara perbualan singkat diantara mereka tadi. Lut sukar untuk menidakkan perasaan sayang dan cinta pada Isabella masih ada. Waima perasaan itu makin bercambah saat bertentang mata dengan anak dara Tan Sri Razlan itu. Tetapi memikirkan status, Lut keraskan hatinya. Masakan enggang boleh terbang bersama pipit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience