BAB 22

Romance Completed 19414

“Amboi dah bertunang pon malu-malu.”

Usik cikgu Musa sambil tersengih seperti kerang busuk. Memerah muka Lisa dan Lut.

“Bila nak langsung cikgu Lut?”

Soal cikgu Hamidah. Dia mendekati Lut sambil menghulurkan buku rujukan sains yang dipinjamnya dari Lut.

“Insyaallah, pertengahan bulan depan.”

Jawab Lut sambil menjeling muka Lisa yang kedudukan mejanya selang 2 meja dari depannya.

“Tak lama dah tu. Jangan lupa jemput cikgu Lut, cikgu Lisa.”

Sahut cikgu Manisah yang berstatus janda itu.

“Assalamualaikum cikgu Lut.”

Ucap Khairul pada Lut. Ucapan salam dari Khairul mencuri tumpuan semua guru yang berdekatan denagn mejanya termasuk cikgu Lisa.

“Waalaikumusalam. Ha Khairul, Hafiz kenapa? Ada masalah? Pergi ambik kerusi duduk.”

Balas Lut sambil ramah menghulurkan senyuman buat anak didik kesayangannya.

“Cikgu Lut, ada perempuan cantik, cun melecun macam anak omputih nak jumpa cikgu sekarang juga. Dia tunggu cikgu kat depan pejabat.”

Beritahu Khairul. Wajah Lut serta merta berubah. Dia tahu sangat siapa yang ingin berjumpa dengannya kalau bukan Isabella. Ciri-ciri yang digambarkan oleh Khairul pun dia sudah menganggak siapa.

“Siapa nama perempuan tu Khairul?”

Cikgu Musa menyampuk.

“Ala, lupa la plak nama dia apa.”

Balas Khairul. Hafiz disebelah senyap sahaja.

“Tak apalah, kamu dua boleh masuk kelas.”

Balas Lut perlahan. Aduhai, apa pula Isabella nak ni sampai cari dia ke sekolah. Haru betul. Hati Lisa berdebar. Siapa gerangan perempuan cantik dan seperti anak orang putih yang dikatakan Khairul itu. Lisa diserbu perasaan cemburu yang amat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience