BAB 39

Romance Completed 19414

“Serius you tak tahu nama tunang you?”

Muka Aleya nampak tidak percaya.

“Nope!”

Isabella mengeleng kepalanya. Tampak bersahaja gayanya. Kek cheese disua masuk kedalam mulut lalu dikunyah lembut. Wajah Aleya langsung tidak dipandang. Focus mata pada sekeping kek didalam pingan yang cantik.

“Photo? Maybe you ada photo dia?”

Tanya Aleya lagi. Bersungguh-sungguh benar dia ingin tahu tentang lelaki yang bertuah yang menjadi pilihan sahabat baiknya.

“Nope!”

Ringkas jawapan Isabella. Aleya boring dengan cara Isabella lalu lengan Isabella ditampar kuat. Terlepas sudu yang dipegang Isabella. Isabella merengus kuat. Tak suka diganggu ketika dia asyik makan.

“Bila you nak nikah?”

Soal Aleya geram. Semua tak tahu. Isabella ni dah tak betul agaknya.

“Esok petang.” Ujar Isabella bersahaja.

“What?”

Terjerit Aleya dek kerana terkejut bercampur dengan perasaan tak sangka. Memang sah Isabella gila. Satu restoran Secret Recipe memandang kearah meja mereka. Isabella menjegilkan matanya. Tahulah terkejut, tapi control la sikit, hmm..

“You nak bernikah esok, but you langsung tak tahu nama dia, muka pon tak pernah tengok. Macam mana you nak hidup dengan dia.”

Isabella mencicang lumat kek cheese didalam pingannya. Bagai mencicang lumat mulut Aleya. Geram.

“Owh, I know, you nak bercinta selepas nikah dengan suami you. Wow! Baru romantic. Ella, nanti I pon macam tu jugak lah.”

Aleya berubah watak. Sekejap tadi bukan main terkejut, kemudian membebel macam mak nenek, sekarang layan perasaan pula. Sungguh buat Isabella pening. Pening fikirkan masalah cintanya yang tak kesampaian, masalah hati yang sakit dan kecewa dan pening fikirkan kehidupan yang bakal berubah keesokan harinya. Isabella ragu-ragu, benarkah keputusan yang dibuatnya. Benarkah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience