BAB 5

Romance Completed 19420

“Apa yang hang dok senyum sorang-sorang tu Lut? Dah buang tebiat ka hang ni?”

Tegur Mak Kiah apabila melihat anaknya tersenyum-senyum seorang diri. Risau takut anaknya kena sampuk dek hantu senja.

“Eh, mak. Mana ada Lut dok senyum-senyum. Mak ni…” Senyum Lut mati.

Mak Kiah menghampiri Lut yang sedang beristirehat disofa ruang tamu. Mak Kiah berdiri betul-betul mnghadap Lut.

“Mak hang ni tak buta lagi tau dak. Hang dok angau budak perempuan mana ni Lut? Habaq kat mak, mak p masuk minang.”

Balas Mak Kiah disambut ketawa kecil dari Lut.

“Mak ni, ada-ada ja. Mana ada mak.” Nafi Lut.

Dia mengesot ke tepi sedikit memberi ruang Mak Kiah melabuhkan duduk disebelahnya.

“Hang dok angau cikgu Lisa ka? Suka habaq suka Lut. Jangan tunggu lama-lama. Mak dah tanya dah Cik Som. Cik Som setuju benar kalau hang dengan cikgu Lisa tu menjadi. Mak pon suka dengan cikgu Lisa tu. Baguih orangnya, berbudi bhasa, pandai masak, hormat orang tua dan segalanyalah.”

Ujar Mak Kiah panjang lebar. Suka benar hatinya bila Lut dan Lisa berjodohan. Sama cantik sama padan. Anak bujangnya pon memang dah patut kahwin. Ramai kawan-kawan Lut pon sudah mendirikan rumah tangga.

“Mak ni pandai-pandai p tanya tu awat. Malu la Lut. Lut pon bukan tau cikgu Lisa tu suka kat Lut ka, tak suka ka? Lut ni sapa la mak budak kampung, jual burger ja. Rupa pon tak dak.”

Lut buat-buat nada sedih dihujung katanya. Lut menunduk sambil membelek-belek handphone ditangan.

“Hang jangan nak buat leceh la Lut oii. Cikgu Lisa tu suka kat hang. Hang yang tak nampak. Amboii dulu bukan main ngorat, berkirim-kirik salam. Kalau tak suka, tak ada maknanya cikgu Lisa tu asyik dok tanya pasal hang ja.”

Terang Mak Kiah lagi. Lut tersengih-sengih macam kerang busuk. Dalam kata-kata maknya ada sedikit memerlinya.

“Nantilah Lut fikirkan hal ni. Nanti Lut bersedia Lut cakap dengan mak.”

Jawab Lut sambil bangun. Dia mahu ke masjid. Lagipun waktu Maghrib sudah hampir. Mak Kiah mendengus geram. Lut tak habis-habis nak mengelak. Sebenarnya Mak Kiah sendiri pon tak menghalang siapa sahaja pilihan anaknya. Lut sememangnya dah layak untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.

“Ni hang p dak masjid Maghrib ni? Kalau p lekaih la. Bole mak tumpang p sekali. Mak pon lama tak berjemaah kat masjid sejak baik sakit lutut ni.”

“Laa mak ni. Lut nak p dah ni. Jom lekaih.”

Lut segera keluar dari rumah dan menghidupkan enjin motor sambil menunggu Mak Kiah. Lut terbayangkan Isabella dan cikgu Lisa. Isabella pilihan hatinya, cikgu Lisa pilihan maknya. Hatinya sudah jatuh cinta dan sayang pada Isabella, tetapi cinta dan sayangkah Isabella padanya. Lut dihambat perasaan ragu-ragu. Aduh, haru betol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience