BAB 12

Romance Completed 19414

“You nak apa lagi ni Fir? Tak habis lagi ke you nak ganggu i?”

Jerit Isabella sebaik sahaja butang hijau telefon bimbit ditekan. Tanpa ucapan salam dia terus menyembur.

“I dah bincang dengan family I, hujung bulan ni I nak masuk meminang you.”

Lancar Firman menyuarakan hasrat hati. Hasratnya sudah pun dipersetujui oleh keluarganya. Firman yakin Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya tidak akan membantah. Dia hanya risaukan Isabella sahaja.

“Hahaha, in your dream Firman. You still tak paham ke apa yang I beritahu petang tadi?”

Bidas Isabella, geram.

“About what? Tentang seorang lelaki yang bernama Lut? May I ask you something. Lut anak datuk or tan sri or kerabat diraja mana? Can I know?”

Walaupun nada pertuturan Firman dihujung talian lembut tetapi cukup sinis dipedengaran Isabella.

“Damn you Fir!”

Jerit Isabella lalu telefon bimbit segera dimatikan dan dilemparkan keatas katil. Isabella menjerit sekuat hatinya bagi melepaskan geram dan kemarahan yang amat sangat. Dadanya turun naik tidak menentu mengawal api kemarahan. Hatinya menyumpah seranah Firman. Perasaan benci pada Firman semakin meluap-luap. Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Isabella buat tidak peduli sehingga deringan itu mati sendiri. Lima saat berlalu, telefon itu berbunyi lagi. Isabella naik geram lalu dijawab juga panggilan itu tanpa melihat nama dipaparan skrin terlebih dahulu.

“Nak apa lagi?”

Jerkah Isabella. Sepi. Tiada sahutan disebelah sana.

”Damn you!”

Nampaknya Firman sengaja mempermainkannya, Isabella naik bosan.

“Isabella Tan Sri Razlan.”

Demi mendengar suara itu, Isabella kelu.

“Saya tak nak apa-apa dari awak Cik Isabella. Saya hanya ingin tahu perkara sebenar.”

Lut memulakan bicara. Isabella memejamkan matanya rapat. Dia cuba mencari kekuatan disebalik perasaan amarahnya.

“About what?”

“Status awak.”

“So?”

Isabella bertanya lagi. Tiada hati mahu menjawab.

“Jadi betulah, awak dah bertunang. Kenapa awak tipu saya? Awak tahu kan saya tidak suka ditipu.”

“So? Just go to hell with your principles. Selama setahun kita kenal, ada I janji apa-apa untuk cintai you, sayangi you. Ada? Tak ada kan. Lagipun you bukan siapa-siapa. I tak perlukan seorang lelaki penjual burger dalam hidup i. Just go!”

Kata Isabella dengan angkuhnya.

“Terima kasih Cik Isabella diatas penghinaan Cik. Selagi saya masih bernyawa saya akan ingat sampai bila-bila.”

Talian diputuskan.

“Lut! Lut!”

Panggil Isabella biarpun talian sudah diputuskan. Isabella mengetap bibirnya. Dia tersalah cakap. Baru dia sedar, dia sudah melukakan hati seorang lelaki yang begitu prihatin tentang dirinya. Number telefon Lut dihubungi, tetapi talian disebelah sana tidak berjawab.

“Lut, I am so sorry. Please forgive me!”

Luah Isabella bersama juraian air mata. Dia merebahkan badannya sambil memeluk telefon bimbit. Akhirnya Isabella terlena sendiri bersama rasa kesal yang bukan sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience