BAB 14

Romance Completed 19420

Isabella meniti anak tangga mahu kebiliknya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya diseru oleh papanya.

“Kenapa papa?”

Isabella berpaling melihat Tan Sri Razlan yang sedang berdiri dihujung tangga dengan kedua-dua belah tangannya menyeluk poket seluar. Manakala Puan Sri Suraya sudah mengambil tempat disofa diruang tamu yang serba luas. Mesti ada hal yang hendak dibincangkan ni, getus hati Isabella. Dia menuruni anak tangga semula dengan langkah yang penuh berhati-hati.

“Papa ada hal nak cakap sikit dengan Ella.”

Ujar Tan Sri Razlan dengan nada yang sedikit serius lalu duduk bersebelahan dengan isterinya.

“Hal apa papa?”

Isabella duduk bersebelahan dengan Puan Sri Suraya lalu memeluk bahu wanita yang tampak anggun itu walaupin usia mencecah 50-an.

“Bulan depan keluarga Firman nak masuk meminang Ella. Papa fikir tak payah lah bertunang, nikah je terus. Lagipun family kita rapat dengan family Firman tu. Ella pon dah kenal Firman lama kan?”

Kata Tan Sri Razlan sambil memandang tepat pada wajah anak tunggal manjanya itu.

Isabella diam tanpa sebarang kata. Perlahan pelukan dibahu mamanya direngangkan. Isabella mengeluh perlahan.

“Papa, mama terima kasih sebab sebelum papa dan mama buat keputusan, papa dan mama berbincang dulu dengan Ella. Ella sebenarnya dah putus dengan Fir hampir dua minggu yang lalu. Ella tak nak Firman pa, ma…”

Rintih Isabella dihujung katanya. Wajah kecewa ditayang pada Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya. Kedua-dua lelaki dan wanita separuh umur itu berpandangan sesama sendiri. Jelas mereka terkejut. Sangkanya hubungan anak tunggal mereka dengan Firman baik-baik sahaja.

“Tapi kenapa? Setahu mama Ella sayang dan cintakan Firman?”

Giliran Puan Sri Suraya mencelah.

“Firman curang dengan Ella. Dia tak jujur. Dia ada perempuan lain. Ella nampak dengan mata kepala Ella sendiri yang dia dengan perempuan tu berpelukan ditempat awam. Ella kecewa papa, mama. Ella tak nak Firman. Ella benci tengok muka dia.”

Isabella mula menangis teresak-esak dibahu Puan Sri Suraya.

“Papa please do something.”

Puan Sri Suraya berbisik pada suaminya supaya berkata sesuatu. Tan Sri Razlan meraup wajahnya. Dia kecewa dengan sikap Firman yang sanggup melukai hati anak kesayangannya tapi memikirkan hubungan business diantara dua keluarga membuatkan dia serba salah pula.

“Tapi..” Tan Sri Razlan berjeda.

“Papa, orang sanggup buat anak kita macam ni, papa nak fikir lagi pasal business?”

Puan Sri Suraya berkata dengan nada yang tidak puas hati. Makin kuat tangisan Isabella.

“Betul ni Ella?”

Soal Tan Sri Razlan ragu-ragu. Tangan anaknya dicapai lalu digengam erat.

“Pernahkah selama ni Ella tipu papa dan mama?”

Jawab Isabella juga dalam bentuk soalan. Tan Sri Razlan menganguk kepalanya perlahan. Dia akan lakukan apa sahaja demi anak kesayangnya ini. Satu-satunya anak yang dia ada.

“Baiklah. Papa tak akan terima pinangan dari keluarga Firman.”

Tan Sri Razlan memutuskan. Isabella terus memeluk Tan Sri Razlan erat. Pipi tua papanya dicium sebagai tanda terima kasih.

“Papa, mama...Ella nak minta satu lagi pertolongan dari papa dan mama.”

“Apa dia sayang, cakap lah.”Gesa Puan Sri Suraya.

“Ella nak bercuti. May be it will takes time about 1 month.”

“Nak bercuti rupanya. Papa ingatkan apalah tadi. Ella buat papa dan mama risau la.”

Kata Tan Sri Razlan bersahaja sambil ketawa kecil.

“Oke, mama bersetuju sangat kalau Ella bercuti. Boleh tenangkan fikiran Ella. Ella nak pergi mana? UK? Landon? Belanda? Nanti papa dan mama boleh uruskan.”

“Nope! Ella bukan nak bercuti kat overseas..Ella nak masuk village.”

Ujar Isabella dengan sedikit teragak-agak. Dia takut penerimaan papa dan mamanya dengan kehendaknya yang satu ini.

“Village? Biar benar Ella? Papa tak izinkan anak papa masuk village.”

Tegas Tan Sri Razlan memutuskan. Dia bukan apa, hanya bimbangkan keselamatan Isabella sahaja. Selama ini mana Isabella pernah hidup susah. Anaknya terlalu manja.

“But…please papa, mama.”

Puan Sri Suraya tidak bersuara. Dia sebenarnya setuju benar dengan keputusan si suami.

“Ella, tak pernah hidup susah. Apatah lagi berjauhan dengan papa dan mama. Papa dan mama hanya risaukan keselamatan Ella saja.”

“You have to trust me. I can handle it. Please papa, mama…please!”

Isabella memujuk lagi.

“Ella..”

“Papa..trust me, I can take care myself. Oke, Ella janji Ella akan sentiasa update pada papa dan mama.”

Isabella mengangkat tapak tangan selaras dengan bahunya seperti orang sedang berirar. Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya saling berpandangan sebelum Tan Sri Razlan dengan perasaan yang teramat berat mengangguk kepalanya. Isabella bersorak riang. Dia lekas bangun mencium pipi papa dan mamanya sebelum berlari naik anak tangga untuk kebiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience