BAB 1

Romance Completed 19414

“Paksu dah larang kan, jangan dok main dengan Fac, Instagram Paksu.

Tak makan saman ye korang dua beradik kembar ni! Ada yang nak kena dengan cubitan maut Paksu ni karang.”

Lut sempat melarang anak buah kesayangannya. Tetapi larangannya hanya disambut dengan ketawa nakal Arina dan Shahrul. Dua beradik kembar tersebut seperti langsung tidak mengendahkan larangan paksu mereka. Bahkan mereka berdua begitu asyik dengan web fac tersebut.

Lut mencebik. Kecil-kecil lagi sudah tahu main fac. Budak-budak zaman sekarang memang celik IT, omelnya perlahan sambil meneruskan kerjanya memotong rumput dilaman rumah.

“Adik, apa nama kakak yang paksu suka tu? Akak lupalah!”

Soal Arina sambil bebola matanya lincah berlari diskrin laptop. Shahrul kelihatan berfikir. Rambutnya yang sedikit digosok.

“Ha! Adik tahu. Kak Isabella. Paksu pon suka la dekat kakak Isabella.” Sahut Shahrul riang.

“Betul ke nama kakak tu Isabella, adik?”

Arina tidak berpuas hati. Butang ‘enter’ ditekan. Berpuluh manusia yang bernama Isabella terpapar diruang skrin. Arina mengeluh. Banyaknya. Yang mana satu?

“Adik pasti namanya kak Isabella..sebab adik pernah dengar paksu nyanyi lagu Isabella bila kak Isabella datang beli burger paksu.”

Ujar kanak-kanak berusia 6 tahun itu dengan yakin sekali. Arina terangguk-angguk perlahan.

“Banyak betul nama Isabella. Yang mana satu kak Isabella ni?”

“Ha, yang ini. Cuba akak ‘add friend’. Lepas tu akak ‘message’ la kak Isabella.”

Selar Shahrul sambil tangannya menunjukkan nama Isabella Razlan. Tanpa membuang masa, Arina segera klik pada butang ‘add friend’.

“Adik nak message apa ni?”

Soal Arina sambil mencuri-curi pandang Lut yang sedang asyik dengan kerjanya. Dia dan adiknya perlu berhati-hati supaya tidak diketahui oleh paksunya. Kalau paksu tahu, habislah..nanti paksu tak mahu bawa makan ais krim lagi.

“Tepi-tepi, biar adik tulis.”

Shahrul bersemangat sambil menolak sedikit kakak kembarnya ketepi. Arina merungut sambil memberi ruang pada Shahrul menaip sesuatu pada keyboard laptop Lut.

“Adik tulis apa?” soal Arina ingin tahu.

Dia menjenguk sedikit mahu melihat apa yang tertera diskrin laptop. Kemudian Arina ketawa kecil. Bijak juga Shahrul.

“Lagi?”

Shahrul berpaling pada Arina disebelahnya. Arina mengangkat bahu tanda tidak tahu apa lagi yang mahu disampaikan.

“Kenapa kak Isabella tak balas pun adik?”

“Entah. Adik pun tak tahu.”

“Ya ALLAH budak bertuah ni. Main fac rupanya. Sudah jom masuk makan.”

Latifah kakak sulung Lut, ibu kepada pasangan kembar tersebut menghampiri. Arina dan Shahrul ketawa sambil meninggalkan laptop yang masih terpapar web fac.

“Lut, masuk makan dulu. Nanti sambung buat kerja.” jerit Latifah kuat.

Mesin memotong rumput dimatikan.

“Okay kak. Kejap lagi Lut masuk.”

Balas Lut sambil meletakkan mesin memotong rumput elok-elok diatas tanah dibawah pohon rambutan. Dia mengelap peluh lalu terus masuk kedalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience