BAB 27

Romance Completed 19414

“Jom la maksu. Jom lah!”

Teriak Arina dan Shahrul serentak sambil menarik tangan kedua-dua belah tangan Isabella. Isabella ketawa kecil melihat telatah si kembar comel itu. Saja dia jual mahal, buat-buat tidak mahu ikot kemahuan Arina dan Shahrul.

“Mak Su, jomlah. Best tau.”

Pujuk Shahrul. Arina pun turut memujuk lagi.

“Mana tau best?”

Isabella tersenyum. Saja buat bolak balik. Hatinya berbunga bahagia apabila Arina dan Shahrul memanggilnya ‘mak su’. Budak-budak kadang-kadang naluri mereka betul. Moga-moga betul aku ‘mak su’ mereka, doa Isabella dalam hati.

“Arina tau lah. Jom lah maksu!”

“Hahaha, ok-ok, jom. Kak Ella saja je nak tengok sungguh-sungguh ke tidak Arina dan Shahrul ajak kak Ella.”

Isabella berkata sambil ketawa mengekek. Dia bangun menurut sahaja langkah si kembar itu.

“Arina, Shahrul hati-hati sikit. Jaga kak Ella baik-baik. Lau paksu tau Arina dengan Shahrul buli kak Ella, habis.”

Pesan Mak Kiah separuh menjerit dari pintu dapur yang terbuka luas.

“Oke tuk wan.”

Balas si kembar serentak sambil bersorak gembira. Parit yang sederhana luas dibelakang rumah Lut dimasuki. Air dingin yang sangat jernih separas lutut itu membuatkan hati Isabella tercuit perasaan tidak percaya. Selama di Kuala Lumpur dia tidak pernah rasa pengalaman sebegini. Ada anak-anak pokok keladi yang kecil tumbuh melata disekitar parit. Didasar parit dipenuhi dengan batu-batu kecil yang pelbagai bentuk. Isabella menyingkap kain batik yang dipakainya separas lutut.

“Bestkan mak su?”

Soal Arina girang. Ditangannya terdapat sebuah bekas plastik berbentuk bulat dan berlubang-lubang halus.
“Best sangat. Eh, bekas apa tu Arina?”

Tanya Isabella sambil duduk di tepi parit. Shahrul juga memegang bekas yang sama.

“Arina nak tangkap anak ikan lah. Nanti boleh bela.”

Jawab Arina lancar. Dia ke tepi parit lalu memulakan operasi menangkap anak ikan seperti dikata.

“Yeay dapat. Maksu tengok ni.”

Tiba-tiba Arina menjerit. Shahrul juga menjerit. Isabella mendekati Arina. Wow banyaknya anak ikan yang terperangkap dalam bekas plastik berlubang Arina. Isabella jadi teruja.

“Wow, cantinya anak ikan ni. Warna warni.”

Isabella turut sama menjerit.

“Nanti boleh la kita bela anak ikan ni sampai dia besar kan maksu.”

Jawab Shahrul gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience