BAB 36

Romance Completed 19414

“Lut, awat ni aku tengok, hang asyik termenung sana, termenung sini..ada masalah kah? duit tak cukup nak kahwin?”

Soal Kamal prihatin. Dia sempat menepuk bahu Lut sebelum duduk di sebelah Lut.

Lut tersentak. Dia beristighfar. Lut hanya tersenyum nipis. Semakin dekat hari pernikahannya semakin tidak tenang rasa. Sudah hampir berkali-kali dia melakukan solat istiqarah memohon petunjuk dari yang Esa, tetapi yang dirinduinya tetap Isabella, bukan Halisa Nabila yang bakal menjadi isterinya dalam masa 4 hari lagi sahaja.

“Lah, termenung lagi?”

Tegur Kamal lagi. Dia mengelengkan kepalanya melihat Lut.

“Lut, sabarlah. Lagi 4 hari je..”

Usik cikgu Musa disambut ketawa cikgu-cikgu lain. Lut senyum senget. Rakan-rakan seperjuangannya tak habis-habis nak menyusiknya.

“Cikgu Lut ada?”

Tiba-tiba kerani sekolah Puan Jamilah masuk bertanya pada Lisa yang kebetulan baru hendak masuk kebilik guru. Lut berpaling apabila terdengar namanya disebut.

“Ya, kak Jam. Kenapa?”

Soal Lut separuh menjerit. Puan Jamilah mendekat.

“Cikgu Lut, ada orang nak jumpa.”

“Lah siapa pula kak Jam? Sekarang ke? Saya ada kelas ni.”

Jawab Lut dengan dahi yang berkerut.

“Tan Sri Razlan dan Puan Sri Suraya nak jumpa. Pergi la sekejap. Ni, diorang dalam bilik pengetua. Jangan tak tau, orang kaya tu sempat beri sumbangan kat sekolah kita.”

Ramah pula Puan Jamilah bercerita.

Lut telan liur. Itu papa dan mama Isabella kalau tak salah. Lut berdebar. Apa hal pula cari aku, desis hati Lut.

“Ye ka Kak Jam. Baik hati betul. Susah nak jumpa dengan orang yang macam tu. Siapa diorang Lut?”

Lut mengangkat bahu. Bukan dia tidak mahu memberitahu, tetapi malas nak banyak bersoal jawab nanti.

“Untunglah Lut, asyik orang kaya ja nak jumpa dengan hang ni.”

Kata cikgu Musa sambil tersengih. Lisa yang dari tadi mendengar senyum nipis. Entah kenapa hati dia tidak sedap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience