BAB 40

Romance Completed 19414

Harinya telah tiba. Isabella berdebar-debar. Wajahnya yang terpapar dicermin meja solek dibilik ditenung. Wajahnya yang telah disolek cantik, nampak tiada serinya. Macam mana nak berseri kalau hatinya tak ikhlas. Ramai yang memujinya cantik, tetapi kenapa pada pandangan matanya, biasa-biasa sahaja. Isabella mengeluh. Dia terbayangkan lelaki yang bernama Lut itu. Lantas telefon bimbit dicapai. Aplikasi whatsapp dibuka. Nama Lut dicari.

Isabella: You, dalam masa setengah jam lagi I akan bernikah. I tak tenang. I still cintakan you sepenuh hati i. You dah tak cintakan I, Lut?

Isabella mengigit jari. Menanti balasan dari Lut. Ish, online je tapi kenapa tak reply ni, desis Isabella geram.

Lut: Awak tahu jawapan saya. Tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga bahagia.

Menitik terus air mata Isabella. Tergamaknya lelaki ini melukakan hatinya.

“Ish kenapa nangis-nangis ni Isabella. Dah tak cantik dah makeup i. Meh I nak touch up sikit.”

Sally si jurumekap kegemaran Puan Sri Suraya memulakan tugas membetulkan makeup Isabella. Sebelum itu tisu dihulurkan pada Isabella.

“Dahlah Isabella. I tahu masalah you tu. Jantan tak nak kat you, buat apa yang you terhegeh-hegeh. You ni cantik tau. Anak orang kaya lagi. Semua yang you nak petik jari je. Pedulikan jantan tak guna tu yang tak tahu menilai kasih sayang you.”

Sally membebel. Terjuih-juih mulutnya menyatakan si Lut.

“You cakap baik-baik sikit. Dia baik sebenarnya. Semuanya salah i. Puncanya dari i.”

Bentak Isabella.

“Oke-oke princess. Kalau dia baik tak akan dia sanggup tinggal you.”

“You tak tahu apa-apa, then better you diam.”

Isabella bersuara berbaur amaran. Sally angkat bahu tanda mengalah. Lantaklah bukan aku yang nak kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience