BAB 20

Romance Completed 19414

Pagi itu Isabella bangun awal. Semalaman dia tidak lena tidur kerana diganggu oleh nyamuk. Hampir ke subuh apabila dia mahu tidur terdengar bunyi dentingan pingan mangkuk dari arah dapur. Isabella terasa terganggu untuk teruskan niatnya untuk tidur. Lantas dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik menyertai Mak Kiah di dapur.

Langkah Isabella terhenti seketika. Sijil yang tergantung memenuhi ruang dinding dan piala yang terhias diatas meja disudut ruang tengah rumah menarik minat Isabella. Sijil yang elok diletakkan didalam frame diambil dan dibaca ayat yang tertera. Lepas satu sijil, sijil yang lain pula diperhatikannya.

“Sijil tu semua kepunyaan Lut. Harta kesayangan dia.”

Tegur Mak Kiah menghampiri Isabella. Isabella tersentak. Mujur sijil yang berbingkai cantik itu tidak jatuh.

“Lut minat bola sepak ye mak cik?”

“Pantang sebut bola sepak. Semua dia tahu.”

Jawab Mak Kiah sambil ketawa kecil. Isabella juga ikut ketawa.

“Jom pi nyorok dulu. Sat gi mak cik nak pi pasar beli barang basah. Mak cik nak masak special hari ni untuk tetamu mak cik ni.”

Kata Mak Kiah sambil berlalu ke dapur. Isabella terpingga sendiri. Nyorok? Apa tu? Seumur hidupnya tak pernah dengar pun perkataan aneh itu. Namun, Isabella turut juga langkah Mak Kiah kedapur yang sederhana besar.

“Duduk Ella.”

Pelawa Mak Kiah. Isabella terus duduk. Mak Kiah menuangkan jus orange kedalam gelas dihadapan Isabella. Isabella lihat diatas meja sudah tersedia roti sandwich bersama dengan butter. Tidak ketinggalan juga karipap yang baru siap digoreng yang masih lagi panas.

“Ni roti dan butter ni Lut yang belikan tadi. Takut Ella tak makan kuih melayu kata Lut. Makan lah..”

Beritahu Mak Kiah lembut. Mak Kiah menutup api diatas dapur lalu duduk menyertai Isabella dimeja. Ella tersenyum nipis. Tersentuh sedikit dengan sifat prihatin Lut walaupun dalam membencinya.

“Ella makan je apa yang ada dihadapan Ella mak cik. Mana Lut?”

Soal Isabella. Dari tadi dia tidak nampak kelibat Lut.

“Lut dah kuar pi kerja pagi-pagi buta lagi. Ada hal katanya.”

Balas Mak Kiah sambil menguyah karipap berintikan kentang.

“Lut kerja apa mak cik? Gerai burger tu?”

Soal Isabella lagi dengan wajah kehairanan. Awalnya Lut buka gerai burger. Siapa yang nak makan burger pagi-pagi buta macam ini. Setahunya gerai burger akan mula beroperasi diwaktu petang dan malam.

“Lut tak habaq ka dia kerja pa?”

Mak Kiah pula hairan. Kawan apa kalau macam ni, masing tak tahu hal kawan sendiri.

Isabella mengeleng kepalanya sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience