BAB 6

Romance Completed 19414

“Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella, tapi aku terpaksa demi cintaku Isabella, moga dibukakan pintu hatimu untukku, akan terbentang jalan, andainya kau setia, oh Isabella…”

Alunan lagu Isabella dari kumpulan Search dinyanyikan dengan penuh penghayatan. Lut terbayangkan wajah kekasihnya Isabella. Petikan gitar yang pada mulanya rancak, semakin perlahan. Apa kisah cintanya seperti kisah cinta drama Isabella yang popular sekitar 90-an? Lut tertanya pada dirinya sendiri. Selama berhubung, Isabella jarang sekali bercerita tentang keluarganya. Lut malas hendak banyak soal, jika Isabella keberatan untuk bercerita.

“Fuh! Jiwang la abang Lut. Terbaik. Penuh penghayatan. Pitch perfect!”

Sorak Budi sambil bertepuk tangan. Beberapa orang anak muda yang bertenggek digerainya turut bersorak dan bertepuk tangan. Ada yang tersengih-sengih. Lut membetulkan duduknya. Dia berdehem beberapa kali bagi menutup malu.

“Diamlah Budi. Buat la kerja hang. Jangan sampai hangit pulak daging burger tu.”

Balas Lut berpura-pura marah dengan usikan Budi. Budi anak kampung yang juga merangkap sahabat dan juga rakan bisnessnya. Keuntungan hasil gerai yang tak seberapa dibahagi dua.

“Baik bos.” Sambut Budi.

Tangannya ligat memanggang daging burger bercampur dengan marjerin. Dua pesanan burger daging special perlu disiapkan atas pemintaan pelanggan.

“Abang Lut, aku tengok hang asyik dok nyanyi lagu Isabella ja. Tak ada lagu lain ka?” Budi bertanya.

Terlupa marah Lut sebentar tadi. Lut berpaling. Tak sangka pula Budi bertanya tentang soalan bodoh macam tu.

“Tak ada.” Balas Lut pendek. Budi tergelak.

“Aiseyman, nyanyi la lagu Jesnita ka, Julia ka, lagu Awie ka atau lagu cikgu Lisa ke…hehehhe..dia mai dah, dia mai dah!”

Apa lah si Budi ni. Lut berdecit. Tumpuannya masih pada gitar milik Budi.

“Apa dia hang ni budi? Tak paham aku.”

“Abang Lut, cikgu Lisa mai la. Mai la lekaih ambik order ni.”

Panggil Budi. Lut berpaling seraya bangun. Gitar cabuk diletak diatas meja.

Lisa tersenyum simpul apabila melihat Lut. Tujuannya datang ke gerai bukan hendak membeli burger sangat tetapi lebih kepada mahu melihat wajah jejaka yang sudah lama menghuni hatinya.

“Budi, saya nak order burger ayam special dua ye?”

“Eh, kenapa order kat saya cikgu. Orderla kat abang Lut.”

Balas Budi sambil ketawa mengusik. Namun ketawanya hanya seketika apabila kakinya terasa sakit dipijak Lut. Cikgu Lisa hanya menunduk kepala tanda malu.

“Dua jer Lisa?”

Soal Lut pula. Lisa mengangguk kecil. Wajah tampan Lut yang sedang membakar roti dipandang sekali lalu.

“Tadi Lisa tengok abang lewat balik kerja, ada hal ke?”

Soal Lisa ingin tahu. Dia sebenarnya berhasrat juga mahu menolong Lut siang tadi, tetapi memikirkan dia sendiri pun cukup banyak hal yang kena diuruskan.

“Adalah busy sikit.”

Balas Lut ringkas. Malas pula dia mahu mengulas lebih lanjut tentang kesibukkannya itu. Lisa mengukir senyum. Nampak Lut seperti berat mulut mahu berbual dengannya. Sepi seketika antara mereka. Gitar buruk diatas meja sudah berada dalam pelukan Budi. Budi dan kawan-kawan yang lain duduk bersantai dimeja hujung sekali sambil menyanyikan lagu Isabella beramai-ramai. Sesekali Lut menjeling pada Budi yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Siap kau Budi lepas cikgu Lisa ni balik! Desis hati Lut menahan geram. Budi sengaja hendak mengenakannya. Dendangan lagu Isabella dari Budi membuatkan hatinya tidak senang.

“Kenapa abang suka benar dengan lagu Isabella. Ada apa-apa makna ke disebalik lagu tu?” Soal Lisa perlahan.

Acap kali dia mendengar lagu itu dialunakan oleh Lut. Hatinya sering memberitahu yang lagu Isabella yang dialunkan oleh Lut berkaitan dengan dirinya. Lisa Nabila dan Isabella, kan lebih kurang sahaja bunyinya.

“Abang suka lagu tu sebab….” Lut berjeda.

Seketika bayangan wajah Isabella yang tersenyum manis bermain dikepalanya. Ketawa riang Isabella mengusik jiwanya. Lantas Lut tersenyum kecil seumpama Isabella kini dihadapannya.

“Sebab..?”

Lisa menunggu jawapan. Berkerut dahi Lisa melihat Lut seperti mengelamun.

“Abang! Roti hangit!” tegur Lisa sambil mencuit lengan Lut.

Bau hangit memenuhi ruang yang tidak berdinding itu. Lut tersedar. Dia beristighfar. Aduh apa kena dengan aku ni, bisik hati Lut. Malunya dia dengan cikgu Lisa yang memerhatikannya.

“Sorry, tak sengaja.” Kata Lut malu-malu.

Dia kembali membakar roti yang lain bagi mengantikan roti yang telah hangit tadi.

“Bos, apa ni sampai hangit roti tu. Masuk je meminang cikgu Lisa tu. Senang.”

Laung Budi dari hujung sana. Spontan cikgu Lisa tertunduk malu. Wajah kedua-duanya merona merah dek usikan Budi. Lut berpaling sambil menunjukkan penumpuknya. Siap kau Budi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience