Completed
37009
Subject : Bab 17
Content: Bab 17
What a exausted day! Jerit hati kecilku selepas membaringkan diri di katil bersaiz king. Penat yang teramat setelah menghadiri kem motivasi di auditorium perpustakaan negeri. Entah macam mana nama aku boleh terselit sekali dalam kem yang membosankan tu. Macam lah aku ni syaitan yang tak ada pedoman nak dimasukkan ke dalam kem motivasi tu. Nasib baik beruk bernama redza tu ada sekali rela nak temankan aku. Redza mana rela tengok aku merayu siap tarik-tarik hujung baju dia tu. Pintu bilik diketuk. Aku hanya mendiamkan diri berpura-pura sedang tidur. Mana ada manusia yang tinggal dalam rumah ni berani masuk bilik aku tanpa dijemput. Masuk lah kalau nak tengok saka aku mengamuk.
"Niza, abang Long tahu Niza tak tidur lagi. Turun bawah kejap. Ada benda abang nak bincangkan dengan Niza. Untuk kebaikan niza jugak. "Aku tidak memberi kata putus Sama ada nak turun ataupun tidak. kemalasan lebih menguasai diri. Maafkan adik awak ni iszfan. Niza lebih memilih untuk tidur.
Di bahagian ruang tamu rumah, iszfan sedang melayani seorang tetamu iaitu Eusoff. Eusoff masih lagi berusaha untuk bersua muka dengan aku walaupun aku sudah memutuskan hubungan dengan nya. Nombor telefon dan semua aplikasi yang membolehkan kami berhubung sudah aku block terlebih dahulu. hati aku memang sudah rapuh dan kosong. Langsung tidak punya rasa apa lagi untuk Eusoff. Abang isz sudah cukup banyak membazirkan air liur. Begitu juga dengan Redza. Bagi mereka, bercakap dengan aku sekarang seumpama bercakap dengan pokok. Abang Isz lebih banyak membantu Eusoff untuk memperbaiki hubungan kami berdua. Sudah aku tegaskan berulang kali, aku sudah tidak ingin mempunyai apa-apa hubungan mahupun kaitan sedikit pun dengan manusia bernama Eusoff Hashim.
Iszfan memandang wajah bakal adik ipar tidak jadi nya itu dengan perasaan yang penuh kasihan. Bagi iszfan, Eusoff sudah cukup sempurna dan sesuai untuk menjaga dan mendampingi Niza berbanding taufik. Eusoff hanya menekup muka dengan menggunakan kedua belah tangan nya.
Eusoff mengangkat wajah.
"Iszfan, aku nak tanya kau sikit boleh? Ada benda yang bermain di kepala aku sekarang. Aku yakin kau ada jawapan nya. "
"Hmm bunyi macam serius. Apa dia Eusoff? "
"Beberapa hari lalu, Niza ada sebut nama taufik dua kali. Dia ada mention pasal kahwin jugak. Taufik tu siapa? "
"Kalau kau dah tanya macam ni, biarlah aku berterus terang. Taufik tu sebenarnya keluarga terdekat kami. Taufik merupakan calon pilihan ayah untuk dinikahkan dengan Niza pada penghujung bulan 4 nanti. Niza langsung tidak berkenan dengan budak taufik tu. Ayah kami berdua beri Niza masa untuk menyuruh teman lelaki nya untuk hantar rombongan meminang sebelum akhir bulan 4. Masa Niza dah semakin suntuk. " satu persatu masalah sebenar dijelaskan oleh iszfan kepada Eusoff. Eusoff mengangguk faham. Kini faham lah Eusoff kenapa Niza terlalu beremosi. Soal gambar pun boleh menjadi isu besar. Niza risau jika Ezlyn merampas Eusoff darinya.
"Kalau macam tu lah ceritanya, Esok malam jugak Eusoff akan hantar rombongan meminang Niza. Eusoff pun taknak Niza jatuh ke tangan lelaki lain. I love her so much iszfan! "
Akhirnya eusoff memberi kata putus untuk menghantar rombongan bagi meminang Niza. Tiba-tiba telefon Eusoff berdering. Eusoff mengeluarkan telefon nya dari poket seluar.
Ezlyn student.
Eusoff segera menolak panggilan tersebut sebaik sahaja melihat nama ezlyn pada skrin telefon. Ezlyn jika dilayan semakin naik kepala. Tidak sampai seminit, telefon Eusoff berdering semula. Kali ini Ezlyn menghantar pesanan ringkas.
From: Ezlyn student
Hai Cikgu. Can you help me to solve question addmath soalan 4 tu? Ezlyn tak faham lah. And one more, boleh tak Cikgu jadi pasangan lyn untuk majlis prom yang Ezlyn hadiri nanti?
To: Ezlyn student
Hai Ezlyn. Maaf sekarang Cikgu tengah busy. Cikgu tak dapat nak bantu kamu. Nanti masa cikgu masuk mengajar Cikgu akan terangkan semula untuk soalan tu.
Eusoff meletakkan semula telefon ke dalam poket seluar. Perbincangan dengan abang iszfan diteruskan semula. Eusoff juga meminta bantuan iszfan untuk berbincang dengan ayah dan mak untuk menyelesaikan hal ini sebelum dia meminta diri untuk pulang ke rumah. Rancangan ini mesti diteruskan juga agar Niza tidak akan berkahwin dengan taufik.
Iszfan menarik nafas lega kerana dapat menyelamatkan Niza. Kalau tiada aral, adik kesayanganya tidak perlu berkahwin dengan si taufik yang keparat itu.
Jam menunjukkan pukul 6 petang dan aku baru bangkit dari katil. Duh macam mana solat asar pun boleh terbabas ni adoi. Aku membuka ikatan rambut lalu menyanggulnya semula. Setelah merapikan diri, aku menuruni anak tangga untuk ke ruang bawah. Kelihatan ayah, mak dan abang iszfan sedang berada di ruang tamu duduk berbual. Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja terlihat aku yang masih berada di tangga. Ayah mengarahkan aku untuk mengambil tempat di sebelah abang long. Ada perkara yang hendak dibincangkan kata ayah.
"Niza, nampaknya kamu tak perlu berkahwin dengan taufik. Kamu terselamat. "
Aku menguntungkan senyuman.
"Sebab Eusoff sudah menyampaikan hajatnya untuk masuk meminang kamu malam esok. Ayah tengok Eusoff betul-betul suka kan kamu. Berapa lama kamu dengan Eusoff bercinta? "
"Baru tiga bulan lebih. Tu je. Ohj baguslah kalau tak perlu jadi isteri taufik. Nasib baik ada Eusoff. " aku menjawab.
Tiada kata yang keluar dari mulutku sebaik sahaja mendapati Eusoff hendak menghantar rombongan meminangku malam esok. Sejauh itu keseriusan nya terhadap aku? Walaupun aku sudah memutuskan hubungan kami berdua? Apakah aku perlu memberi peluang untuk Eusoff sekali ini ?
"Alhamdulillah. Nampaknya adik kesayangan isz tak perlu jadi isteri si taufik yang keparat tu. Dapatlah Isz tidur dengan lena lepas ni. Fuhh. Lepas Niza kahwin, turn abang Isz pulak " kata abang long sambil tersenyum lebar. Mak cuma jadi pemerhati dan jarang bersuara semenjak akhir-akhir ini.
******
"Nampaknya kira jadi lah ni ye untuk dikenenkan anak encik aszfar dengan anak teruna saya seorang ni. " ujar walid kepada ayahku. Eusoff tidak datang pada malam ini. Hanya umi, walid dan ahli keluarga nya sahaja yang datang.
"Jadi lah. Takkan nak dibiarkan budak-budak tu berkawan lama. Tak manis orang pandang. " jawab ayah.
"Sempat ke dalam masa dua minggu lebih nak buat persiapan ni bakal besan? Takut tak sempat lah. "
"In sha Allah sempat. Kita usaha sama-sama. Lagipun untuk majlis resepsi kita buat sekali sahaja. Sempat tu. " ayah dan walid saling berbual. Kaum perempuan pula sedang berada di ruang dapur untuk menyiapkan makan malam. Aku pada awalnya turut membantu. Namun diarahkan untuk naik ke bilik sahaja. Tidak perlu buat sebarang kerja di dapur. Heih aku baru nak tunjuk rajin depan umi si Eusoff tu heihh.
Telefon ku berdering. Manusia bersaka mana yang telefon aku time aku tengah berkhayal duduk atas pelamin dengan Eusoff . Potong betul.
"Hello future wife. Masih marah dengan by awak ni ke? Jangan lah marah lama-lama sangat. Nanti by awak rindu. Lepas tu by awak ni biarkan awak kahwin dengan budak hingusan taufik tu. Nak ke? "
"Hello my Eusoff Hashim! I'm bit mad anymore. Jangan buat hal lagi tau. Awak tu dah berpunya. Jangan nak cari gaduh dengan sayang lagi okay. Love you monyet zoo "
"Sampai hati sayang panggil by monyet. Hemm fine ok fine. By merajuk. "
"Merajuk jelah kalau awak nak. Kalau perlu merajuk tu lama-lama tau. Nanti saya suruh Ezlyn pujuk awak. Okay? " Eusoff tertawa dihujung talian. Entah apa yang melucukan dengan apa yang aku cakapkan. Boyfriend aku ni mudah terhibur sangat. Benda kecil pun boleh jadi punca dia ketawa besar.
*****
Matahari sudah mula mendaki langit. seperti hari isnin sebelum ini, Kesemua pelajar diminta berkumpul di dewan untuk menghadiri sesi perhimpunan yang membosankan. Setiap guru disediakan kerusi di atas pentas. Kesemua warga pendidik memang diwajibkan berada di atas pentas sepanjang waktu perhimpunan.
Anak mata ku tidak boleh dikawal pulak hari ni. Asyik nak pandang Eusoff je kat perhimpunan ni adoi. Tak lama terkantoi jugak kami berdua ni. Eusoff pun sama, dia siap boleh kenyitkan mata kat aku masa semua pelajar menyanyikan lagu negaraku. Nasib baik dia duduk kat barisan paling belakang sekali. Tidak lah ketara mana.
Selepas majlis perhimpunan ditamatkan, cikgu lan mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa pesanan.
"Assalamualaikum semua pelajar sekalian. Cikgu lan nak minta pelajar yang berminat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pantun untuk jumpa cikgu pada masa rehat nanti. Satu lagi ada pesanan daripada cikgu Eusoff, pelajar perempuan yang berminat untuk menjadi pemain bola tampar sekolah bola turun latihan petang ni "
"Wuuuuuuuuuuuuuuuu " jerit pelajar perempuan. Aku hanya membuat bodoh sahaja. Perkara biasa lah tu kalau melibatkan Eusoff.
"Ape wuuuuu wuuuu! Jangan nak wuu wuu sangat lah yerr. Cikgu eusoff dambaan korang tu dah nak jadi suami orang dua minggu lagi. " tambah cikgu lan.
What? Cikgu lan tahu ? Aku mula cuak. Ni mesti eusoff yang tak boleh jaga rahsia. Aku mengepal penumbuk.
Sepanjang berjalan menuju ke kelas, pelbagai macam soalan yang keluar dari mulut pelajar sekolahku. Ada yang tak percaya yang Eusoff dah nak kahwin, ada jugak yang kata cikgu lan tu main-main je sebab dia nak pegang gelaran bujang terhangat di sekolah ni.
Aku langsung tidak melihat batang hidung Ezlyn sebaik sahaja keluar daripada dewan. Kemana lah agaknya langsuir seekor tu pergi. Jangan nak bunuh diri sudahlah. Favourite man dia nak kahwin dah oi. Hahahahaha.
Share this novel