Chapter 22

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : bab 22
Content: bab 22

Redza dan cleopatra masih terbongkang di bilik ku selepas menemani ku semalaman. Redza tidur di sofa manakala cleopatra tidur sekatil denganku. Kami bertiga seumur dan paling rapat antara satu sama lain. Aku melihat kedua-kedua mereka yang masih nyenyak tidur. Masa kecil-kecil dulu kami bertiga selalu cerita tentang masa depan especially bab kahwin. Tak sangka mulut redza masin sungguh. Dari dulu lagi dia selalu kata yang aku akan nikah dulu and then diikuti dia dan cleo yang paling lambat akan kahwin. Aku melihat tanganku yang masih suci tanpa secalit inai pun. Kalau aku pasang inai, macam mana nak sekolah? Kena ragging satu hal, belum lagi part disoal siasat kenapa pasang inai. Macam orang kahwin! Err memang pun aku nak kahwin.

aku membangunkan cleopatra terlebih dahulu. Sekali cubaan sahaja cleopatra sudah terbangun. Aku Kemudian nya membangunkan redza yang masih nyenyak tidur di sofa bilik ku. Aku menggoyangkan tubuhnya perlahan. Redza masih tak sedar lagi. Tidur ke mati ni? Aku berlalu ke bilik air lalu membawa keluar semula gayung yang berisi air. Sedikit demi sedikit air yang yang ada pada gayung itu aku titiskan ke muka redza. Sekali lagi redza belum sedar dari tidurnya. Aku bertindak menyiram keseluruhan lebihan air ke muka redza. Barulah dia bangun serta merta sebaik sahaja air membasahi wajahnya. ketawa Cleopatra meletus tanpa ada rasa kasihan. Redza membaling bantal yang digunakan nya tidur semalaman tepat ke muka Cleopatra. Ketawa cleo terhenti. Kini redza lagi yang mentertawakan Cleopatra. Aku hanya menjadi pemerhati. Entah bila kali terakhir kami berperangai begini. Yang aku tahu, semenjak Cleopatra berhijrah ke tempat lain kami jarang berkumpul bertiga begini.
Daun pintu ditolak oleh mak. Kepala mak menjengah masuk sedikit. Aku, cleo dan redza berpaling ke muka pintu apabila nama kami diseru. Kami bertiga tersengih-sengih umpama kerang busuk apabila melihat reaksi wajah mak aku yang terkejut dengan keadaan bilik ku sekarang. Dah macam reban ayam.

"Hah semalam mak dengan mak sedara kamu bertiga yang lain dah kemaskan bilik ni cantik-cantik untuk pengantin tahu tak. Sekarang dah macam reban ayam mak tengok. Kemas semula sama macam keadaan masa kamu mula-mula masuk dalam bilik ni semalam. " ujar mak. Aku, cleo dan redza mengangguk faham dengan arahan itu. Kami bertiga segera mengemas semula katil, bantal serta membetulkan beberapa hiasan lain sebelum redza keluar meninggalkan bilik ku. Redza kembali ke bilik abang Isz dimana kesemua barangan nya disimpan disitu. Sepatutnya dia tidur dalam bilik yang sama dengan abang isz, entah bagaimana dia boleh terlelap di sofa bilik ku semalam.

Aku mencapai tuala lalu membersihkan diriku. Cleopatra pula sibuk mengeluarkan baju akad nikah ku dari dalam almari dan menggosoknya untuk menghilangkan segala kedut pada baju tersebut.

"Cleo! hati-hati tau iron baju aku. Jangan sampai terbakar. " teriak ku dari dalam tandas.

"Tahuuuu! Macam lah aku ni nak sabotaj hari pernikahan kau" jawab cleo. Di bilik abang isz, redza masih berbaring di katil sambil bermain psp bersama abang isz. Kan aku pernah cakap, diorang berdua ni macam gay boy! huhh. Asyik berkepit sahaja kalau berjumpa.

Usai membersihkan diri, aku mengambil seluar track dan t-shirt fredd perry dari dalam almari. Rambut aku keringkan menggunakan hair dryer. Ketika itu jam baru menujukkan pukul 8 pagi. Masih terlalu awal untuk aku bersiap. Tambahan pula, juru-solek tak muncul lagi. Kalau aku yang solek diri aku sendiri, alamatnya macam hantu opera cina lah jadinya muka aku ni.

Selepas Cleopatra mandi dan bersiap, kami bersama-sama turun ke bawah untuk mengambil sarapan. Takut tak sempat kalau lambat. Sebelum meneruskan langkah untuk kebawah, aku mengetuk pintu bilik abang isz lalu memanggil mereka berdua. "Hoi dua gayboy kat dalam tu. Mari lah turun sesama kita sarapan. Kami tunggu kat bawah okay. " laung ku di hadapan pintu. Hanya okay sahaja jawapan mereka berdua.

Aku dan Cleopatra duduk di meja makan. Aku mengisi empat buah cawan dengan teh susu. Aku sengaja menyediakan memang untuk redza dan abang isz agar mulut diorang berdua tak membebel macam janda yang ketandusan. Biskut oreo aku masukkan ke dalam mulut sambil bercakap dengan cleo.

"Habiskan dulu makanan dalam mulut tu Niza sebelum bercakap. Tak manis betul jadi perempuan" tegur ayah yang lalu di belakangku. Aku hanya tersentuh sambil menutup mulut yang penuh dengan biskut.

"Tu lah kau. Siapa suruh bercakap terus. Tengok kan dah kena tegur dengan ayah kau sendiri. Nasib baik bukan mertua kau yang tegur. Buat malu je kau ni. " bebel Cleopatra.
Redza dan abang isz mengambil tempat mereka di meja yang sama. Baru sahaja kami bergelak tawa bersama, juru solek pun tiba. Salah timing! Baru nak enjoy saat-saat terakhir jadi remaja ni hemmmm.

Aku melambai ke arah juru solek. Automatik kaki nya melangkah mendekatiku.

"Akak makan lah dulu ya. Lepas akak makan baru akak start buat make over kat muka adik saya ni. " ujar abang Isz kepada jurusolek tadi. Aku, abang isz, cleo dan redza Kemudian nya menyambung semula perbualan kami yang terhenti seketika tadi.

Aku berbaring di lantai bilik beralaskan tikar. Cleo turut sama ada didalam bilik menemaniku. Juru solek tadi memulakan kerja nya untuk menyolek wajahku. Aku menutup mata dan membiarkan juru solek yang ingin dikenali dengan nama kak tim melakukan tugasnya.

Aku langsung tidak berbual dengan cleo mahupun kak tim sepanjang disolek. Aku lebih memilih untuk tidur dan menikmati detik-detik akhir sebagai budak bujang!

Selepas 45 minit, kak tim menyuruhku untuk mengenakan baju yang aku tempah daripada butik R&R sebelum ini. Sambil memakai baju, aku turut mengarahkan cleo turut bersiap. Kesemua pihak belah perempuan akan memakai baju berwarna putih tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Usai mengenakan baju nikah, aku memakai selendang yang diberi oleh abang Isz sebelum ini. Mujurlah selendang itu bersesuaian dengan baju nikahku.

*****

Pintu bilik di buka oleh mak. Mak memberitahu ku bahawa rombongan lelaki sudahpun tiba. Aku kembali nervous dan jadi tidak tentu arah. Kak tim dan cleo mengiringi ku untuk turun kebawah. Ketika aku turun kebawah, kesemua ahli keluarga terdekat sudah duduk di tempat masing-masing. Hanya redza yang berdiri memandangkan hari ini dia dah tawarkan diri untuk jadi camera man aku.

Aku duduk diantara mak dan umi kepada Eusoff. Aku hanya tunduk. Ayah dan walid pula duduk berdekatan dengan tok kadi. Eusoff yang segak berbaju putih duduk bersila di hadapan tok kadi. Aku melihat sedikit kearah redza yang masih tenang walaupun isi hatinya sudah aku ketahui semenjak semalam. Bagaimana redza boleh setenang dan setabah itu?

Eusoff dan tok kadi berjabat tangan.

Aku nikahkan akan dikau ..............

Kini giliran Eusoff pula untuk melafaz.

Aku terima nikahnya nizatul firdausi bi bi bi nnn ti asssffar.

Tidak sempat menghabiskan ayatnya, Eusoff berlari keluar. Kesemua yang hadir menjadi bingung. Aku masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Umi dan walid memohon maaf. Walid kata, mungkin Eusoff gementar.

"Tak apa. Kita bagi dia masa dulu. " ujar tok kadi.

Hampir 20 minit menunggu, Eusoff masih tidak muncul semula. Air mata ku mula bercucuran. Redza yang tiba-tiba ada di hadapan ku mengambil tisu yang ada pada cleo lalu melapkan air mata yang mula mengalir di pipi. Mak dan mama kepada redza berbisik antara satu sama lain.

"REDZA, pergi duduk depan tok kadi tu. Kamu akan nikah dengan Niza. Tolong selamatkan maruah keluarga kita. " ujar mama redza.

Redza segera mengambil tempat di hadapan lalu bersalaman dengan tok kadi.

"Saya akan gantikan tempat Eusoff. " ujar redza.
Upacara akad nikah disambung semula. Kali ini tiada gangguan langsung. Aku dan redza selamat dinikahkan.

Eusoff tiba-tiba muncul semula di muka pintu. Eusoff meminta maaf kepada semua yang hadir terutama nya kepada Niza. Mata Eusoff terpaku Apabila melihat redza sedang menyarungkan cincin ke jari manis nizatul. Eusoff meluru masuk lalu menyuruh redza menceraikan Niza.

"Apa ni cikgu. Cikgu sendiri yang larikan diri tadi. Lama kami tunggu. Lepas tu Cikgu muncul balik and suruh saya ceraikan niza. Maaf cikgu. Saya tak boleh ceraikan Niza. Kalau cikgu tak boleh nak jaga hati Niza, biar saya yang buat. "

"Ceraikan Niza saya kata! Niza milik saya! " herdik Eusoff sambil mencekik redza.

"Stop! stop! Cukuplah Eusoff. Kamu dah malukan umi dan walid hari ini. Dah jom balik. Sanggup kamu buat macam ni pada Niza. Walid tak sangka Eusoff sanggup buat macam ni. " walid mula campur tangan dengan memarahi anak nya sendiri.

"Maafkan Eusoff walid! Eusoff tahu Eusoff dah silap tadi. Sarah tipu Eusoff! Eusoff ingatkan sarah betul-betul nak balik pada Eusoff. tapi silap! Sarah tak jujur pada Eusoff. Dia tipu Eusoff untuk kali kedua. Dia dah balik ke Brunei. "

"Cukup! Ikut walid balik sekarang atau nak walid heret kamu ! "

Eusoff memandang ke arahku. Namun, aku segera memandang redza dan memegang erat tangan redza. Cukuplah sampai disini sahaja cerita aku dan Eusoff. Aku cukup bodoh. Bagaimana aku boleh tertipu dengan sarah dan Eusoff semenjak akhir-akhir ini? Aku sendiri tak habis fikir.

*****
aku duduk di katil selepas membersihkan diri. Redza pula berada di sofa membelek majalah berkaitan motor dan kereta.

"Redza, aku minta maaf sebab eusoff buat hal kau yang terpaksa nikah dengan aku. Aku minta maaf lagi sekali. " aku memulakan bicara. Redza menghampiriku dan duduk bersebelahan denganku. Tanganku dipegang erat.

"Look at me. Kau sendiri tahu yang aku memang sayang dan cintakan kau. bagi aku, mungkin ini yang tertulis untuk kita berdua. Bercinta dengan orang lain tapi akhirnya nikah dengan orang lain jugak. Aku harap kau dapat terima aku macam mana aku terima kau okay. kalau kau tak selesa, kau anggap je aku ni sepupu kau yang bangang macam biasa " redza menambah.

"Hoi. Jangan buat apa-apa dulu. Korang berdua disuruh turun bawah dulu makan malam. Lepas makan malam kan bertenaga. Dah tu buat lah apa korang nak buat. " jerit cleo dari luar bilik. Aku dan redza memandang antara satu sama lain dan gelak bersama.

Tak guna punya Cleopatra!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience