Completed
37009
Subject : Bab 2
Content: Bab 2
Nizatul! Mari turun bawah kejap. Mak dengan ayah nak cakap something ni. Laung ibu dari luar bilik ku. Apa lah agaknya yang nak dibahas oleh dua orang guru pencen ni pada aku. Macam tak ada masa lain jugak nak bincang. Macam lah aku ni jiran diorang. Aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu untuk mencari tahu apa yang hendak Mak dan ayah aku sampaikan. Aku memerhatikan satu persatu riak wajah mereka. Riak serius yang terpampang pada wajah mereka menambah debar yang sedia ada di dalam hati ku. Duh feeling macam nak dijodohkan pun ada jugak. Simpang malaikat 44. Aku nak study dulu.
Nizatul Firdausi binti Aszfar!
Ayah aku ni demam ke apa tiba-tiba panggil nama penuh aku. Siap dengan nama dia pulak tu. Mesti ada something ni. Hemmm nervous! Aku mengambil tempat bersebelahan dengan my wonderful mak, Puan Fauziah.
Aku memandang wajah serius ayah. Aku tunggu jugak ayah bukak mulut dulu. Last-last aku jugak yang mulakan. Huhh.
"Kenapa ayah dengan mak suruh Niza turun bawah? Ada apa-apa perkara penting ke nak sampaikan pada niza. Muka ayah pun serius lawak gila. Macam cicak tertekan kapur." aku cuba berlawak walaupun aku tahu ia nya tersangat hambar dan memalukan.
"Niza, apa pendapat kamu kalau Ayah tekad nak kahwinkan kamu sebelum kamu ambil peperiksaan Spm? " Aku mula tidak sedap hati. Hal kahwin dalam kalangan pelajar ni bukan main-main. Banyak mak bapak buat macam ni untuk mengawal anak mereka.
"kalau niza lah kan, Niza tak ready nak kahwin selagi bergelar pelajar sekolah. Hal kahwin ni bukan senang macam buat cekodok ayah. Emm ayah nak kahwin kan Niza ke? " hah pandai lah kau menjawab Niza. Sempat jugak aku main-main.
"Ayah nak nikahkan kamu dengan si taufik, cousin kamu tu. Si taufik tu pun berkenan dengan kamu. " Taufik? No way! aku lebih rela jadi andarlusia
(anak dara lanjut usia ) Daripada kahwin dengan lelaki baran macam dia.
"Niza akan kahwin. Tapi bukan dengan taufik. Bagi Niza pilih bakal suami Niza sendiri. Bagi Niza masa 4 bulan. " Gila punya Niza. Berani-berani mintak tempoh. Aduusss, boyfriend pun aku tak ada ini kan pulak nak suruh hantar rombongan meminang. Kebodohan aku ni memang lain macam semenjak akhir-akhir ini.
"okay Ayah setuju. Kalau dalam bulan 4 nanti tak ada rombongan yang datang pinang kamu, kiranya si taufik tu lah suami kamu nanti. " dengar nama pun tekak aku sudah loya. Ini kan pula nak dijadikan suami.
Perkara dan perjanjian yang termeterai antara aku dan ayah petang tadi menyebabkan aku tidak dapat tidur dengan lena. Dah lah esok sekolah. Ada sahaja yang menganggu benak dan fikiran. Siapa suruh pandai-pandai buat perjanjian dengan ayah tanpa berfikir panjang. Semua ni pasal taknak jadi isteri si Taufik tu. Tidak cukup dengan itu, muka si taufik pun aku boleh terbayang. Parah! Baik aku mimpi muka cikgu Eusoff je. Elok sikit wajah dia dari taufik tu. Err apasal nama sir Eusoff pulak boleh masuk ni.
Terkebil-kebil mata ku apabila memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Di mana aku nak cari boyfriend dan suruh masuk meminang dalam masa yang singkat? Takkan aku nak suruh si Lily jemah jadi agen cari jodoh kot. Silap langkah nanti dia hebohkan pulak hal ni dalam kawasan sekolah. Itu satu hal lagi.
Kringggggg kringgg!
Jam loceng sudah pun berbunyi. What the zzzz. Aku baru lelap dalam sejam.Takkan dah subuh kot. Ni kalau aku tertidur dalam kelas nanti memang tak heran lah. Tidur pun tak cukup. Dengan bawah mata yang kehitaman macam panda, nampak sangat aku tak cukup tidur. Semua ni kahwin punya pasal. Aku segera mencapai tuala mandi dan berlari masuk ke tandas. Dalam masa satu jam pun, aku belum siap sepenuhnya lagi. Krim muka, bedak, perfume lain dengan losyen lagi. Today is my very may bad day.
"Morning Princess Mak. Lambat turun harini. Take your breakfast cepat. Ayah kamu dah tunggu dalam kereta. " Aku hanya sempat makan beberapa sudu nasi goreng sahaja. Masa amat mencemburui aku dengan makanan. Huhh. Kalau tak dua tiga kali jugak aku menambah macam biasa. Aku segera berlari keluar dan masuk ke kereta tanpa memakai kasut dan stokin. Kasut dan stokin aku pegang sahaja, nanti dalam kereta baru aku pakai.
"Ayah, tolong drive laju sikit ehh. Niza dah kira lambat ni. Dua puluh minit lagi jam 7. Takkan ayah nak tengok Niza kena tahan kat pagar. Malu lah niza nanti. " awal pagi lagi aku sudah membebel panjang. Ayah hanya menggeleng panjang. Bukan dia tidak kenal dengan anak perempuan nya yang satu ni, pantang lambat ke sekolah. Tak macam abang long, lambat sikit dah decide taknak hadir. Last-last spm dia dulu meletop jugak. Siap dapat sambung belajar kat luar negara.
Aku segera menyalam ayah sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Nasib baik ayah ada sticker kebenaran masuk. Tidaklah aku ditahan oleh pengawas gedik yang bertugas menjaga di pagar luar tu.
Mujurlah semasa aku melangmah masuk ke kelas, cikgu tak masuk mengajar lagi. Fuhh nasib baik. Tak lah buruk mana pun hari aku hari ni.
Seperti biasa, orang pertama yang terlebih dahulu akan tegur aku ada dua orang iaitu Lily Jemah ataupun my demon cousin, Redza.
"Niza! Aku ada cerita panas nak disampaikan dekat kau ni. Konfem kau suka punya lah. " awal pagi lagi Lily sudah buat perangai. Cerita panas konon. Kat mana panasnya pun langsung aku tak tahu. Aku senyum kepada lily. Senyuman yang terpaksa dibuat-buat untuk menjaga hatinya. Aku memang tak ada mood pagi ni.
"Simpan dulu gosip kau tu. Aku nak buat kerja addmath yang cikgu eusoff bagi semalam. Satu pun aku tak dapat jawab dohh. Bak sini buku kerja addmath kau." aku mengambil buku kerja Lily yang diletakkan di dalam laci meja tanpa perlu menunggu keizinan daripada tuan nya. Lily memang kenal sangat dengan perangai aku yang ntah pape kalau buat latihan addmath. asal siap sudahlah. Bukan nya kena hantar pun, periksa sendiri juga nanti dalam kelas. Macam lah aku tak tahu perangai sesetengah cikgu zaman sekarang, hampir sama jugak kemalasan nya dengan aku ni. Tak sama dengan cikgu-cikgu zaman mak dengan ayah dulu.
Asal subjek sejarah je mengantuk. Sejarah dan nafsu tidur memang tidak akan terpisah dari diri aku ni. Iblis-iblis kecil dalam diri aku memang dah pangkah awal-awal subjek math, addmath dan satu lagi sejarah. Ntahlah, aku langsung tak minat walaupun sejarah ni subjek wajib lulus spm. Apa yang diterangkan oleh cikgu siti langsung tak masuk dalam kepala otak aku yang sempit ni. Beberapa kali jugak aku kena sound oleh cikgu hari ni. Sampai kena usir keluar kelas. Tapi aku suka lah tak perlu belajar sejarah hari ni. Mesti si Redza tu jeles sebab kita orang dua kali lima jugak. Tapi dia tak sampai tahap nak diusir dari kelas.
"Nizatul Firdausi Aszfar? Apa kamu buat kat sini melepak sorang-sorang? Cikgu kamu tak cari ke? " entah macam mana pulak kebetulan cikgu Eusoff boleh lalu kat depan koperasi and then nampak aku melepak sendiri kat sini. Dia Siap masih ingat nama penuh aku pulak tu.
"Err saya kena usir dari kelas oleh cikgu siti. Sebab tu saya ada kat sini. " aku menjawab dengan yakin.
"tak sangka saya awak ni nakal jugak sampai kena usir keluar kelas. Tak malu ke kat orang lain yang nampak awak? " cikgu Eusoff ni memerli bukan main. Huhh. Lidah dia macam pisau yang menghiris-hiris setiap ruang dalam hati aku. Uish sempat aku berpuitis dalam hati.
"Macam ni lah cikgu. Cikgu jangan masuk campur dalam hal saya di dalam sekolah ataupun diluar kawasan sekolah. Saya tak suka. " aku Mula meninggikan suara. Berubah sedikit riak pada wajah cikgu Eusoff. Mungkin cikgu langsung tidak menjangkakan jawapan itu keluar dari mulutku.
"Saya ni cikgu awak. Tak patut awak tinggikan suara pada saya sebegitu rupa. Saya ni ibarat abang awak. Umur kita cuma beza 9 tahun. Ataupun awak kena jadi isteri saya baru awak nak hormat saya?. " berdiri bulu roma bila berdepan depan cikgu Eusoff ni. Lain macam aura dia. Siap mention pasal isteri pulak dahhhh, makin lain pulak cikgu aku ni. Baik aku pergi.
"Saya tak ada masa nak berbual dengan cikgu kat sini. Tak lama lagi masa subjek sejarah nak habis. Saya naik dulu. Kalau saya kat sini lama-lama berduaan dengan cikgu, boleh timbul fitnah. Lagipun cikgu ni masih bujang, banyak peminat pulak tu. Tak pasal-pasal kita berdua di gosip. " Kali ini tinggi benar kemahiran berfikir aras tinggi ku. Tapi ada benarnya jugak. Cikgu Eusoff ni dah lah hensem, Konfem punya akan kena gosip kalau ada yang nampak kami berdua macam tu. Boleh timbul fitnah. Ingatkan selepas melepaskan diri dari soalan tahap spm daripada cikgu Eusoff aku dah boleh menarik nafas lega dan boleh berjalan masuk ke kelas dengan senang lenang. Ternyata tidak. Heih si Mohamed dengan kawan dia boleh pulak lepak kat tangga tingkat dua. Macam-macam lah lelaki zaman sekarang.
Apabila loceng rehat berbunyi, aku menarik nafas lega. Dapatlah aku tidur-tidur ayam sekejap. Si lily dah keluar ke kantin. Aku main pesan je dekat dia. Nak tidur kejap pun tak dapat. Apa yang dikatakan oleh cikgu Eusoff di koperasi tadi bermain di kepala. Huhh tak boleh senang langsung. Kalau aku cerita pada Lily atau Redza, mesti diorang anggap aku reka-reka cerita. Baik diamkan diri dan pendam sorang-sorang.
"HOI kau kenapa Niza. Pak Long dengan Mak long marah kau ke sampai kau jadi pendiam semacam harini ? " Redza tiba-tiba muncul dan duduk di kerusi Lily.
"Tak lah Redza. Aku tak seberapa sihat je ni. Tu lah aku diam semacam. " aku cuba merahsiakan soal kahwin daripada pengetahuan Redza.
"Kau takyah nak tipu aku. Dari kecil lagi kita dah kenal rapat. Kau ingat kau boleh tipu aku mentah-mentah ke niza. ? " aku juga akui memang aku tak mampu nak menipu ataupun merahsiakan sesuatu daripada si Redza. Dia cukup kenal dengan aku. Namun, aku masih mengambil langkah untuk berdiam diri. Lambat laun, dia akan tahu jugak nanti. Mak aku sendiri yang akan bagitau dia. Dah lah redza tu anak buah kesayangan mak aku.
Share this novel