Completed
37009
Subject : bab 21
Content: bab 21
Aku duduk di beranda rumah ditemani oleh redza sementara menunggu ketibaan Cleopatra. Redza melihat ke arahku dan aku turut melihat ke arahnya semula. Ada sesuatu yang cuba di sampai oleh redza kepada ku. Aku tahu. Aku sudah cukup lama mengenali redza.
"Cakap lah apa ya kau nak sampaikan redza. Aku tahu ada sesuatu yang kau nak cakap. Kita berdua je ada kat sini sekarang. Kalau cleo sampai nanti, susah kalau kau nak cakap nanti. "
Redza menatap mataku tanpa berkelip. Aku tunduk malu.
"Niza, you know kan macam mana kukuh nya hubungan kita sebelum ni as a cousin? Kau cukup kenal aku dan aku pun sama cukup kenal tentang kau. Aku just taknak hubungan baik kita berdua ni terjejas sedikit bila kau dah kahwin dengan cikgu Eusoff.
Dulu, aku pernah tengok kau hampir hilang identiti bila farith hilman meninggal. I think I have my peluang untuk curi hati kau lagi dan bahagiakan kau macam yang farith pernah buat. Tapi aku silap, kau cuma anggap aku sepupu. Sebab itu, aku masih stay di sisi kau masa kau susah atau senang.
Tentang orked, aku dah cuba untuk sayang dan cintakan dia sepanjang kami bercinta tapi aku gagal. Hati aku memang untuk kau sebenarnya. Orked tahu aku ada perasaan lain pada kau. Sebab itu dia salahkan kau masa kami clash hari tu.
Aku tengok kau membesar. Dari zaman kita berdua pakai pampers lagi and since kau suka lari-lari without wearinh your clothes sampai lah sekarang kau dah reti nak lawa-lawa kita masih rapat macam ni. Mungkin kau akan cakap aku gila. Tapi ini lah masa yang sesuai untuk aku luah semua sebelum kau jadi isteri orang. Niza, aku sayang kau sangat. Rasa sayang tu melebihi daripada rasa sayang seorang sepupu. Aku cintakan kau. You know what? I feel hurt when I know kau akan kahwin dengan Cikgu Eusoff bukan dengan aku. Aku anggap jodoh kau memang dengan Eusoff. " selepas menghabiskan ayatnya, redza berdiri dan memandangku lalu pergi meninggalkan beranda. Aku dapat lihat air jernih keluar dari anak mata redza. Aku menahan sebak yang ada selepas mendengar luahan redza yang sebenar.
Share this novel