Completed
37009
Subject : bab 18
Content: bab 18
Petang itu, aku mengajak abang long untuk menemani ku keluar ke shopping mall memandangkan abang aku ni tak ada kerja nak dibuat kat rumah. Asyik bertelur je kerja nya. Setelah banyak kali aku pujuk, baru lah abang long berse tuju untuk menelan ku. Sayang adik lah dikatakan. Aku cuma mengenakan dress up simple manakala abang long ni pulak feeling-feeling artis. Aku sendiri tak faham lah dengan dia ni. dia ingat dia masih kat manchester ke apa nak berpakaian macam orang yahudi bagai?
Aku duduk bersebelahan dengan abang long di dalam kereta. Mulut aku ni tak henti-henti ajak abang aku untuk berbual. Kadang-kala, aku turut melarikan pandangan ke luar tingkap untuk melihat persekitaran luar. Macam-macam karenah manusia dapat aku saksikan dari sini. Ada remaja seusia ku yang berpeleseran dengan lelaki, ada juga yang terlalu sosial.
"Niza, mulut Niza ni nak abang jahit ke baru nak berhenti bercakap? Abang yang penat mendengar tahu tak? Kesian lah Eusoff dapat bini yang banyak mulut ni. " bebel Iszfan sambil memandu.
"Ni mulut Niza. Bukan mulut abang long. Apa nak dikaitkan dengan Eusoff pulak ni. " aku mencebik.
"Niza tunggulah nanti masa malam pertama Niza dengan Eusoff, banyak mulut ke tak Niza ni nanti. Silap-silap jadi bisu terus. " tambah iszfan bagi menakut-nakutkan aku. dia tahu aku ni lain macam bila sebut malam pertama. Berdiri bulu roma oi! Aku menjadi senyap. Abang long masih terbongkang ketawa. Abang long memang tahu sangat dengan kelemahan ku.
"Habislah adik abang sorang ni nanti masa first night. Mesti lawak ni. Eusoff dah lah tinggi, Niza punya lah pendek semacam. Dapat anak nanti ntah macam mana saiz nya. "
"Tutup mulut abang kalau taknak Niza sumbat dengan kotak tisu! " muka marah aku pamerkan pada wajah. Namun, abang long masih ketawa. Bahkan bertambah kuat ketawanya meletus.
Setibanya di shopping mall, aku menarik lengan abang long untuk menemaniku masuk ke dalam kedai minyak wangi kegemaranku. Setiap kali keluar bersama dengan abang long, aku pasti akan masuk ke sini dan mengambil beberapa botol minyak wangi lalu mengarahkan abang long untuk bayarkan kesemua minyak wangi yang aku beli. Hobi aku memang pau abang sendiri. Abang long ni dah macam bank bergerak untuk aku. Beli lah apa pun, mesti dia akan bayarkan. Baginya, lebih baik habiskan duit pada adik kandung berbanding habiskan duit untuk awek yang belum tentu lagi jadi bini nanti.
Aku berpegangan tangan dengan abang long menuju ke kedai handbag. Sekali pandang memang macam pasangan bercinta or pasangan pengantin baru. Orang yang tidak mengenali kami pasti akan menyangka begitu kerana wajah kami jauh berbeza. Cuma warna kulit sahaja yang sama. Aku lebih kepada wajah ibu manakala iszfan lebih kepada mewarisi wajah kacak ayah masa muda-muda dulu. Selepas itu, aku mengheret sama abang long masuk ke kedai buku. Aku mengambil beberapa buah novel dari dalam rak lalu aku bawa ke kaunter pembayaran. aku menyiku abang long sebaik sahaja jumlah bayaran disebut oleh pekerja kedai. Abang long mengeluarkan tiga keping note Rm50 lalu diserahkan kepada kakak dari. Apabila melangkah keluar daripada kedai, abang long mengetuk kepala ku.
"Aduh sakitlah abang long. "
"Kepala kamu yang sakit tu kamu fikir. Duit dalam wallet abang ni yang semakin sakit sebab Niza ada Niza fikir? Kalau hari-hari macam ni tinggal habuk jela isi wallet abang. " bebel abang long kepadaku. Mana tidak nya, hampir empat ratus perbelanjaan ku hari ini dan semua nya dibiayai oleh abang long. Memang patut pun dia membebel macam janda tua.
Di ruang legar shopping mall, ada pertandingan nyanyian diadakan. Hadiah berupa wang tunai sebanyak Rm800 juga disertakan. Abang long memandangku dan aku turut memandangnya. Aku tahu apa yang bermain di minda nya sekarang. Dia nak aku join pertandingan ni.
"No abang no. Niza tak nak ambil bahagian dalam competition ni. Duhh Niza ni setakat nyanyi dalam tandas awam boleh lah. " aku mengeluh.
"Cuba dulu baru tahu." Ujar iszfan lalu meninggalkan aku dan pergi ke meja pendaftaran. Oh no! Abang aku ni gila ka apa. Nanti aku kerja, aku bayarlah balik semua duit dia yang aku pakai. Nak nyanyi satu hal, lagu apa pun aku tak prepare lagi.
Aku mengambil tempat di barisan ketiga di tempat duduk penonton. Kerusi yang bersebelahan denganku kosong. Abang iszfan lebih memilih untuk duduk di barisan paling hadapan walaupun aku dah ambilkan tempat di sebelah aku.
"Hai adik. Kerusi ni dah ada orang yang punya ke? " sapa seorang kakak yang bertudung. Usia nya dalam lingkungan 23 tahun.
"Duduklah. Tempat tu kosong. Orang dia dah ghaib tadi. " jawabku sambil tersenyum.
"Terima kasih. Emm nama adik siapa ? Umur berapa? Muka nampak muda sangat. "
"Sama-sama. Saya niza. Umur 17 tahun. Akak? "
"Ohh. Panggil saya kak sarah. Umur 23 tahun. "
Perbualan ku dan kawan baharu yang ingin aku kenali sebagai kak sarah terhenti apabila namaku diseru oleh pengacara majlis. Oh God! Biar betul aku peserta kedua? Sekejap nya peserta pertama nyanyi. Aku segera berdiri dan kak sarah mengucapkan kata semoga berjaya kepadaku. Aku tersenyum kepada kakak yang manis bertudung itu.
Testing mic one two three.
Ehem..
Pertama kali ku melihatmu
Tak terlintas di hati ini
Untuk selalu berada
Bersamamu kerana cinta
Buka keutamaanku
Kau hulurkan perkenalan
Ku menyambut tanpa ada rasa
Seperti, tiada apa kerana
Jiwa ku yang kosong
Ku ingin menyatakan dalam
Diam ku mencintaimu
Takkan bisa berubah
Walau apa terjadi
Ku kan terus mencintai mu
Walau kau tak pernah tahu...
Terima kasih . Ucapku sebelum turun dari atas pentas. Aku kembali semula ke tempat duduk ku tadi. Kak sarah masih berada disitu.
"Nice voice adik. Lepas spm nanti boleh lah masuk akademi fantasia yerr. " kata kak sarah.
"Hahaha nyanyi kampung-kampung boleh lah kak sarah. "
"I have to go now adik. Bye. Nice to know you cutie. " ujar sarah.
Aku dan abang long bertemu Eusoff di food court berdekatan. Abang long yang atur nak lepak sekali katanya. Nak tak nak, aku join sekali lah. Aku datang dengan abang, balik pun kena dengan abang jugak. Takkan nak naik teksi. Duit pun aku langsung tak bawak. Takkan nak bayar pakai daun.
Why my man so handsome and charming today uhh? Jerit hati kecilku. Eusoff hensem gila hari ni. Walau dengan t-shirt biasa pun dia kekal nampak hensem.
"Eusoff, kau tahu tak tadi bakal bini kau ni masuk pertandingan menyanyi kat shopping mall tadi. Dia menang wehh. Hari ni Niza sponser kita makan. "
"Betul ke? Aku tak tahu pulak budak kenid seorang ni pandai menyanyi. Abistu kau ada rakam tak? "
"Eii abang long jangan tunjuk kat dia. Jangan abang long. Malu lah Niza! "
"Nanti aku sent by whatsapp. Anyway, Niza siapa nama perempuan yang bawak kau borak tadi tu? Lawa siot. Bergegar tulang rusuk abang. " tambah abang long.
"Ohh itu kak sarah. Kawan baru Niza. Umur dia kalau tak silap 23 tahun . Lawa en? " Riak wajah Eusoff berubah sebaik sahaja nama sarah aku sebut. Aku perasan berlaku perubahan pada wajah Eusoff kerana dia betul-betul duduk berhadapan denganku. Semenjak nama sarah aku sebut, Eusoff menjadi tidak tentu arah dan tidak boleh duduk diam. Tepat pada pukul 6.30 petang, aku dan abang long berpisah dengan Eusoff untuk pulang ke rumah. Nanti bising pulak abang misai kat rumah tu.
Eusoff mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.
Tiba-tiba dia disapa oleh satu suara yang boleh membuat semua pembuluh darahnya berhenti berfungsi seketika. Cukup untuk membuatkan dada Eusoff berombak. cukup untuk membuat Eusoff berubah hati. Kenapa dia kembali?
Share this novel