Completed
37009
Subject : bab 33
Content: bab 33
Telingaku menangkap bunyi deringan telefon ketika aku menemani mak menyediakan sarapan pagi untuk ayah, ed dan abang Isz. Dahi ku berkerut sebaik sahaja menerima panggilan daripada satu nombor yang tiada di dalam simpanan. Kiranya privite number. Aku meminta izin dari mak untuk mendapatkan ed di bilik.
Tombol pintu aku tolak perlahan. Aku mencari kelibat ed yang tiada di dalam bilik kami. Sudah tentu ed sedang berada di bilik abang Isz kalau di bilik sendiri dia tiada. Aku menjengah masuk ke bilik abang Isz lalu duduk di birai katil. Ed dan abang Isz serentak melihat ke arahku.
"Kau kenapa niza. Resah semacam abang Isz tengok. "
"Niza bukan apa. Tadi ada privite number call. Niza tak angkat sebab takut. Kejap lagi dia mesti call semula."
Aku menyerahkan telefon itu kepada Abang Isz. Biar abang Isz sahaja yang angkat nanti.
Seperti yang aku jangka, telefon ku yang kini berada dalam tangan abang Isz berdering semula.
"Hello siapa ni "
" ni sarah. Niza ada? "
"Oh Niza ada. Ni abang dia. Kenapa ya? "
"Boleh bagi sarah cakap dengan dia tak kejap? "
"Tak boleh. Gurau je. Kejap eh. "
"Hello sarah. Kenapa call Niza. "
"Niza boleh tolong datang hospital tak? Tadi masa Niza teman ucopp, ucopp muntah darah. Doktor kata ada sesuatu dia nak sampaikan. "
"Muntah darah? Niza datang sekarang. Tunggu Niza. "
Aku meletakkan telefon. Aku segera menarik tangan ed yang duduk terdiam sahaja semenjak tadi. Ed masih lagi blurr dengan apa yang aku lakukan.
Sebelum keluar, aku mencapai kunci kereta abang Isz lalu aku serahkan kepada Ed.
Ed masih lagi blurr.
"Teman Niza pergi hospital lawat Eusoff. "
Riak wajah ed berubah.
"Sarah ada sekali. " aku menambah. Baru lah ed faham dengan tindakan drastik ku menariknya ikut sama keluar hari ini.
"Tapi ed tak ada lesen kereta. Kalau kena saman macam mana."
" you jump i jump " jawabku.
Tubuhku menggeletar apabila menerima sesuatu yang menerjah masuk ke dalam telinga. Apakah aku perlu menangis dan meraung saat ini? Aku sendiri keliru. Kepala ku sudah berulang kali menggeleng ke kiri dan ke kanan. Cuba untuk menafikan hakikat yang sememangnya aku sendiri tahu mesti akan berlaku. Hanya menunggu masa sahaja. Mata memandang sarah yang sudah menangis teresak-esak semenjak tadi di hadapan doktor. Air mata ku seperti sudah kering. Sebab itu sudah tiada air mata lagi yang keluar dari anak mata. Aku terlalu kerap menangis sebelum ini.
Cuma melihat sarah yang tidak henti-henti menangis membuatkan aku dipaut rasa sedih dan hiba. Seandainya dengan menangis mampu mengundurkan semula masa yang telah berputar, pasti aku akan memaksa mata ini untuk mengalirkan air nya. Aku tahu Tuhan sudah mengaturkan perkara ini sehabis baik. Pasti ada hikmah dan kebahagian yang akan muncul selepas semua ini tamat.
Aku memegang pergelangan tangan sarah.
"Apa yang kami kena buat sekarang doktor? " Soal ku kepada doktor pakar yang merawat Eusoff.
"Pihak kami dah tak mampu nak buat apa-apa lagi. Kita semua mampu berdoa sahaja sekarang. Dengan keadaan pesakit sekarang, biasanya pesakit cuma ada masa tidak kurang dari dua minggu sahaja. "
Mataku membulat namun mulut terkunci rapat. Tangisan sarah kian bertambah selepas mendengar sendiri jawapan daripada doktor.
"Maksud doktor kami kena bawa dia balik lah kan? "
Tekaan ku benar belaka tatkala doktor mengangguk. Sebelum meninggalkan ruangan doktor, aku berjabat tangan sebagai tanda mengundur diri. Selepas ini aku kena mendapatkan bantuan abang Isz untuk menguruskan pengurusan discharge untuk Eusoff.
Sarah berjalan bersebelahan denganku menuju ke wad yang menempatkan Eusoff.
"Macam mana keadaan dia lepas muntah darah tadi? "
Sarah masih mendiamkan diri.
"Macam mana? "
"Hard for me too describe. Sarah tak pernah tengok ucopp selemah tadi. "
Runtun hati kecil ku mendengar jawapan daripada sarah. Selemah itu kah Eusoff sekarang? Mana pergi nya Eusoff yang selalu kuat, periang dan melindungi aku dulu?
Aku menolak pintu wad. Eusoff terbaring kaku di katil. Langsung tidak bergerak. Tapi, mana pergi nya ed? Tadi aku dah suruh dia jaga Eusoff sekejap. Sekejap je pun. Takkan dia tak boleh jaga kot. Tak boleh harap langsung ed ni!
"Sarah duduk sini dulu k. Niza nak call abang isz. Nak minta tolong uruskan hal discharge ucopp kejap. Boleh kan? "
"Boleh. "
Aku keluar semula dari bilik itu. Telefon yang aku letakkan di dalam poket belakang seluar aku keluarkan semula. Nama abang Isz aku cari di dalam kenalan. Sementara menunggu penerima menerima panggilan, aku memandang ke sekeliling untuk mencari kelibat ed. Langsung tiada kelibat ed di sekitar sini. Kemana dia agaknya.
"Hello Niza. Kenapa call Abang? "
"Hah hello abang. Boleh tolong datang hospital tak? Tolong niza dengan sarah uruskan pengurusan discharge Eusoff. "
"Boleh. Tapi kena upah dengan nombor telefon sarah lah nanti.amacam? "
"Deal "
"Kalau macam tu tunggu abang sampai dalam setengah jam lagi. Number sarah jangan lupa. ".
"Yaa Niza tak lupa lah beruk. "
Beruk. Fikiran kembali kepada Eusoff. Dulu di dalam kenalan telefon gelaran beruk itu aku beri kepada eusoff monkey .
Aku berganjak sedikit ke tingkap di bahagian luar wad. Aku ternampak ed sedang duduk bersendirian di taman belakang. Kenapa dengan ed sampai dia pergi taman seorang diri. Nak pergi dapatkan ed atau masuk ke wad semula tengok keadaan Eusoff. Arghh runsing.
"Buat apa kat sini? Pergi lah tengok ex bf awak tu kat atas. Karang kalau awak lama-lama kat sini Eusoff mati pulak. " sindir ed. Berdesing telinga ku mendengar. Tapi aku nak marah pun tak patut. Memang perlu ed cemburu. Dia suami aku.
"Sorry ed. Tolong lah kali ni ed faham dengan situasi Niza sekarang. "
"Pernah ke ed tak cuba untuk faham situasi Niza? "
Soal ed lagi.
Aku tunduk.
"Sebulan je lagi ed kena sabar. Doktor kata Eusoff cuma ada masa kurang dari dua minggu sahaja untuk hidup. "
Ujarku sambil menahan sebak.
Ed memandang ku.
"Dua minggu lagi ed. Kita kena bekerjasama untuk senangkan hati Eusoff, bahagia kan dia untuk detik-detik akhir dia hidup. " tambah ku lagi untuk meyakinkan ed.
"Perlu ke untuk kita semua campur tangan bagi bahagiakan Eusoff? Sarah je tak cukup ke? "
"Perlu ed. Dia cikgu kita. Dia yang ajar kita selama 7 bulan ni. Kita kena balas jasa dia pada kita. "
Abang Isz menolak kerusi roda menuju ke kereta miliknya. Di sebelah abang Isz ada sarah. Diorang dua nampak sepadan. Aku tak kisah kalau sarah jadi kakak ipar aku. Kalau dah jodoh diorang berdua, nak buat macam mana lagi. Aku memegang pergelangan tangan ed. Walaupun aku tahu ed masih cemburu dengan kebaikan yang aku berikan kepada ucopp, aku kena yakinkan ed jugak bahawa ucopp hanyalah kisah lama aku.
"Ed tengok diorang berdua tu. Sepadan kan. "
"Siapa? "
"Sarah dengan abang Isz lah. "
"Ya sepadan sangat. "
Ed masih acuh tak acuh dengan ku.
Share this novel