Completed
37009
Subject : Bab 7
Content: Bab 7
Seperti mana yang di arahkan oleh cikgu Sumarni di dewan perhimpunan pagi tadi, aku, yura dan beberapa pemain bola baling sekolah berkumpul di gelanggang handball tepat pada pukul 3 petang. Selain daripada pemain lama, ada beberapa orang new intern nak cuba nasib masuk team handball bersama kami untuk mewakili sekolah. Yura yang sudah menjadi pemain bola baling sekolah semenjak kami di tingkatan 1 datang bersama dengan Cikgu Sumarni. Kedua-dua belah tangan nya terdapat dua biji bola yang akan digunakan semasa latihan.
“Yura bawak diorang semua buat pemanasan badan dulu. Cikgu tak mahu dengar ada pelajar yang mengadu kaki dia jammed la, tangan dia jammed lah. ” Arahan pertama yang diberikan oleh Cikgu Sumarni segera dilaksanakan oleh Yura. Yura membawa kami semua ke tengah padang. Panas tak panas. Kesan sunburn sudah sebati dengan setiap pemain bola baling yang pernah bermain sebelum ini.
“Sekarang cikgu nak yang new intern buat satu barisan di kanan manakala pemain lama sila buat barisan di kiri saya. Selepas itu, saya nak yang baru dan lama ni jogging selama 40 minit mengelilingi padang. seluruh padang! Saya taknak kamu main tipu. Hujung ke hujung. Semua ni untuk fitness dan kuatkan stamina setiap pemain. Yang tak tahan dengan latihan ni sila keluar sekarang. Yura, stephanie dan kamu jugak Niza perhatikan budak yang baru masuk. ” Garang siott cikgu Sumarni. Macam singa betina kehilangan suami. Aku, Yura dan Stephanie mendahului barisan hadapan untuk jogging selama 40 minit.
Sepanjang melakukan aktiviti jogging, aku dan yura sibuk bercerita sambil membuat aktiviti. Stephanie pula berjoging sambil memerhatikan pelajar lain kalau-kalau ada yang nak curi tulang.
Aku terpandang sebiji kereta yang sedang masuk melalui pintu masuk utama sekolah. emm kereta Eusoff. Apa dia buat datang sekolah petang-petang macam ni. Dia bukan ada nak latih student pun kan. Mataku tidak berkelip apabila melihat ada penumpang lain yang duduk di kerusi hadapan bersebelahan dengan kerusi pemandu. Siapa tu? Aku cuba memerhatikan orang tersebut dari jauh. Tapi tak jelas. Eusoff memberhentikan keretanya betul-betul di tepi padang. Penumpang yang berada dalam kereta tadi membuka pintu dan keluar. EZLYN. Kenapa dia tumpang kereta Eusoff?
Eusoff turut turun daripada keretanya. Dengan t-shirt berwarna hitam dan seluar sukan adidas, terserlah ketampanan Eusoff. Aku sempat menghadiahkan senyuman apabila Eusoff memandang aku. Dia sedar kot aku tengah perhatikan dia dari tadi.
“Wei kau nak Cikgu sumarni bising ke. Berani pulak kau stop jogging kat padang ni. Kalau singa tu nampak kau buat begini, tak heran aku kalau dia tambah setengah jam lagi untuk kau joging. ” yura menyiku pergelangan tangan ku sedikit.
Aku segera meneruskan larian.
Wisel ditiup kuat oleh Cikgu Sumarni menandakan masa 40 minit untuk aktiviti joging sudah habis. Apabila aku sampai di tempat cikgu dan pemain lain berkumpul, aku sekali lagi terpandang Eusoff yang sedang duduk bersama Ezlyn di astaka. Berapi jugak hati aku sikit. Tapi bila teringat yang aku dan Cikgu Eusoff tak ada apa-apa, hati aku kembali sejuk.
“Niza? Kamu dengar tak ni apa cikgu cakap?”
“Dengar cikgu dengar. ” actually aku tak dengar pun apa yang cikgu cakap tadi.
“Ambil bola ni. Bawak lima ke enam orang pelajar untuk belajar cara baling short ball yang betul dari kamu. Kalau dah pandai ajar diorang cara baling highball. Sekali dengan cara sambut
bola. ” hemm aku jugak yang disuruh mengajarnya. Aku membawa enam orang pelajar ke hujung padang ditempat yang agak redup sedikit. Yura dan stephanie pun diberi arahan sama dari cikgu sumarni.
Kebetulan pada petang itu, pasukan lelaki bola baling bawah 18 tahun turut mengadakan sesi latihan awal. Kalau dah nama handball dalam team lelaki, dah tentu si erry yang jadi tumpuan. Dah lah handsome, pro handball pulak tu. Team perempuan dan lelaki menggunakan padang yang sama. Tidak mempunyai batas kawasan langsung. Kemudian, Aku memandang ke astaka semula. Keadaan masih sama. Eusoff masih berada disitu dengan ezlyn. Makin kerap aku tengok, makin sakit jugak hati aku ni jadinya. Aku segera mengajar enam orang pelajar tadi cara untuk membuat balingan dan tangkapan bola yang betul.
PRAAKKKKKKKK!!! Balingan bola tersasar dari sasaran yang sepatutnya. Aduhh! Belakang aku terasa sakit. Siapa yang baling ni. Belakang aku semakin lama semakin sakit sehinggakan aku terduduk di atas rumput menahan sakit yang amat perih. Aku memegang belakang ku yang terkena bola tadi. Sakit!
“Cikgu Sumarni! NIZATUL rebah. Belakang di terkena bola yang dibaling oleh pelajar lelaki. Cepat cikgu. Muka Niza dah pucat
tadi. ” cikgu Sumarni segera pergi ke tepi padang untuk mendapatkan aku.
Suasana padang yang tiba-tiba riuh mengejutkan Eusoff yang sedang duduk bersantai di astaka bersama Ezlyn. Semua pemain yang berada di padang tadi sudah berkumpul di tepi padang. Eusoff bergegas pergi ke tepi padang untuk mengambil tahu apa yang sebenarnya sedang terjadi. Ezlyn juga masih setia mengikuti Eusoff dari belakang.
“kenapa dengan Nizatul ni cikgu Sumarni? ”
“Macam ni Cikgu Eusoff. Tadi ada budak ni panggil saya. Dia cakap Nizatul terkena bola yang dibaling oleh pemain lelaki. Bola tu terkena pada belakang dia. mesti balingan tu deras sampai Niza tak mampu nak tahan.”
“Astaghfirullahalazim. Bahaya ni. Takut tulang belakang dia retak ke apa. Biar saya bawa dia ke hospital. ” Eusoff dengan selamba mengangkat tubuh ku menuju ke keretanya. Kuat jugak dia ni nak angkat aku bagai. Aku dibaringkan di bahagian tempat duduk penumpang di belakang.
“ADUHH sakit. Tolong saya awak. Tolong saya. ” rayu ku sambil menahan kesakitan.
“Jangan risau sayang. saya ada kat sini. I'll bring you to the hospital. Tahan sikit sakit tu okay.” Eusoff cuba menenangkan aku walaupun dia sedang memandu. Dalam kotak fikiran aku ni, apa agaknya pandangan orang yang nampak cikgu Eusoff dukung aku masuk ke kereta. Jangan sampai ada cerita lain yang menular lagi lepas ni. Gosip yang awal pun tak reda, ni nak menambah lagi.
“Kejap lagi kita sampai hospital. Sabar. Tahan sikit lagi. You are tough girl kan. Kalau tak kuat, awak takkan jadi penyerang pasukan bola baling. ” suara Eusoff semakin perlahan dan kemudian nya menghilang.
Aku langsung Tidak tahu apa-apa yang terjadi semasa aku pengsan. Yang aku tahu, semasa aku sedar mak dengan ayah sudah ada di sisi ku. Eusoff pula berada di sofa, tertidur.
“Macam mana mak dengan ayah boleh sampai sini? Siapa bagitahu mak yang Niza masuk hospital? ”
“Eusoff yang datang rumah bagitahu ayah tadi. Dia jugak yang bawak kami ke sini. Eusoff ni lelaki yang hantar kamu balik sekolah hari tu kan? Baik budaknya. ” Aku mengangguk. Aku memandang Eusoff yang sedang tidur di sofa. Emm comel pulak ucopp ni bila tidur.
“Mak dengan ayah nak balik dulu. Esok kami datang jenguk Niza lagi. Lagipun Eusoff tawarkan diri untuk jaga kamu malam ni dalam wad. ” Mak dan ayah segera keluar dari bilik.
Anak tekak aku dah kering sangat. Aku cuba mencapai gelas yang berisi air. Malangnya gelas itu terjatuh ke lantai dan pecah. Eusoff boleh pulak terbangun bila dengar bunyi gelas jatuh.
“SORRY awak. ” aku mengetap bibir.
“Nevermind. Kalau haus tu panggil je saya. Kejap saya tuangkan minuman. Dah sakit macam ni pun boleh ego tak nak mintak tolong orang. ”
“Fine cikgu Fine! Bebel lah saya sampai mulut Cikgu berbuih.”
“Lepasni saya haramkan awak main bola baling lagi. Berkuat kuasa sekarang jugak. ” Eusoff ni mengalahkan ayah aku pulak nak larang aku main handball lagi. Siap dibuat pengharaman lagi untuk aku.
“Kenapa awak datang sekolah petang tadi. Siap dating dengan Musuh saya pulak tu. Huhh. Sakit mata saya tahu tak? ” aku memuncungkan bibir.
“Saya datang petang tu sebab nak tengok awak latihan je. Tak lebih dari tu. Saya layan Ezlyn macam layan anak murid lain. Tak sama macam layanan saya pada awak. Saya romantik sikit bila dengan awak. Siap saya berani dukung awak depan khayalak ramai lagi tadi. Sweet tak boyfriend awak ni? ” Angkat bakul sendiri dohh Eusoff ni. Malas aku nak menjawab lagi. Nanti macam-macam pulak dia cakap. Mulut Eusoff ni tak pandai diam. Aku menjawab macam mana pun mesti dia dah sediakan jawapan yang akan buat aku checkmate.
Share this novel