Completed
37009
ISTERIKU PELAJAR POPULAR
MEMEY NASIR
Bab 1
Aku sedang sibuk mengemas buku-buku yang berkaitan subjek fizik di atas meja. Tiba-tiba muncul pulak si Lily ataupun wartawan sekolah dalam keadaan termengah-mengah macam orang habis lari tak cukup tanah. Gosip apa lah kali ni yang si lily jemah ni dapat. Si Lily ni asal dia keluar mesti ada cerita baru yang dia akan bawa masuk dan sebarkan dalam kelas. Dah nama Lily Jemah kan. Mestilah banyak mulut. Mulut dia banyak mana pun, dia tetap kawan baik aku semenjak orientasi tingkatan 1 dulu. Sekarang umur dah 17 tahun, kiranya Spm candidates. Dah boleh kahwin dah kot.
"Hah kau kenapa Lily? Termengah-mengah masuk kelas. Kali ni gosip apa yang kau dapat. Cikgu apa kali ni yang bermasam muka? " soalku sambil tangan membetulkan lipatan tudung sekolah. Part cikgu bermasam muka antara satu sama lain memang jadi tajuk favourite aku. Ni semua pasal cikgu khalida dengan madam Jemmy gaduh mulut hari tu dekat kantin fuhhh. Berbulan kot baru bertegur.
"Bukan gosip pasal cikgu gaduh atau pelajar kat sekolah ni. Ni cerita pasal cikgu baru yang akan ganti teacher Haila yang ajar kita subjek addmath tapi dia pindah sabah ikut husband. Hari ni cikgu baru akan start mengajar kita tahu tak. Aku dengar cikgu baru ni hensem." Bersungguh-sungguh si Lily Jemah ni memberi penerangan. Aku hanya mendengar sambil lewa sahaja. Tidak berminat sebenarnya. Aku tak kisah siapa yang akan ganti teacher Haila.
Ohhhhhhhhh. Itu sahaja jawapan yang aku berikan kepada penerangan panjang daripada Lily Jemah.
"Satu lagi Nizatul, cikgu baru tu aku dengar bujang lagi. Muda pulak tu. Huishh kalau kau dapat tackle cikgu tu memang gempak ahh. senang lah gamaknya kau dapat markah free addmath. " si Lily ni kalau bab berkhayal memang dia punya kepakaran. Tapi kalau gosip pun dia punya bidang jugak. Aku hanya mendiamkan diri. Malas melayan si Lily ni. Nanti makin panjang lah khayalan dia.
Ada setengah jam lagi sebelum subjek Matematik tambahan. Aku mengeluarkan buku nota sejarah untuk dibaca memandangkan cikgu sejarah tidak masuk ke kelas hari ni. Si Lily aku ada ajak jugak join aku baca, tapi dia pilih untuk sebarkan cerita pasal cikgu baru kepada pelajar lain di dalam kelas. Well said, Lily Farizatul a.k.a lily Jemah punya mulut. Macam-macam karenah jugak budak dalam kelas aku bila dapat tahu. Budak lelaki memang tak ambik port. lebih-lebih lagi bila si jemah cakap cikgu tu muda dan hensem. Cuma pelajar perempuan sahaja yang over excited pasal cikgu tu.
"Assalamualaikum. Ada akak nama Nizatul Firdausi tak dalam kelas 5sains1 ni?Abang Mohamed suruh kasih benda ni"
"Cakap dekat abang awak tu, Akak Nizatul tak nak terima benda ni. Cakap je akak Lily yang ambik ehh. " As Usual, si Lily yang akan ambil setiap barang yang Mohamed hadiahkan untuk aku. Si Mohamed ni memang muka tembok. Banyak kali aku kata jangan bagi apa-apa lagi. Dia nak bagi jugak. Jadi aku suruh jelah si Lily yang terima semua barang tu.
"Untunglah jadi Nizatul Firdausi. Ada je peminat dia tiap minggu kasih hadiah. Lain kali kau mintak lah iphone6 dari secret admire kau Niza. Lepas tu kasi kat aku. Lagipun handpon aku masuk lubang jamban. " Ujar Redza, Pak lawak di dalam kelas 5sains1. Lawak Redza kali ini tidak mendapat sambutan dari rakan sekelas yang lain. Hambar.
"Tak payah nak buat lawak hambar lah Redza. Lebih baik kau keluarkan buku addmath letak atas meja. Kejap lagi cikgu baru masuk. " ujarku memberi arahan. Aku dengan Redza ni bukan nya orang lain, sepupu rapat jugak. Sebab sepupu lah dia kenakan aku tiap hari dalam kelas. Luar kelas dia tak berani.
"Aduh mana cikgu ni tak masuk lagi. "Barusan kot diorang tak sabar cikgu addmath masuk mengajar. Dah nama cikgu baru, lelaki pulak tu. Kalau cikgu Haila, tak masuk mengajar sampai habis spm pun tak pe bagi diorang. Dalam kelas aku ni ramai jugak iblis-iblis kecil yang sedang membesar dalam diam.
Seorang lelaki yang tinggi lampai dan mempunyai aura tersendiri tiba-tiba masuk ke dalam kelasku. Sempat jugak aku angau sekejap. Dalam hati dah tahu ni mesti cikgu addmath yang akan ganti cikgu Haila. Aku memandang ke arah Lily dan rakan sekelas perempuan, semua dah hanyut.
"Maaf saya lambat. Tersesat cari kelas kamu ni. Sekolah ni besar sangat. Maaf ya. " ujar cikgu tadi.
"Tak pe cikgu, lepas ni saya sanggup jadi kompas untuk cikgu supaya tak sesat lagi. " Ezlyn bersuara dari belakang. Ulat bulu dah naik daun. Cikgu tadi hanya tersenyum. Bagai ada kuasa elektrik yang mengalir dari senyuman itu, semua pelajar perempuan mula berbisik-bisik antara satu sama lain.
"Pertama sekali saya akan perkenalkan diri. Nama Saya Eusoff Hashim. Panggil sir Eusoff . Umur saya 25 tahun. Dan soalan yang paling famous dalam kalangan pelajar sama ada saya ni solo atau berkahwin, saya masih solo." Aku menoleh ke arah Lily yang sudah hanyut dengan wajah kacak cikgu Eusoff. Aku pijak sikit kaki dia supaya dia sedar cepat. Kalau dibiarkan boleh jadi masalah.
Setiap pelajar diminta memperkenalkan diri seperti kebiasaan bila ada guru baru. Dan iblis-iblis kecil yang ada dalam diri kami mula lah melompat keriangan. Boleh buang masa supaya tak belajar Addmath. Satu persatu pelajar diminta untuk memperkenalkan nama dan mata pelajaran kegemaran Sehinggalah tiba giliran ku dan Lily.
"Nama penuh Saya Lily Farizatul. Nama famous kat sekolah ni Lily Jemah. Subjek kegemaran fizik." Dahi cikgu Eusoff berkerut sedikit apabila Nama Lily jemah disebut. Mesti cikgu tu hairan kenapa ada jemah.
"Nama saya Nizatul Firdausi, nama panggilan Niza. Favourite subject saya bahasa inggeris dan saya benci apa-apa yang melibatkan pengiraan iaitu math dan adik tiri dia addmath " selamba badak aku memperkenalkan diri. Aku memang tak minat pengiraan. Tapi kena belajar jugak, bapak aku tegas dohh. Kalau tak dapat top five dalam kelas, memang aku kena sound lah jawabnya. Bapak aku bukan calang-calang orangnya, bekas guru pencen Matematik jugak.
Memandangkan aku pelajar terakhir dalam kelas yang memperkenalkan diri, terpaksa lah kami belajar addmath hari ni. Ada sejam lagi masa untuk subjek ni. Masa asal satu jam tiga puluh minit. Setengah jam lagi sudah digunakan untuk sesi suai kenal tadi.
Satu persatu contoh dan jalan kerja diberikan oleh sir Eusoff. Tekun gila dia menerangkan dan menulis di papan putih. Kami yang pelajar ni ramai dah yang letak kepala atas meja. Ada yang sudah berlayar, ada jugak yang tengah main handphone. Yang main handphone tu aku. Budak kelas kami ni memang tak minat langsung subjek yang ada
saka macam addmath. Dapat fokus 20 minit pertama je. Selebihnya kami tak mampu nak lawan iblis dalam diri ni.
"Nizatul Firdausi mari kedepan. Cuba selesaikan soalan ni. Tadi saya bagi contoh. Tolong buat yang macam saya ajar. " aduh memang cari nahas. Aku mula cuak. Satu benda pun aku tak tahu pasal bab ni. Aku maju kehadapan lalu mengambil marker pen dari tangan sir Eusoff. Nampak dari dekat, bapak hensem dohh cikgu ni. Macam charlie yang nyanyi lagu marvin gaye tu.
Lima minit aku berdiri di hadapan, satu nombor pun aku tak tulis lagi. Satu jalan kerja pun aku tak selesaikan lagi. Hmmm, memang bangang tahap ahmad maslan aku hari ni. Aku memandang ke arah sir Eusoff lalu meletakkan marker tadi di atas meja guru.
"I alredy fed up. I dunno anything about this chapter. Ask someone else to solve it. " Aku segera kembali ke tempat duduk.
Sir Eusoff tersenyum lalu kembali berdiri dan menunjukkan cara untuk selesaikan soalan yang sebegitu rupa.
"Cikgu! Kenapa lah cikgu suruh cik popular tu jawab addmath. Dia tu bangang tahap ahmad maslan kalau subjek ni. Takkan dapat jawab punya. " Redza iaitu sepupu paling durjana bersuara.
"Cik popular? Kenapa gelar Nizatul Cik popular? " sudah. Mula lah si Redza tu buka cerita.
Redza dengan Lily ni sesuai kalau dikenenkan.
"Kat sekolah ni dia popular cikgu. Dari pakcik yang jadi tukang jaga kat pagar sampai pelajar upper six banyak minat dia. Tak terkira bilangan nya"Terang redza. Ikutkan hati sekarang jugak aku sumbat mulut Redza tu pakai pemadam papan putih.
"ni salah satu hadiah dari secret admire Nizatul cikgu. " Lily menunjukkan kotak hadiah yang diberikan oleh Mohamed tadi.
Cikgu Eusoff mengangguk. Mungkin dah faham dengan penerangan ringkas dari Redza.
Cerita tentang gelaran Cik popular yang diberikan kepada aku menjadi panjang berjela-jela. Berminat pulak cikgu tu dengar cerita si Redza dengan Lily Jemah. Aku yang malas nak mendengar meletakkan kepala di atas meja manakala sapu tangan aku gunakan untuk menutup muka.
Share this novel
sedih sangat ending dia