Chapter 9

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 9
Content: Bab 9

Psst Psst. Betul ke cikgu Eusoff tu tengah bercinta dengan Niza crush kau tu Mohamed? Soalan itu sudah berulang kali diajukan kepada Mohamed yang sudah menyimpan perasaan terhadap Niza. Kemana sahaja dia pergi, semua pelajar mahupun guru-guru sibuk memperkatakan tentang gosip yang sama. Mohamed hanya beranggapan itu hanyalah gosip yang sengaja ditabur oleh haters-haters nizatul dan peminat cikgu Eusoff yang sudah ditolak. Kepingan kertas yang sudah tidak digunakan lagi Mohamed buang ke dalam tong sampah di luar kelas. Kelasnya hanya bersebelahan dengan bilik rehat guru-guru uppersix. Kebetulan cikgu yasmin dan teacher jemmy sedang berbual tanpa menutup rapat pintu. Suara mereka dapat didengari dengan jelas.

"Kak Jem, betul ke cikgu Eusoff tu tengah hangat bercinta dengan student sendiri? Macam-macam versi pasal diorang dua ni saya dengar. "

"Akak pun tak tahu lah yasmin. Akak malas nak cari tahu pasal benda macam ni. Kalau diorang bercinta pun bukan nya apa. Tapi diorang kena lah profesional bila di sekolah."

"Selasa lalu saya dengar si Niza masuk hospital sebab terkena dengan balingan bola baling
yang deras. Budak-budak yang tengok pun ada cakap yang si Eusoff dukung budak tu masuk kereta. Ke hospital kott. "

"Haih kamu ni yasmin. Banyak benda jugak kamu tahu kan. "
Cikgu yasmin tersenyum meleret. Macam lah teacher jemmy tak tahu yang cikgu yasmin ni sebenarnya ada hati dekat cikgu Eusoff. Mohamed menggeleng laju dan segera kembali ke kelasnya. Sekarang baru dia tahu kenapa satu sekolah heboh pasal kisah Niza yang konon nya bercinta dengan cikgu sendiri.

Sepanjang cikgu pian mengajar subjek Pengajian am di kelas, Mohamed tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajar oleh Cikgu waktu itu. Sehinggakan dia sindir beberapa kali. "Tak payalah kamu fikir pasal nizatul tu Mohamed, kamu bukan lawan Cikgu Eusoff. Baik kamu bercinta balik dengan budak Ezlyn tu." Cikgu Pian bukanlah calang-calang orangnya. Semua perihal di dalam dan luar sekolah diketahuinya. Sampai part Ezlyn dan Mohamed pernah bercinta pun dia tahu.

Batu-batu kecil di sepanjang jalan menuju ke kantin di tendang kasar oleh Mohamed. Mana tidak nya kalau masih ada lagi pelajar yang sibuk mengambil tahu tentang cerita Niza dengan cikgu Eusoff. Yang pelajar lelaki sibuk nak ambil tahu sebab minat dengan Niza, yang perempuan nya minat dengan cikgu Eusoff. Sesetengah lagi cuma nak ambil tahu sebab taknak ketinggalan apa-apa gosip panas di sekolah.

Mohamed mengatur langkah mengikuti lily dari arah belakang. Entah apa kali ini yang ingin di soalnya. "Niza ditahan kat hospital mana? " Mohamed bersuara.

"NIZA larang aku bagitahu sesiapa. Kbye. "

******************************

"Nak makan apa ni? Awak belum makan apa-apa lagi since semalam. Jangan kata awak diet. Awak tu dah macam tulang saya tengok. Makan lah banyak sikit biar gemuk. Selera jugak saya tengok nanti. " ujar Eusoff kepada ku yang duduk bersandarkan bantal di katil hospital. Aku hanya memandang tajam ke arah Eusoff lalu menjeling.

"Saya nak balik rumah. Tak tahan duduk sini lama-lama. Bosan. Tak ada kawan nak ajak borak. Dah banyak saya ketinggalan silibus dalam class. Nanti bising pulak cikgu-cikgu. " Eusoff memalingkan wajahnya ke arah lain apabila perkataan cikgu-Cikgu keluar dari mulut ku dan aku perasan akan hal itu. Entah apa agaknya reaksi niza andai dia tahu gosip yang sebelum ini sudah reda kini memuncak kembali bahkan bertambah teruk.

"Tengahari nanti awak akan keluar. Doktor dah inform pada saya awal pagi tadi. Saya yang akan hantar awak balik rumah. Mak dengan ayah awak tak sempat nak datang. Diorang berdua ada hal nak diuruskan sekejap. Lagipun tak pe lah. Saya kan ada dengan awak. " anak mata ku seperti bercahaya apabila diberitahu hari ini aku sudah boleh pulang ke rumah.

"Hemm kalau macam tu saya nak makan kfc, pizza, mcd, big apple dengan mcflurry oreo. Can you get it for me by? "

" Did you call me 'by' Niza? Is that a sign that you already accept me as your boyfriend? Answer me first and I'll order all the food that you want. "

"ya. Lepas saya timbang sukat tambah tolak bahagi dan darab, saya decide untuk terima awak as my boyfriend. Cepatlah order! Saya dah lapar ni. Dari semalam tak makan apa-apa. Laju lah awak!"

"Ish tak reti nak bawa bersabar lah awak ni Niza. Nanti kalau saya ajak kahwin pun mesti awak tak sabar kan. " Eusoff memerli ku yang sudah tersipu-sipu malu.

"Kalau macam tu jom kahwin. Saya taknak bercinta lama-lama. Nanti banyak syaitan. "

"Ok. Minggu depan saya bawa rombongan meminang tau. Jangan cabar saya. Ni Eusoff Hashim lah. Pantang dicabar. "
Mata ku automatik membulat. Seperti tidak percaya yang Eusoff menyahut cabaran ku untuk kahwin seawal ini. Aku sekadar ingin menguji. Aku langsung tidak menyangka Eusoff mengambil serius akan hal itu.

Fastfood yang dipesan sebelum ini oleh Eusoff melalui panggilan telefon akhirnya sampai. Laju tangan ku mengambil satu persatu potongan pizza sehingga Eusoff sendiri tidak menyangka yang aku seorang yang kuat makan walaupun keadaan fizikal ku yang sedikit kurus.

"Makan pun macam budak-budak. Comot. Budak-budak pun tak comot macam awak niza. Umur dah 17 tahun, tapi makan berhambur. " Eusoff segera mencapai kertas tisu di sisi katil lalu membersihkan sisa keju yang ada di bawah bibirku.

"Bagi saya je tisu tu. Saya boleh buat sendiri. Saya masih ada tangan nak buat. Bukan tangan yang sakit pun. " aku sedaya upaya cuba mengambil tisu tadi dari tangan Eusoff.

"No. Biar by awak ni yang buat. Awak tengah sakit. No need to do that okay. Dengar cakap by awak okayy. "

Aku akhirnya akur. Walaupun kekok dengan situasi ini, aku cuba biasakan diri. Lantaklah. Kalau ada jodoh nanti, Eusoff jugak jadi laki aku. Apadahal. Benda kecik je pun. Lepas ni aku dah boleh tarik nafas lega sedikit. Aku sudah satu langkah kehadapan untuk mengelakkan diri daripada perlu berkahwin dengan taufik.

*******

aku mendepakan tangan dan berbaring di katil bersaiz king milik ku. Akhirnya! Home sweet home! Tak perlu lagi makan makanan tawar kat hospital. Lepas ni, dah boleh makan sedap-sedap. Especially masakan mak. Dah lama aku tak mencekik masakan mak. Kalau dapat makan kari kepala ikan masakan mak, mesti sedap ni. Cravinggg!

"Assalamualaikum uncle. Macam yang saya janjikan semalam, saya dah hantar Niza balik. "

" waalaikumsalam Eusoff. Terima kasih sudi tolong kami discharge Niza dan hantar dia balik ke rumah. "

" sama-sama. Saya balik dulu. Assalamualaikum "

" singgah lah dulu minum sekejap. Takkan dah nak balik. "

" tak pe lah uncle. Saya dah lambat ni. Minggu depan saya datang lagi ya. " Eusoff meminta izin untuk pulang.

Perbualan ayah dan Eusoff petang tadi yang aku curi-curi dengar di sebalik pintu cuba aku ingat kembali. Kenapa Eusoff nak datang lagi minggu depan?
Aku menjadi bingung. Persoalan itu masih bermain di kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience