Chapter 29

Romantic Comedy Completed 37009

Subject : Bab 29
Content: Bab 29

Berjodoh diluar imaginasi
Terukir dengan warna berbeza
Di corak oleh Allah yang Esa
Semua secara kebetulan
Semua secara ketidak sengajaan
Semoga rasa tidak akan memungkiri semua
Kebarangkalian yang akan terjadi I wish you happy bornday my beautiful wife. Hope to have a team of son and daughter with you after spm :p

(your husband,

Edhandsome)

Usai membaca keseluruhan teks ucapan hari jadi yang dilekat pada kotak hadiah, aku membuka kotak hadiah tersebut. Hatiku terusik tatkala melihat apa yang terkandung di dalam kotak tersebut. Sebuah album gambar yang terisi dengan gambar-gambar ketika kami kecil dahulu. Pelbagai ragam dan gaya yang aku dan ed pamerkan. Ada juga gambar dimana aku dan ed berpura-pura menjadi pasangan pengantin apabila kami bermain permainan 'kahwin-kahwin' ketika kecil dahulu. Aku membelek album gambar tersebut. Terdapat tulisan di bahagian belakang gambar tadi.

' I am too ugly at this time to be with her. And now ed dah handsome macam Shah rukh khan. Cikgu sendiri pun ed boleh kalahkan. ' Aku tersenyum sambil membaca nota tersebut. Aduhai. Ada sahaja gelagat redza yang mencuri hatiku. Kemudian, tanpa menghabiskan melihat gambar tersebut, aku meletakkan album itu ketepi dahulu. Aku mengeluarkan gelang diamond yang turut terkandung sama di dalam kotak hadiah tadi. Tanpa diduga, ed muncul dihadapan ku lalu mengambil gelang tadi. Ed duduk bersebelahan denganku.

"Bak sini tangan awak. "

Aku meletakkan tangan ku pada paha ed.

"Angkat sikit tangan tu. "

"Fine " jawabku perlahan seraya mengangkat tangan seperti yang diarahkan oleh ed tadi. Ed segera memasang gelang tadi ke tanganku.

"Listen here Niza. Jangan lepaskan gelang ni daripada tangan awak. Awak lepaskan gelang ni tandanya awak memang tak pernah perlukan saya dalam hidup awak. Your are my soulmate babe. " ujar redza sambil memandang tepat ke dalam anak mata ku. Aku menolak bahu ed sedikit dan ed tergelak melihat telatah ku yang keanak-anakan. Oleh kerana ed mentertawakan aku, aku mencubit lengan ed sedikit dengan geram.

"Alahai. Why ah you love to cubit-cubit me? Tak takut eh if ed do something to you tonight"

"Shut up ed " ujarku sambil menjeling tajam ke arah ed yang sengaja memulakan usikan nakalnya. Aku memasukkan semula album dari ed ke dalam kotak asalnya. Lalu, aku masukkan ke laci kabinet.

Usai itu, aku menarik ed yang terbaring di katil bagi menemani ku turun ke bawah untuk mencari makanan ringan. Kalau aku turun seorang diri, tak pasal-pasal mak ayah aku tanya banyak soalan pula. Dua guru pencen tu tak reti nak diam kalau aku tak sama-sama dengan menantu diorang. Ed yang masih bermalas-malasan berdiri di sampingku sambil tangan nya diletakkan pada bahuku. Tahu lah tinggi eii! Aku menurunkan tangan redza yang tadi di letakkan nya pada bahu ku. Tidak sampai dua minit diturunkan, dia menaikkan semula tangan nya ke bahuku. Eii geram nya aku dengan mamat sorang ni.

Semasa di dapur, aku menarik kerusi yang tersusun di meja makan. Redza tercengang melihat apa yang sedang aku lakukan.

"Nak buat apa dengan kerusi tu? Dah gila ke letak kerusi dekat sini. "

"Niza nak ambik keropok tasen kat atas kabinet tu ah. Niza tak sampai. Pasal tu lah Niza ambil kerusi ni. Ingat nak panjat je tadi. "

Redza menggeleng kepala seakan tidak percaya.

"Siapa suruh warisi genetik belah ayah kau. Kalau kau warisi gen belah mak, konfom kau tinggi macam aku. Dah pergi simpan balik kerusi tu. Biar ed ambilkan keropok. Kesian gila tengok budak pendek nak memanjat bagai. " ujar ed lalu membuka kabinet di bahagian atas almari dengan mudah. Ed menyerahkan sebungkus keropok tasen kepadaku. Kami berdua berlalu ke halaman luar rumah untuk mengambil udara sihat pada waktu petang.

Aku mengambil tempat bersebelahan dengan ed. Aku membuka bungkusan keropok. Satu persatu keropok aku sumbat ke dalam mulut. Ed memasukkan tangan ke dalam bungkusan lalu aku secara tidak sengaja terpukul tangan nya.

"Eii janganlah ambik makanan orang. Ni Niza punya makanan kan. Ed pergilah ambil lain kat kabinet tu. Niza taknak kongsi makanan. Nanti tak cukup. "

"No wonder body Niza dah macam tangki air yang colour hitam tu. Tak suka kongsi makanan yerr. Dah banyak benda kita kongsi Niza since kita kahwin. Takkan keropok ni tak boleh kongsi? "

Ed sudah mula dengan usikan nakalnya. Ei mamat ni buat aku geram sangat. Aku menyerahkan bungkusan keropok kepada ed tanpa kerelaan. Favourite aku pulak tu terpaksa kongsi dengan ed. Urghhh.

"Sayang. Nak tengok something tak? "

"Tengok apa? "

"Someone is blushing when husband dia buat birthday prank kelmarin. I have the video. Wanna see? "

Aku mengecilkan mata. Konfem orang dalam video tu aku. Ed mengeluarkan telefon nya lalu membuka galeri video. .

"Look here. Husband dia nyanyi lagu dengarlah bintang hatiku for her. How sweet en. Dah lah laki dia handsome. Duhh. "

"Ee buat malu orang je. Tutuplah video tu. Niza malu tahu tak. Dah lah masuk bakul angkat sendiri. "
Ujarku sambil cuba merampas telefon itu dari tangan ed. Ed terlebih dahulu meletakkan telefon nya ke dalam poket.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience